Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

Kasih Tau Foo Fah, sebuah telefilem khas sempena Hari Malaysia akan diulang siar pada hari Sabtu, 18 September 2021 di Slot Cerekarama TV3. Cerekarama Kasih Tau Foo Fah ni tayangan pertama pada 19 September 2020 tahun lepas.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah dibintangi pelakon kanak-kanak Mior Darwish bersama Michael Ang, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

TELEFILEM KASIH TAU FOO FAH

Waktu siaran : 19 September 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Ellyna Ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd

SINOPSIS KASIH TAU FOO FAH

Berkisahkan tentang Anis (Sharifah Sakinah) seorang wanita yang menjadi mangsa dalam sebuah rumahtangga sejak berkahwin dengan Ramlan ( Pekin Ibrahim) seorang kaki judi. Anis terpaksa membawa anaknya Fitri (Mior Darwish) lari dari rumah mereka kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya Ramlan.

Atas desakan hidup dan keselamatan Fitri, Anis terpaksa meninggalkan Fitri di jalanan berbumbungkan kotak kotak sampah sebagai perlindungan. Sejak itu dia terpisah dengan anaknya sehinggalah ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang) seorang penjual tau foo fah.

Kerana simpati Ah Leong menjaga Fitri dan kerana sayang dia ambil keputusan untuk menjadikan Fitri sebagai anak angkat. Banyak cabaran yang dilalui Ah Leong untuk mengambil Fitri sebagai anak angkat.  

PELAKON DAN WATAK

  • Michael Ang sebagai Ah Leong
  • Mior Darwish sebagai Fitri
  • Sharifah Sakinah sebagai Anis
  • Pekin Ibrahim sebagai Ramlan
  • Shukri Yahaya sebagai Fitri dewasa
  • Sharifah Shahora
  • Jimmy Choong
  • Phoebe Tan

LAGU TEMA OST KASIH TAU FOO FAH

Lagu: Sunyi
Penyanyi: Farred Zane 
Melodi/Lirik : Farred Zane 

14 comments:

  1. menarik jugak. Michael Ang pandai jugak berlakon

    ReplyDelete
  2. Tgk last yr gak tp igt2 lup da. Mmg best laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, saya pun tengok last year. Memang best jalan cerita dia. sinematography pun lawa.

      Delete
  3. Oh drama ini orang puji Michael Ang berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, telefilem last year. Okay jugak dia berlakon kan.

      Delete
  4. Kalau drama micheal ang berlakon memang tau2 dia yg mengarah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..of courselah kan. berlakon dan mengarah sekali. kadang cameo.

      Delete
  5. menarik juga , gandingan pelakon-pelakon berbangsa melayu dan cina ,

    ReplyDelete
  6. Pengarah pun berlakon sekali, tapi Michael Ang berlakon not bad gak rasanya. Menjadi lah kiranya lakonan dia.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.