Header Ads

Kelapa Kuning Dan Kelapa Tua

Balik kampung haritu cuaca kejap mendung kejap panas. Suami pun terkeliru nak meracun semak ke tidak. Sudahnya berakhir dengan kegagalan meracun di hari sabtu. Pagi Ahad lepas embun kering barulah mula siapkan segala pekakas dan bahan untuk meracun.

Sedang suami rancak meracun di sekeliling rumah, saya tutup semua tingkap. Duduk dalam rumah diam diam sempat jugak berblogwalking. Nak duduk luar nanti terhidu bau racun. Mak pulak macam biasa kalau balik kampung mana reti duduk diam.

Dah ditegah duduk dulu rehat tapi... ehhh dia ligat buat kerja. Buat kerja laju-laju, jalan laju-laju pastu mengadu sakit kaki tak kuat. Jumpa jiran jiran tapi sembang jauh-jauh je la. Bertanya khabar dan sembang lama tak jumpa.

Mak-mak kita dah biasa duduk kampung. Banyak aktiviti boleh buat. Itu yang sibuk buat macam macam tu. Jiwa dia lebih kepada suasana kampung. Dapat buat kerja kampung at least kurangkan juga rasa serabut duduk di bandar.

Tiba-tiba dengar suara mak luar tingkap bilik dengan makcik saudara bersembang. Tengah mengutip buah kelapa tua yang pokok tinggi jauh sikit dari pokok kelapa kuning dalam gambar. Nak dibuat stok santan katanya. Bergegas lah saya capai sweater hoodie tolong kutip buah kelapa. 

Encik suami pun dah siap meracun kawasan berdekatan dengan rumah. Sambung jauh sikit dari rumah sebab dah semak jugak. 

Lepas kutip kelapa, berehat kejap bawah pokok kelapa kuning ni. Kelapa gading ke nama dia? Dalam hati berkata "Alangkah sedapnya kalau dapat air kelapa sejuk masa cuaca panas ni".

Tapi cita cita tak tercapai mengenangkan buah kelapa yang tak besar mana ni. Auto cancel niat nak buat air. Potong mood betul lah buah kelapa ni. Kenapalah tak besar masa ni. Ke memang macam ni besar dia. 

Hahaha... Entahlah! Kemain teringin nak minum air kelapa kan tapi tak tahu jenis buah kelapa.

Kelapa Kuning

Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.

Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya  nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat. 

End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layu ditasik madu

Eh tak! Disebabkan letih mengopek kelapa yang tak seberapa dan berpeluh beria. Masuk rumah terus mandi. 

Kelapa Tua

Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.

Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.

Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!


41 comments:

  1. rasanya saya pun sama macam Fizah kalau disuruh buat kerja kampung. Badan lemau duduk depan PC aje. Samalah tak pandai kopek kelapa. Durian apatah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya Sal. Lemau sungguh bila dah lama tak buat kerja kampung ni. Durian tu okay lagilah. Kopek kelapa ni mencabar betul. Amek masa nak siapkan sebiji pun. Ini 10 biji sekaligus.

      Delete
  2. sedap kalau dapat minum air air kelapa muda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap betul kalau dapat air kelapa muda..feeling fresh!

      Delete
  3. Tula hehe.. Dari buah kelapa kecil, kuning tiba dapat santan dua bungkus, sembang berisi namanya tu.. Untungla ada hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santan dari kelapa tua yang warna coklat tu kak. Ada 10 biji semuanya. Dapatlah beberapa bungkus. 2 bungkus untuk saya mak mentua bagi. Hihi..Alhamdulillah ada hasil tanaman untuk kegunaan.

      Delete
  4. rinduuu nk kait kelapa, kopek., mesin. cam dulu2 huhuu
    bc cerita Fiza teringat jga pd arwah mak akak
    yg x reti. duk. diam. camtulah bila. kita blk kg

    ReplyDelete
  5. Terus terbayang pokok kelapa keliling rumah di kampung. Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kelapa dan kampung berpisah tiada. Semoga ada kesempatan dapat balik kampung nanti. Aaminnn...

      Delete
  6. betul tu santan kalau disimpan terlalu lama agak tidak sedap . kalau dua tiga hari lagi masih ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena guna cepat cepat. Jangan terlalu lama sangat. Hilang rasa sedap dia.

