Responsive Ad Slot

Slider

Malaysian Ghost Stories Episod 10 : Hantu Takde Kepala

malaysian ghost stories episode 10 malaysia ghost stories 2021 malaysian ghost stories hantu takde kepala malaysian ghost stories cast malaysian ghost

Malaysian ghost stories episod 10 menampilkan kisah tentang hantu takde kepala lakonan Erry Putra, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 10 Hantu Takde Kepala atau dikenali dengan nama Hantu Janet di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 10 Hantu Takde Kepala

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES 

Episod 10 : Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)
Waktu tayangan : 9 September 2021 (Khamis), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU TAKDE KEPALA

Mengisahkan tentang tradisi masyarakat lam dulu-dulu yang memotong kepala manusia untuk pemujaan dan ditanam di kawasan pembinaan sebagai tiang utama bangunan tersebut jadi lebih kukuh. Hantu takde kepala kemudian mengetuk pintu rumah mereka yang memotong kepalanya kerana mahukan kepalanya kembali.

PELAKON DAN WATAK

  • Ery Putra sebagai Azri
  • Hasnul Rahmat sebagai Nazreen
  • Khairul Anwar sebagai Rahim
  • Amir Ise sebagai Sufian
  • Eileen Yeo sebagai Janet
  • Syazwan sebagai Munir
  • Dollah Chantik sebagai Emcee
  • Muhammad Azim sebagi Junid
  • Syed sebagai Mahat
  • Daus sebagai Fahri


LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


42
( Hide )
  1. Mengigil baca, mungkin ilusi, mungkin benar, ada digantung di titi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah orang dulu dulu ni ada je tradisi mereka. Mujurlah ramai dah celik ilmu agama.

      Delete
  2. mesti jalan cerita kelakar. tak sempat tengok tadi.

    ReplyDelete
  3. ala lupa nak tengok. haritu last tengok pasal hantu kum kum

    ReplyDelete
  4. Seram pulak tertengok gambar hantu malam-malam ni..Saya dah 2 malam tidur rumah mak saya ni.. Malam semalam abang saya dengar suara budak menangis jam 1 dan 3 pagi.. Rumah mak saya ni ke dalam sedikit, ada 6 biji rumah je.. Belakang rumah mak ada 2 buah rumah lama tertinggal usang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, seramnya baca! Harap tak ada lagi lah berlaku lagi. Rumah lama ditinggalkan seram juga.

      Delete
    2. Akak tumpang seram sama kat sini huhuhu

      Delete
  5. Jujur...saya hanya baca tajuk tak baca isi swbab penakut🙈
    Anak2 dah faham.Pernah sekali depa prank buka film seram,sorok remote.Berminggu mak depa murung..Lepas tu depa serik dah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul kena elak tengok cerita hantu ni. Takpe, faham faham. Pasni akak skip terus je okay :)

      Delete
  6. Tahu cerita ni tak berani nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tengok kalau tak berani. Takut terbawa bawa dalam mimpi.

      Delete
  7. Tayangannya malam tadi bertembung dengan movie hantu tamil di 202. Pun cerita pasal pembunuhan juga, cuma tak potong kepala sebaliknya dikorbankan di tapak pembinaan. Sy selalu terlepas slot Malasian Ghost Stories ni.

    Pasal potong kepala kan, masa kecik2 dulu mmg tak berani la jalan sorang, nampak orang potong rumput, lari lintang pukang, sungguh prejudis 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh lama betul tak tengok movie hantu tamil ni. Cerita baru ke cerita lama tu kak? Lagi seram kot kan movie hantu tamil. Seingat saya macam pernah tengok zaman kecik dulu. Takut betul! Sama naik dengan trend manusia jelmaan ular.

      betul betul paranoid tu. Tak pasal orang potong rumput dipersalahkan. hehe

      Delete
  8. alamak kenapa ery putra..ammi pun taktau kenapa mcm x suka tgk dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak minat eh. mungkin sebab selalu bawak watak annoying kot jahat jahat camtu.

      Delete
  9. Pernah dengar cerita hantu ini. Ada lagi ke orang buat sekarang? Seram.

    ReplyDelete
  10. tgk juga cerita hantu ni jam 11 kan
    ulangan baru tgk yg hantu raya dan langsuir he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, hantu takde kepala malam tadi. Hantu raya dan langsuir yang episod sebelum ni.

      Delete
  11. ngeri lah kalau hantu tak cukup sifat ni. Dia punya agresif lain macammmm

    ReplyDelete
  12. Seram nyaa main potong potong ni >.< Tapi rasa nak tengokkk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, kalau real dan betul betul ada memang seram giler.

      Delete
    2. Kalau real and betul betul ada, memang lari tak cukup tanah dah saya hahahah, serammm dia bukan main main >.<

      Delete
  13. Dengar saja pun dah takut. Agaknya memang betullah kisah sabit kepala orang untuk ditanam atau disemen di tiang jambatan. Orang kata kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kisah dalam filem pun sebenarnya sedikit sebanyak ambil dari ceritacerita sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menakutkan kes macam ni. Mungkin jugalah tu ambil dari kisah sebenar. Masakan mereka tahu ada hal sebegini.

      Delete
  14. sebut potong kepala teringat kisah pembinaan jambatan pulau pinang. Dah lupa baca kat buku mana tapi gambar depan kepala tak de dan tangan pegang kepala yang kena potong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh ada eh cerita tu? Seramnya! Macam jadi kebiasaan pulak setiap kali pembinaan ada pengorbanan macam tu.

      Delete
  15. seronok jgk layan drama ni.. cerita pendek2 habis terus.. busyra tngok bnyk gak episod.. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. cerita pendek habis terus. cerita hantu seram seram pulak tu

      Delete
  16. Dulu-dulu rajin gak layan cerita seram/hantu. Sekarang ni dah kurang. Makin tua ni jadi penakut pula hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham...Hihi..kannn..dulu zaman muda remaja tengok cerita hantu macam takde perasaan je.

      Delete
  17. layan episod ni kalau duduk sorang-sorang mungkin akan terbayang-bayang hantu tanpa kepala

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu