Header Ads

Hadiah Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

Tengah duduk santai di beranda kat kampung, bunyi notification whatsapp. Seseorang bagi tracking number dan katanya parcel dah on the way. Kita pun, reply lah terima kasih. Hari Isnin, saya check lah tracking number. Kot kotlah parcel akan sampai.

Tapi tak! Membawa ke hari Selasa pulak, eh eh masih kura kura perjalanan dia. Benda dah sampai kat HUB POS Laju Domestik KLIA tapi masih tak bergerak. Kat situ jugak dia membeku. Tengok orang lain dah selamat dapat dah.

Pagi rabu saya check baru lah nak gerak 'parcel out for delivery'. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Datanglah abang pos laju courier. Macam biasa saya suruh dia letak atas tembok je.

Fuhhh...lega parcel dah selamat sampai. Bukan apa, malas nak menunggu. Sampai awal dapatlah kita buat kerja lain. Taklah ternanti-nanti. 

Walaupun dah tahu apa isi dalam parcel tu, tetap rasa excited jugak! Saya dapat hadiah Bath & Body Works PocketBac cleansing hand gel Peach Bellini dan Cucumber Melon. Serious comel Bath and Body Works PocketBac ni. 

Untuk pertama kalinya ada koleksi Bath & Body Works. Suka suka! 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel ni adalah hand soaps & sanitizers. Didatangkan dalam saiz poket 1 fl oz / 29 mL untuk memudahkan kita bawa kemana saja di musim pandemik ni. Kebersihan diutamakan.

Pocket-friendly gitu. Diformulasi dengan 68% alcohol untuk melawan kuman dan mengandungi microbeads.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

PEACH BELLINI

Saya suka bauan sweet peach bellini ni. Kandungan bauan dia adalah dari buah peach, white apricot dan fresh mango.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Peach Bellini

Mengikut label produk, tahan 12 bulan selepas dibuka. 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Peach Bellini

CUCUMBER MELON

Gabungan dari cucumber, honeydew dan melon menghasilkan bau yang best jugak sebenarnya. Sejuk dan soothing macam aloe vera gel. 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Cucumber Melon

Label yang sama juga dibelakang.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Cucumber Melon

Selepas bau kedua-duanya, saya yakin untuk katakan yang kedua dua ni antara hand sanitizer bath and body works paling wangi. Rasanya semua pun wangi. Dahlah comel, bauan semua pun best best ikutkan dari label tu.

Bestnya pakai Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel ni. Wangi dia melekat sampai dah basuh tangan berkali kali pun wangi lagi bau dia.  Aduhaii..macamana tak jatuh cinta.

Hati berbunga bunga tau dapat hadiah ni dari budak comel Uyum dan Nina a.k.a KakRet sempena jadi top commentators bulan Ogos yang lepas. Bulan September 2021 birthday Uyum. Jadi,  Uyum dan Nina nak kongsi rezeki dengan semua top commentator. Hadiah juga dipilih sendiri oleh Uyum. Sweet of you lah Uyum. Pandai pilih hadiah eh.

Siapa tak kenal Uyum, maknanya belum cukup die hard fan blog Ako Tetap Ako ( anakomak6.blogspot.com) lagi tu. Nak jadi peminat Uyum kena datang hari hari rumah KakRet. Ada saja cerita pasal Uyum ni. Terhibur tau baca!

Hadiah Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel

Terima kasih Uyum dan KakRet kirimkan hadiah yang super duper comel dan sangat sangat best ni. Suka tau! Nak guna pun sayang. Guna sikit pun dah kemain wangi bau dia. 

Semoga KakRet, Uyum dan keluarga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Gembira selalu, diberikan kesihatan yang baik dan Allah permudahkan segala urusan. Aaaminnn....

54 comments:

  1. Cantik dan wangi. Naniey pun pertama kali ada bath body works collection ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tu dah tentu. Wangi dia memang semerbak betul. Lama bertahan. Samalah kita :)

      Delete
  2. dah lah wangi comel pulak tu.. tahniah fiza!! dpt hadiah lg tu dpd si comel uyum... rezeki kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lengkap pakej dia kan. Alhamdulillah.. ye betul. Rezeki :)

      Delete
  3. best best..
    ammi baru je follow blogger ni sbb terbaca sajak dia kat blog kak SA huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best!
      Selamat berkenalan dan menambah rakan blogger baru :)

      Delete
  4. tahniah kak, jadi top komentator dapat hadiah. sedap plak rasanya produk ni, kalau boleh di makan dah lama habis, cucumber melon... nyam3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..haha..jangan dirasa, bau dan guna je. Cucumber dan buah melon buat ice blended sedap gak tu.