      Delete
  7. Itulah susah dapat kelapa dan santan segar.
    Hehe kuat mak mertua Fiza kupas, lepas itu parut dan perah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual santan segar tapi ada yang letak air pulak.
      itulah tu, gigih nak buat kerja.

      Delete
  8. mak-mak macam tu lah kan. kalau balik kampung, x betah duduk diam. kalau g rumah ank-anak dekat bandar, kejap ja xboleh lelama rindu rumah, lemau badan katanya. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Memang tak duduk diam. Ligat je buat kerja. Duduk bandar mati kutu tak tahu nak buat apa jadi lemau badan. huhu

      Delete
  9. Kelapa gading tu memang besar tu ja saiznya..kecik comei. Tp tu mcm dah tua dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke kak. Tahap tu jelah besarnya ye. Terima kasih kak inform.

      Delete
  10. Kak Amie suka baca tulisan Fizah ni.
    Fizah gunakan teknik showing, dan bukannya telling. Kalau dalam penulisan kreatif Fizah berjaya melibatkan pembaca sehingga terjalin ikatan antara pembaca dengan Fizah sebagai penulis, dapat bayangkan apa yang Fizah ceritakan dan rasa teruja untuk meneruskan pembacaan. Bagus cara Fizah, ada interaksi dua hala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu teknik showing ke telling. Main hentam tulis. Terima kasih kak Amie membacanya. Tak semua orang baca sampai habis dan faham isinya. Kadang penyampaian kita buat pembaca kurang faham ada yang bertanya dan mungkin ada yang tak baca habis. hihi..

      terima kasih banyak banyak Kak Amie :)

      Delete
  11. Dulu merasa gak nak buat semua ni. Sekarang, semua beli jer😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk bandar haruslah kita membeli je. Itu lebih mudah :)

      Delete
  12. Tak memasal nyok dipersalahkan hahaha. Time panas2 minum air kepala muda letak pula ais fuhh lega anak tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak pasal pasal kan. Memang syok aihhh kalau dapat minum air kelapa sejuk.

      Delete
  13. Kelapa gading ni memang kecil
    Tapi airnya manis dan isinya lebih tebal
    Biasanya memang buat minum kelapa muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke wak? Alahaii menyesal tak kait.
      Terima kasih wak bagitahu :)

      Delete
  14. kelapa gading yg kuning tu memang tak besar buahnya. air pon tak banyak. tapi kalau nak minum boleh jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Sama macam wak Kak Kamsiah dan wak cakap tu. Baik, faham dah sekarang. Terima kasih :)

      Delete
  15. Balik kampung macam macam kerja boleh buat. Aktif lain macam sikit di kampung. Kelapa macam macam jenis, kelapa gading, kelapa pandan, kelapa apa lagi eh. Tak kena jenis kelapa . Tahu kalau yang kuning tu dipanggil kelapa gading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, balik kampung tak boleh duduk diam. Ada je aktivitinya. Kat kampung saya ada kelapa pandan. Kelapa mawar? Yang kuning tu memang satu jenis tu je lah kan dipanggil kelapa gading?

      Delete
  16. perjalanan nk amek santan ori bukan sng ye.. berpeluh sakan.. kikiki..

    umi sy pon jenis xreti duk diam..
    ade je bnda nk dibuat.. kalo dilarang dibebelnya kita blk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Tapai berbaloilah dapat santan segar yang sedap untuk masakan.

      Hahaha..itu biasa. Mana peduli kita cakap :)

      Delete
  17. Saya rasa memang saiz dia kecikkk gituu je hehehe. Sedappp tuu dapat santan freshhhh, tapi kalau santan gitu memang kena guna terus kalau boleh kann, kalau tak, lama lama macam tak berapa menjadi. Tapi kalau saya masak pun, lagi suka pakai santan kotakkk hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, baru tahu sebab ramai yang cakap macam tu. Betul, kena masak terus baru sedap. Duduk bandar memang santan kotak lah pilihan yang kita ada :)

      Delete
  18. Wahhh. sy lagi tak kenal.. kelapa gading eh ni?? Ok.. nak ingat terusss... Yang sy tahu, kelapa ni mmg sy x pernah minum.. selalu dah kaler hijau tu je sy minum.. Lorh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa kuning = kelapa gading. Biasa orang jual yang hijau tu. Yang hijau pun kelapa pandan sedap air dia

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.