Header Ads

Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Bila teringin makan sesuatu tu. Selagi tak dapat, selagi tu lah dia berlegar legar dalam fikiran. Itulah dia perempuan. Setuju tak? Cerita basi beberapa hari lepas sebelum balik kampung. Makanan tak basi sebab dah selamat masuk perut.

Encik suami on the way balik mesti akan call tanya nak beli apa-apa tak? Macam nak makan spaghetti salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf je. Dengan laju saya jawab, saya belanja! Kalau orang nak belanja, for sure tak menolak. Onz je kan! Rezeki jangan ditolak orang kata.

Mulanya saya ingatkan salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf  jenis macam spaghetti chicken & mushroom tu dengan sos carbonara creamy nyummy. Rupanya tak! Salmon & mushroom spaghetti ni sejenis spaghetti Aglio Olio rupanya.

Salmon & Mushroom Aglio Olio

Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Portion salmon & mushroom Aglio Olio ni The Coffee Bean & Tea Leaf ni besar. Makan berdua kongsi pun okay. Rencahnya cukup banyak. Hirisan salmon dan mushroom yang agak banyak juga setanding harganya RM19 ke RM21 entah. 

Rasa cendawan shiitake yang kuat juga. Tekstur ikan salmon lembut dan sedap. Bila masakan Aglio Olio ni kena faham dia tak gravy sebab tak ada sauce. Tapi sedap! Cuma mood haritu tak terasa nak makan Aglio Olio.

Makan sikit tak sampai separuh, selebihnya suami habiskan. Beli jugak chicken & mushroom spaghetti. Yang ni saya tukang habiskan. 


Chicken & Mushroom Spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf

Dua dua harga sama. Rasa yang berbeza. Nampaknya macam dah cuba semua menu yang saya nak. Quota bulan September melabur di The Coffee Bean & Tea Leaf dah boleh tutup dah. 

Kali ni tak beli coffee sebab dah terlebih quote beli coffee. Cukup cukup sudah. Nanti terlebih manis bersemut pulak.

34 comments:

  1. Salmon & Mushroom Aglio Olio nmpk menarik juga ..tp mmg suka yg creamy pasta tu kalo makan kt coffee bean

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin cuba salmon tu sebenarnya. Sedap juga cuma lebih sedap lagi chicken mushroom creamy tu :)

      Delete
  2. Sedapnya yang salmon tu.. Nanti nak cuba juga. Tapi nak cuba coffee dulu sebab belum pernah lagi merasa coffee kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaep juga. nanti cubalah naniey. Coffee pun kita baru rasa 1-2 jenis je baru.

      Delete
  3. Chicken & mushroom sphagetti tu nampak sedap.

    Tak pernah lagi makan kat The Coffee Bean & Tea Leaf. maybe pasni boleh singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap yang tu kak. Tak rugi cuba masa 1st time beli. Selamat singgah nanti :)

      Delete
  4. Oh! dedua tu Mrs. A tak berapa makan sangat kalau makan selalu tak habis tak pun rasa-rasa sikit anak punya.

    ReplyDelete
  5. Suka pasta, kalau kedai masak macam coffee bean lagi bertambah suka hehe oh mood nak creamy pasta ye, samala hari nak sup atau berkuah, tiba mai goreng.. Cari maggi kari kut..


    Aha baru perasan ada dua, terima kasih Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Mood dan selera ke lain pulak. Biasa okay je makan aglio olio ni.

      Delete
  6. ok nanti nak dine coffee bean jugak. asyik kena racun je ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..teracun sudah ye. Selamat dine in Coffee Bean :)

      Delete
  7. Replies
    1. Spaghetti sesekali teringin nak makan tu berselera lah makan. Kalau selalu sangat jadi jemu.

      Delete
  8. Replies
    1. Memang sedap. Kalau singgah The Coffee Bean boleh cuba menu ni.

      Delete
  9. Bagi akak murah spaghetti salmon & mushrooms.
    Oh ada nampak hirisan cili dalam gambar. Pedas tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga macam lebih dari standard price sikit. Tak pedas sangat tapi rasa mushroom tu kuat sikit. Just nice lah kot rasa dia.

      Delete
  10. Sedapnya makanan begini. Teringat kat anak-anak.
    Rasanya Kak Amie pun dah lama tak makan menu western ni.
    Kalau ada Abang Farid, memang serah pada dia sajalah untuk masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh selalunya abang Farid yang rajin buat masakan western ni ye. InshaAllah ada kesempatan semua berkumpul balik LD makan ramai ramai :)

      Delete
  11. Selagi tak dapat selagi tu dok zikir. Jenis saya pula malasanya nak keluar tapi bila dah keluar lupa pulak nak beli. balik rumah baru teringat benci betul. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah tu. Kalau malas boleh guna service food delivery. Inipun alang alang husband on the way balik lalu situ. Kita pun kirimkan je lah.

      Delete
  12. kayangan sangat makanan ni, hehehe. tapi sekali sekala apa salahnye kan. makanan yang lain pon macam jemu dah makan. sayangnya tmpt saya takde delivery, kalau ade bole gak cube. nak pegi beli, malas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala je ni bila teringin. Kalau tidak, tak jugak ke sini. hihi..Keluar nanti nanti kot singgah bolehlah membeli :)

      Delete
  13. sllu msk spageti kat umh je.. buat cincai2..
    kdg tekak teringin jgk nk mkn spageti mcm gni..
    tp tu la.. xberkesempatan lg.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak cincai cincai asalkan rasa masakan spaghetti sudah lah kan. Bila teringin orang lain masak, itu yang membeli jugak tu.

      Takpe, next time kalau teringin boleh cuba :)

      Delete
  14. Betul sangat kak fiza, selagi tak dapat, selagi tulah duk berlegar legar dalam kepala otak hahaha. Kalau saya, kurang sikit makanan macam ni, rasa sesuap boleh la >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tulah pasalnya. Kena jugak membeli. risaulah dok dengar bisikan ni.
      Ohh bukan taste Atiqah ni :)

      Delete
  15. Sedaaaaaap terlihat :D. Saya suka 2-2nya, carbonara atopun oglio Olio. Tapi krn sedang diet nih, jadilah oglio Olio lebih favorit :D. Apalagi kalo sedikit pedas, lebih sedap. Betul itu kak, wanitalah, kalo dah teringin sangat, pastilah hrs dicari sampai dapat kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastinya Aglio Olio lagi sesuai untuk diet. Carbonara kalau tambah cheese dan segalanya punah diet. Hihi

      Ada rasa pedas tu yang lebih sedap sebenarnya. Itulah dia perempuana, ternyata benar fakta ini :)

      Delete
  16. Teringin pulak bila tengok.. habis kuarantin nak cari.. skrg pantang dulu... Berjaga jaga kunun.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis kuarantin nanti boleh order nona. Take care ye.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.