Header Ads

Cili Padi Thai Super Pedas Buat sambal Gesek

Nak buat sambal gesek versi kisar, saya akan gunakan cili merah yang pedas tu. Cili padi Thai super pedas katanya. Cili padi Thai ni memang sesuai sangat buat sambal gesek. Guna cili lain macam kurang menjadi je. Ke ada cili lain yang pedas juga?

Untuk masakan lauk pauk, saya lebih gemar guna cili api/padi kampung lebih sedap dan terasa tradisionalnya. Pernah beli cili akar tapi rasa maung dan tak pedas pun. Cili padi akar Thailand tu pedas tak?

Cili padi Thai bukan biasa biasa pedas dia. Super pedas! Siapa tak tahan makan pedas memang tak digalakkan makan. Berdesing telinga kalau tergigit cili thai walaupun sepotong cuma. Biasa jumpa dalam nasi goreng beli kat kedai tu. 

Kalau beli nasi goreng cili padi, tudia bertaburan cili potong dia bagi. Selain tu, biasa jumpa dalam tomyam kalau mintak pedas. Kedai makan memang biasa guna cili padi Thai ni.  Memang sesuai sangat lah untuk masakan tomyam ke nasi goreng cili padi Thai ke kan.

Cili Merah Super Pedas

Biasanya saya akan beli sekali banyak untuk buat stok sambal. Tak banyak sangat pun. Dapat dalam 3 bekas botol kaca comel tu je.

Harga cili padi Thailand ni boleh tahan juga harganya kan. Cili api kampung pun dah mahal sekarang. Semua harga barang dah naik. Takde satu pun yang menurun harga.

Sambal Gesek

Kali ni buat stok sambal banyak sikit. Dapatlah 6 bekas separuh. Eh jangan terkejut! Semua ni bukan saya punya sorang. Buat sekali untuk kakak ipar dan 2 orang anak buah yang nak jugak. Dari Negeri Sembilan merentas negeri ke Selangor.

baca juga : resipi sambal gesek versi kisar

Encik suami hari hari rentas negeri Selangor dapatlah kirimkan juga. Kebetulan dekat dapatlah juga bagi. Berkongsi rezeki. 

50 comments:

  1. Lidah kita sama ketebalannya Fiza...hihihi
    Kalau takat cili padi hijau aka cili padi akar tu sesuai buat ulam ja...Nak kena cili padi merah ni juga baru terasa puas..
    Fiza,TQ bagitau pasal profile blog tiada link tu..Puas saya godek tak jumpa🙈.bab IT memang ke laut,tahu menaip & upload gambar ja...hihihi...Anakanda dah betulkan.Rupanya profile tu mengong sebab dulu handphone & email cella.Bila dalam handphone saya dia keliru nak detect sebab email dah lain...TQ Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ada geng pempedas ni. Cili akar tu memang takde rasa pedas lansung. Buat ulam pun tak feel macam tak best rasa dia. Cili merah ni baru pedas menyengat.

      Sama-sama kak. Itulah tu, susah nak bw kalau takde link. Alhamdulillah, dah betulkan. Ohh patutlah tiba tiba hilang link dalam profile tu.
      sama sama sekali lagi.

      Delete
  2. suami ammi mmg biasa beli cili padi kampung yg kecik/gemuk2 sikit. cili yg merah ni kalau beli pun ambik sikit je buat campur2. risau gak kalau podeh berdengung kang. sian bebudak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili kampung wajib ada untuk masak lauk pauk. Yang ni saya beli kalau nak buat stok samabal je. Memang podeh!

      Delete
  3. Nampak sedap kalau ada nasi putih panas-panas dengan ikan bakar. Allah.. sodap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sodap ikan bakar cicah sambal ni makan dengan nasi panas panas. Panas dan pedas bergabung berpeluh makan :)

      Delete
  4. saya lah tu antara yang tak sanggup makan cili padi Thai. Tu kalau gi restoran Thai pesan awal-awal supaya jangan pedas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu Sal bagitahu awal awal. Naya kalau tak tahan pedas dan tak makan pedas ni. Sana dah lah level pedas dia lain macam jugak kan.

      Delete
  5. skrg sume nk naik hrga.. huu..

    sy xknl jns2 cili..
    bg sy sume cili bezanya pedas ngn xpedas.. haha

    mengancam betol tgk sambal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! semua harga barang naik je.

      Saya pun tak kenal sangat. Setakat kenal 2-3 jenis je Ezy.

      Hehe..tak ngancam tak ngences lah :)

      Delete
  6. Betul, lain masakkan lain cili yang digunakan itu akan lebih bervariasi di mulut rasa pedasnya. Tapi kalau dah tak ada kak PC masak guna sejenis cili je Fiza untuk beberapa jenis masakan. Yang penting pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, setuju tu. Rasa dia berbeza. kalau tak ada, guna je cili yang ada asalkan pedas :)

      Delete
  7. mmg tk mkn pedas so kalo ada sambal gesek ni, mmg tkla makan

    ReplyDelete
  8. Sedapnya makan dengan nasi panas. Ada pulak ikan masin. Allahu Akhbar. Nikmatnya Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedaplah bila ada sambal ni. Sedapnya tu makan dengan ikan masin. Pasni boleh cuba buat kak

      Delete
  9. Seram tengok kaler cili ni..ni kalau Pak Zain tengok ni mau bergelodak perut dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa jangan berani berani bagi pak Zain. Tambah teruk jadinya sakit perut nanti

      Delete
  10. Maakkk aii merah nya mak ngah hehehe.. Mcm ngeri plk nak makan walau pedas tu dh mcm wajib plak dlm kehidupn...

