Header Ads

Resipi Udang Masak Lemak Campur Belimbing Buluh

Macam dah lama tak masak udang masak lemak atau orang panggil masak lemak cili api. Stok belimbing ada lagi tu, saja lah masak udang masak lemak campur belimbing buluh. Kecur air liur kalau sebut belimbing buluh tu haaa. Terasa rasa masam dia. Tapi sedap!

Lauk atau menu berasaskan udang ni tak pernah tak sedap. Nak memasak pun tak leceh sebab udang jenis cepat masak. 


Itu antara resipi yang saya biasa masak. Kot tak ada idea tak tahu udang nak masak apa, bolehlah bagi idea tu. Udang masak lemak cili api kalau dicampur dengan daun kunyit lagi sedap rasa dia dengan aroma daun kunyit.

Resipi Udang Masak Lemak Campur Belimbing Buluh

Resipi udang masak lemak campur belimbing buluh

Bahan-bahan :
Udang
Cili api
Kunyit hidup
Santan 
Belimbing buluh
Air secukupnya
Garam

Cara penyediaan :
1. Kisar/tumbuk cili api dan kunyit hidup.
2. Masukkan udang, santan dan air secukupnya dalam periuk/kuali. Masukkan sekali bahan tumbuk dan kacau rata. 
3. Bila hampir masak, masukan garam dan belimbing buluh. 

Udang masak lemak cili api negeri sembilan mudah yo. Takde nak letak bawang bagai. Orang johor pun masak style macam ni jugak.

Bahasa mudah dia, masukkan je semua bahan-bahan dalam periuk/kuali dengan bahan tumbuk tu. Buka api perlahan dan biarkan masak je. Mudah bukan?

Santan tu saya guna santan kelapa 1/2 biji je sebab nak masak kuantiti sikit je. Atau boleh guna 1/2 santan kotak. Nak kuah pekat, letak santan sebiji kelapa atau 1 kotak santan dan letak air sikit je. 

Ini kalau santan pekat, nak lagi sedap buat udang masak lemak tempoyak. Letak daun kunyit racik sikit, padu rasa dia!

20 comments:

  1. udang tu menggoda sungguh. buat pedah sikit lagi sedap.

    ReplyDelete
  2. Semlm cam ada tgk kt blog sape ek masak lemak udang ni.. Arini tgk sini pun sama.. Aisshh ni ada yg jap lg nasak lemak udang jgk ni haha

    ReplyDelete
  3. mudahnya..macam ni, sekejap aje dah masak kan...sebab udang tak perlu masak lama2, nanti jadi keras..akak suka yang lembut-lembut juicy gitu...

    ReplyDelete
  4. Lauk favorite ni! Ni kalau makan memang selau menambah lah. Wajib menambah. Licin pinggan! Sedappp gila hahaha.

    ReplyDelete
  5. Terliu lah kalau dengar masak lemak belimbing ni. Lama tak masak.

    ReplyDelete
  6. Ni memang fave Naniey. Makan ni memang tak pandang kiri kanan. Sedap lemak2 pedas.. Ada belimbing buluh pula ada masam2 pedas lemak.. Nyummm

    ReplyDelete
  7. Betul sangat. Eza kalau lauk udang ni masak apa je lah, semua sedap. Siap bertambah. Selera betul ya Eza sekarang ni. Mana diet ke laut huhu

    ReplyDelete
  8. Betul itu udang semua sedap. Tapi paling utama buat sambal udang dengan petai.

    ReplyDelete
  9. aduh ni kalau makan ,tak cukup sepinggan

    ReplyDelete
  10. Menyelerakan sungguh lauk begini buat makan tengahari!

    ReplyDelete
  11. kalau letak kunyit lg wangi masakan udang

    ReplyDelete
  12. kito samo la, fiza.
    org nismilan kunyit & cili api jer, lebur!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.