      Delete
  5. Wow baca entri dia menarik btul dr mula smp la abis hehe.. Rajin btul dia dpt idea panjang2 intro nya haha pape pun.. Alhamdulilah slmt jgk smp akhir nyaa.. Tq fiezah sbb slalu sgh blog kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ting! idea muncul kita pun laju menaip. Terima kasih sekali lagi KakRet.
      Alhamdulillah sampai jugak walaupun berhari hari baru kunjung tiba.
      sama-sama kasih :)

      Delete
  6. Sukanya wangi peach, nak jugak:) cantik gambar-gambar tenang ala spa gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka. kalau shower gel bau peach tu best bau wangi.
      Terima kasih kak :)

      Delete
  7. Tahniah Fizah. Hadiah yang pratikal untuk suasana sekarang ni. Lama menyinggah kat hub KLIA, nasib baik parcel tak gi naik flight

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih Sal. betul tu, sangat berguna zaman pandemik ni. Haha ini kelakar Sal. Kalau dia naik flight terbang di awangan, tak tahu bila zaman dia nak sampai.

      Delete
  8. Suka beli BBW ni untuk bagi present. Senang sebab ada gift set yang siap kotak sume.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu siap ada box untuk gift. Bolehlah jengah jengah nanti :)

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah.Terima kasih mamapp.
      Memang menarik hadiahnya :)

      Delete
  10. alhamdulillah, tahniah fiza! akak suka hand gel ni..wangi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih. Itulah tu, terus berkenan jugak dengan hand gel ni. Wangi betul. Ini kalau nak membeli rambang mata nak pilih mana satu. Semua macam best je.

      Delete
  11. Alhamdulillah...cantik presentation..kreatif..

    suka baunya yg wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih.

      Saya pun suka bau dia yang wangi amat ni.

      Delete
  12. Tahniah kak fizah. syu pon dpt jgk smlm. tp x cuba lg..

    ReplyDelete
  13. Amin doanya... Amin... Comel hadiah tum.. dahlah comel.. wangi pulak tu . Kan... Hehehe..

    ReplyDelete
  14. Memang sungguh menyegarkan aromanya.
    Tahniah Fizah. Moga tambah rezeki Ret dan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt Kak Amie. Wangi dia melekat betul.
      Alhamdulillah. Terima kasih doakan kami.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan..
      Aaaminn....

      Delete
  15. comelnya adiah! geram je tgk..
    tahniah fiza! alhamdulillah rezeki.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel! Alhamdulillah rezeki dapat hadiah ni :)
      Terima kasih Ezy.

      Delete
  16. Hehe tengok belakang label ringkas penerangan tidak cerita bahan terperinci.
    Itulah sayang hendak pakai. Hehe. Apapun tahniah sampai juga. Ingat sebab Fiza balik kampung jadi lambat dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ringkas sebab ikut simbol tu kena refer booklet untuk maklumat details.
      Alhamdulillah..Terima kasih kak. guna sikit sikit je :)
      Courier lambat proses, itu yang lambat dapat.

      Delete
  17. Tahniah kak fiza! Sama dengan saya yang cucumber melon tuuuu, sedapppp jugakk kann bau dia.
    Part barang sampai tu setuju, selagi tak sampai, selagi tulah duk tunggu tunggu. Memang tak senang nak buat kerja kan huhuhu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Atiqah. Dapat sama kan kita. Hihi..Bau wangi dia kuat betul!

      Tahu takpe, penantian satu penyeksaan.

      Delete
  18. Tertarik dengan Melon tu. Sebab ada bau honeydew. Cutenyaa Uyum! Tahniah Kak fieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia best Ain. Bau wangi kuat dan melekat betul :)
      Uyum memang comel.
      Terima kasih Ain.

      Delete
  19. Tahniah, Fiza! Selamat berwangi-wangian dengan hadiah Uyum dan Kak Ret!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak.
      Lagi kerap kita cuci tangan. hihi...

      Delete
  20. paling suka bau cucumber melon , sweet je bau kan , packaging botol yang comel mudah di bawa ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, bau dia best sangat. Dua dua bau sweet je. Betul tu, mudah simpan dalam poket pun setara namanya.

      Delete
  21. tahniah kak fiza! Gambar kak fiza semua meletop!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.