    ReplyDelete
  11. akak x tahan pedas sgt tp kalau mkn nasi nak. juga ada cili
    hehe
    rajinnya fiza buat byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat stok makan dengan nasi. Ada sambal ready to eat ni senang sikit. Boleh jugak buat menumis kalau malas tumbuk cili

      Delete
  12. Sama suka pedas sangat. Bagus itu buat banyak-banyak untuk dikongsi.
    Alhamdulillah boleh rentas negeri hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, ada yang request kita buatkan sekali. Alang alang merentas hantar kan sekali. takut pos nanti rosak pulak

      Delete
  13. Kalau cili ni saya guna 3 biji je masak sayur atau buat nasi goreng.. anak teruna tak tahan pedas, boleh selsema katanya. sangatlah poyo.. yang gegirl ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada anak anak memang tak boleh masak pedas. nanti dorang tak tahan. Hehe..poyo sangat tu.

      Delete
  14. terasa2 kat bibir kepedasannya. akak pun baru je beli cili api kampung dlm 2kg. ingat nak buat sambal pedas dan buat stock. nak buat nasi goreng nnt senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan macam tu senang bila dah ready to use ni. Cepat sikit siap masaknya.

      Delete
  15. Terasa kepedasan di mulut ni. Hahaha.. rajin fiza buat. Betul skrg harga cili mahal tp kalau mkn tak rasa pedas tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..stok habis memang kena rajin. Alang alang ada yang nak, buat sekali. Tahu takpe, kena pedas jugak kan. harga tu takleh kata apa dah. Semua barang naik harga dah.

      Delete
  16. Rajinnya Fiza buat cili..
    Kalau yang ada cili cili ketuk tak nampak di mata dalam masakan bila termakan, Lurviey panggil jerat percintaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..rajin bila nak buat stok.
      Jerat percintaan sebab tahu tahu tergigit cili eh?

      Delete
  17. ini mcm cili yang selalu saya beli jer, tapi tak tau nama sebenarnya. nampak macam cili api tu cili api lah bg saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas gila tak? kalau pedas sangat tu betullah tu kot. Hihi..faham sangat :)

      Delete
  18. nampak menarik sambal gesek guna cili padi thai ni, ingatkan kak fiza open oder , rupanya nak kirim untuk ahli keluarga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cili padi thai ni paling sesuai buat sambal gesek. hihi..taklah, untuk family dan stok sendiri je.

      Delete
  19. Wak memang kalah kalau makan pedas2 sangat
    Enjin dah lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham wak, mak ayah saya pun tak boleh dah makan pedas. kena berpantang makan pedas.

      Delete
  20. Berpeluh makan cili macam tu. Bagus berkongsi rezeki, inshaAllah moga Fiza dirahmati Allah swt. Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. pedas kemain lagi. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki
      Terima kasih untuk doanya. semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminnnn...

      Delete
  21. Tunjuk tangaaan sesama penyuka pedas :D. Sayapun rasa tak semangat makan kak, kalo tak pedas. Jadi di rumah memang selalu sedia sambal. Tapi rasanya di Jakarta susah mencari chilli impor , karena chilli di sini banyak macam dan pedas. Cabe rawit merah kalo nak pengen pedas normal. Tapi kayak di Sumatra ada buah andaliman yang lebiiiih menggigit lagi pedasnya :D. Sayangnya hanya tumbuh di Sumatra Utara. Jadi kadang saya harus pesan lewat mama yang tinggal di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng pedas. Ada sambal baru berselera makan, kan. Di sana lagi banyak cili super pedas. Ohh pesan cili dari kampung.

      Delete
  22. Cantiknya hasil kejadian sambal tu Fizah.
    Kalau di LD, sebotol kecil sambal tu dijual RM11. Senang ada stok banyak. Nak makan tuang saja. Boleh tambah-tambah bahan lain seperti kicap untuk rasa berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi sambalnya.
      Murah lagi tu sebotol RM11. Kat sini macam mahal sikit dari harga tu.
      Betul, senang ada sambal ready to eat, ready to use.

      Delete
  23. Merah menyala cilinya, terasa rasa kepedasan tu hahaha. Saya tak makan pedas tapi suka jugak kadang kadang makan nasi rasa pedas pedas sikit. Sikit jelah sebab takut perut meragam hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Super pedas ni Atiqah. Haa hati hati makan pedas Atiqah. jangan biarkan sejarah berulang kembali.

      Delete
  24. shida xtahan fiza guna cabai kampung ke vietnam ke..cili padi biasa pn shida xleh tahan ni kan yg top top punya cili ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Shida tak boleh makan pedas. Memang kena elakkan makan pedas tu Shida.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.