Wonda Barista Long Drive , Edisi Wonda Coffee Terbaharu

Bila lama tak kesana kesini, jarang dah membeli ari minuman dalam tin. Semestinya air kopi jadi pilihan. Biasanya encik suami akan beli air minuman wonda coffee. Sesekali keluar beli barang kalau ada mood nak ikut suami, membeli lah jugak se tin dua.

Kadang terdesak jugak membeli sebab nak pecahkan duit. Hehe..Air minuman dalam tin dah bermacam macam jenis edisi kopi dah. Wonda Coffee saja dah macam-macam. Paling tak boleh terima wonda coffee zero max. Lain macam rasa kopi dia. Nak habiskan se tin pun lambat!

Baru-baru ni suami beli wonda barista long drive menu kopi terbaharu dari Wonda Coffee. Tak tahulah kot ada lagi baharu atau saya je yang baru nampak. Almaklumlah jarang keluar dari sarang.

Wonda barista long drive review dari saya, rasa kopi dia lebih kurang macam rasa kopi tarik. Sedap tapi tak rasa betul betul sedap. Macam ada kekurangan dengan rasa kopi wonda barista long drive ni. Rasa dia tak berapa kaw sangat pun untuk stay up lama ketika memandu.

Jenis saya yang dah biasa dengan kopi kalau dah mengantuk, memang mengantuk jua. Pada saya yang dah biasa minum kopi, biasa biasa je kot.

Wonda Barista Long Drive Review

Kopi susu yang agak pekat tapi masih mencari tang mana yang kurang sedap tu. Mungkin kurang lemak manisnya kot. Sedikit tawar mungkin.  Ada yang dah rasa?

Wonda Barista Long Drive Review

Kopi tarik jugalah yang sentiasa menjadi pooojaan hatiku. Paling win dalam banyak banyak edisi Wonda Coffee. Cukup rasa!

Kopi tarik wonda coffee


44 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. samalah..kalau wonda ammi will go for kopi tarik.
    betullah tu..kalau dah biasa minum kopi..kalau ngantuk apa ada kira ngantuk ke hapa..tetap tido walaupun leaps minum 2 cawan kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi tarik tetap terpaling sedap antara wonda coffee, kan. Tahu takpe, minum kopi pun tetap ngantok kadang. Hehe...

      Delete
  2. saya boleh minum kopi dan susu tapi tak boleh minum kopi susu. pelik tak? ahaha. suka tengok gambar-gambar kat sini. set up utk prop dan background selalu cantik belaka 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik betul ni. Kalau minum kopi kena kopi o lah gitu ye?

      Terima kasih awak :)

      Delete
  3. wonda mcm2 edisi kopi keluar tp mmg suka sgt kopi tarik wonda tu..kita geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, macam macam edisi ada. Kopi tarik jugalah yang sedap. yeay, kita geng!

      Delete
  4. Wah..kena cuba ni, sesuai utk Night Owl ni..ehehehe

    ReplyDelete
  5. wah saya baru tahu kalau ada yang namanya kopi tarik
    sepetinya enak
    apalagi dibuat dari biji kopi terpilih

    ReplyDelete
  6. wonda coffee ni peberet MAMA uyum...
    mcm kak retkureng minat sbb cam rasa kopi dia kuat sangat...
    takat nescafe ok lagi heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh fav MAMA Uyum. Pada saya pulak nescafe macam lagi kuat dari wonda. Hihi..terbalik sudah.

      Delete
  7. fuh menggoda! yang kopi tarik tu saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi tarik kegemaran ramai. Ramai geng kopi tarik :)

      Delete
  8. Ya betul akak suka kopi tarik.
    Kopi long drive belum pernah nampak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kopi tarik. So far yang menepati citarasa. Kot terjumpa nanti boleh cuba beli dan rasa kak :)

      Delete
  9. Pernah cuba sekali ja sebab dapat percuma, nampak kopi tarik rasa macam nak lepak pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat percuma. Boleh rasa. Hehe..lepak lepak sebab kopi tarik :)

      Delete
  10. Tin tin kopi sekarang ni semuanya cantik dan boleh buat koleksi.. Nak try juga la kopi tarik tu. Tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu naniey. memang cantik cantik design minuman kopi dalam tin sekarang. Siapa rajin kumpul bolehlah baut koleksi. Trylah kopi tarik. Sedap!

      Delete
  11. mama tak penah rasa lagi.. agaknya kurang kick atau kurang kaw tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang kick tapi tak tahu lah apa yang kurangnya. Mungkin macam rasa tawar sikit kot.

      Delete
  12. Sedapnya kopi. Macam-macam jenis kopi yang ada sekarang ini.
    Minum panas atau sejuk... aaahhhhh nyamannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Amie, macam macam jenis kopi ada zaman sekarang ni. Jenis dalam tin ni sedap lagi diminum sejuk sejuk :)

      Delete
  13. tak jumpa lagi fiza. belum masuk kot area sy hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab baru lagi kot Anies. kot jumpa nanti bolehlah beli dan rasa.

      Delete
  14. Tidak pernah lagi jumpa wonda kopi perisa ini. Saya suka mocha hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot jumpa boleh cuba nanti Nadia. Mocha wonda coffee ada ye? Nanti bolehlah cuba jugak.

      Delete
  15. Sy kalau minum kopi setin or secawan.. bolehlah buat segar kejap.. tapi lepas setengah jam gitu ngantok balik kalau dah mengantuknya tu kuat saagat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. kalau dah ngantok kena tidur jugak. Minum kopi tetap ngantok jugak. hihi...

      Delete
  16. pernah juga suka wonda coffee ni, tapi sekrang ni dah jarang sangat minum minuman dalam tin. kalau teringin saja akan minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu. Saya akan beli bila keluar naik kereta je. Kalau sesaja beli teringin jarang berlaku. Hihi

      Delete
  17. Entah kenapa kalo minum kopi dalam tin begini, saya tak seberapa suka. Seperti terlalu encer. Sesekali okelaah, hanya supaya mulut tak masam :p. Tapi kalo ada pilihan kopi lain yg bukan tin, saya akan pilih itu :D. Belum coba yg Wanda nih. Nantilah kalo dah bisa balik main ke Malaysia, saya Cuba kalo ketemu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua kopi dalam tin encer, masih ada yang pekat kaw kaw. Iye, sesekali beli bila keluar jalan jalan. Kalau ada kopi yang lain pastinya saya jugak akan memilih kopi yang lain selain tin. Kalau jumpa bila datang Malaysia, boleh dicuba :)

      Delete
  18. Replies
    1. Boleh cuba kopi tarik tu kak. Sedap! Yang long drive ni macam kureng sikit.

      Delete
  19. Dua dua tak pernah minum sebab tak minum kopi hehehe, teringin jugak nak rasa sebab kawan kawan cakap takdelah pahit punn, biasa biasa je >.<

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال