Header Ads

Bomboloni RM2.50 satu!

Sebelum membeli iced latte Vietnamese Coffee, encik suami singgah membeli bomboloni. Nampak kedai jual bomboloni dulu, jadi kita beli lah makanan dulu. Lepas tu baru beli air. Tak kan beli makanan tak beli air. Kang tercekik naya pak karim!

Sedia maklum harga bomboloni amatlah kayangan ye. Jangan expect harga RM1 untuk satu biji donut bulat dengan inti. Itu jarang jarang sekali jumpa. Paling paling murah pun RM1.20-RM1.50. Standard harga yang biasa saya jumpa RM2.

Kenapa mahal? Sedangkan kuih donut je pun. Bahan asasnya tepung, marjerin, gula, garam dan lain-lain. Ikutkan murah lah kan sebab bahan asasnya boleh dikatakan paras barang murah lagi. Yang menyebabkan harga dia macam tu sebab proses pembuatan dan intinya tu.

Even donut bergula biasa tu pun RM0.50 satu kan. Inikan pula bomboloni. So janganlah bising lebih lebih. Nak murah kenalah buat sendiri.

Sebenarnya saya agak terkejut juga bila suami cakap RM2.50 satu biji bomboloni. Jarang beli kan donut kayangan ni. Mahalnya??? Bila fikir fikir, orang berniaga biasalah kena kira untung rugi. Mana ada makanan murah sekarang ni. Mana ada orang nak rugi.

Bila harga sebegitu, suami pun pilihlah yang premium flavour macam inti coklat cadbury, nutella dan peanut butter mana-mana yang memang mahal. Baru puas hati membeli dengan harga tu. Plus, dah tahu rasa dia gerenti sedap.
Bomboloni RM2.50 satu
gambau gegau, mencabar sungguh ambil gambar dalam kereta sedang bergerak 


Bila rasa, sumpah sedap! Bomboloni yang gebu dan tersangatlah lembut. Isi padat dengan inti bukan hanya naampak dari luar je. Bila gigit, auto inti pun meletop meleleh keluar.  

Comot comot dah makan. Tak dapatlah nak kongsi keratan rentas rupa paras donut ni sebab makan dalam kereta. Tak sempat lah nak ambil gambar kan cerita dia.

Yang disaluti nestum tu pun sedap dan rangup. Tapi dalam dia tak ada inti. Donut disaluti coklat dan juga nestum. Sedap gak style bomboloni tak ada inti kat dalam. Tapi bertabahlah ye makan mesti berterabur bila gigit tu.

So far sangat puas hati beli bomboloni ni. Setara dengan harganya. Saya beli kat Nilai Square jugak sebelah jauh sikit dari gerai Vietnamese Coffee tu.

Bomboloni

Bomboloni merupakan sejenis donut berinti yang berasal dari Itali. Perkataan bomboloni berkaitan dengan perkataan Itali iaitu 'bombe' yang bermaksud bom. Disebabkan donut berbentuk bulat dan berinti seolah olah bom yang sedang menanti masa untuk meletop, jadi dinamakan lah bomboloni.

Bomboloni biasa dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan makanan ringan waktu petang. Intinya telah dipelbagaikan mengikut citarasa.

  • Bomboloni nutella
  • Bomboloni chocolate
  • Bomboloni kastard
  • Bomboloni strawberry
  • Bomboloni orange
  • Bomboloni kiwi
  • Bomboloni cream cheese
  • Bomboloni oreo
  • Bomboloni pandan
  • Bomboloni milo tabur
  • Bomboloni peanut butter
  • Bomboloni red velvet
  • Bomboloni blueberry

Bomboloni ni dia punya donut tu lebih kurang donut big apple cuma bomboloni ni versi gemuk dan inti didalam.


52 comments:

  1. hanya jauhari je kenal manikam kann.,. nmpk gmbr pon sedapp., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kita serahkan pada yang pakar je lah. Mujur rasanya juga sedap wak bukan hanya pada gambar je nampak sedap :)

      Delete
  2. Oh semua perisa bombalini RM2.50 ya? Betul kena ambil yang pasti sedap.

    ReplyDelete
  3. Wak tak pernah jumpa lagi
    Nak nyebutnya pun tak gheti

    ReplyDelete
  4. akak suka bomboloni yg salut dgn coklat dan nestum
    sedappp yummy
    dkt tmpr akak ada juga jual 1 rm2.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap yang tu kak. Rangup rangup nestum tu sedap blend dengan roti dan coklat.
      Standard kot harga RM2.50 tu agaknya.

      Delete
  5. Klu makan ni mmg kena sediakan tisu byk hehe.. Klu makan kt rumah x kisah comot2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Dalam kereta struggle nak makan. Mujur ada stok wet tissue dalam kereta.

      Delete
  6. puas ati kalo mkn bomboloni camni!
    gebuuu inti penuh! sedapppp..

    ReplyDelete
  7. Memang mahalll bomboloni ni, kalau yang murah, mesti kureng sikit rasa dia. Tapi kalau saya, okey je kot beli 3/4 pcs, bukan selalu beli, sekadar lepas ngidam gituuu nak makan benda manis hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan gak tu. Kalau murah macam kurang sedap sikit. Nak setara dengan rasa dan harga kot. Yup, betul. Bukan selalu beli pun kan.

      Delete
  8. tak berapa minat bomboloni, suke lagi donut biasa. tapi klu kak fiza belanja saya makan jer.. rezeki jangan ditolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, suka yang sederhana macam tu ye. hihi..rezeki jangan ditolak kan :)

      Delete
  9. Teringat beberapa tahun lalu, sempena sambutan kemerdekaan di LD kami ikut kelas bomboloni yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti LD. Ketika kelas berlangsung, sempat intai wakil rakyat lepaskan tembakan untuk program larian merdeka dari Seri Perdana.

    ReplyDelete
  10. Mak oii harganyaaa...psst...Fiza beli kat mana tu? nampak sedap..rasanya macam nak terjebak gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada tulis dalam entri kak. kat Nilai Square. Memang sedap! Berbaloi lah dengan harga tu

      Delete
  11. kalau mahal tapi sedap takpe. suka jugak sesekali makan bombolini. lupa kejap pantang makanan manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Setuju tu. Mahal, sedap takpe. Jangan mahal tapi tak sedap. Ala, sesekali boleh lah kan :p

      Delete
  12. Pernah makan juga bomboloni . Memang sedap . Kalau kat perlis ni diorang jual 2 ketul RM3 .. Jatuh sebiji bomboloni RM1.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh murah lah tu. Kalau kena dengan saiz, harga dan rasa kira okaylah.

      Delete
  13. Nak tergelak tang tercekik naya Pak Karim tu. Hehe..
    Bomboloni memang harga kayangan tapi kalau flavour premium dan sedap berbaloi beli. Macam yang Fizah beli ni nampak gebu gemok dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tercekik memang naya kan kalau tak ada air. Flavour premium kira berbaloi jugaklah beli. Yang ni memang gebu dan sedap

      Delete
  14. Lama dah cheq tak makan bombolini, rindu la jugak rasanya 😋

    ReplyDelete
  15. Ini anak2 saya sukaaaaaa sangat, dan pak suamilah :p. Tapi honestly saya sendiri tak suka, karena manis sangat -_- . Jadi cuma icip2 dikiiit aja, trus dahlah, anak2 yg habiskan hahahaha. Mungkin kalo bomboloni ada rasa yg savoury, barulah saya nak :p .

    Tapi memang di Jakarta pun harganya mahal kak. Apalagi yg jelas premium. Tapi sesekali tak apalah :D. Buat snacking sore anak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet tooth person memang suka makanan manis macam ni. Saya pun sesekali je makan. Rasanya boleh dibilang berapa kali. Ini juga kebetulan nampak orang jual.

      Delete
  16. eshhh sedapnyaa. mkn ptg2.. msti lembut gila ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan lembut giler bombo ni Busyra. Mana mana bombo so far pernah makan semua sedap.

      Delete
  17. Replies
    1. Memang sedap! Kalau jumpa kedai bombo bolehlah cuba beli dan rasa :)

      Delete
  18. Kat tempat akak ni pun ada bombolini viral RM2.50 sebiji. Dulu-dulu RM2 je. Tapi, memang puas hatilah makan. Inti mewah. Donutnya lembut dan gebu. Sekali-sekala bolehlah manjakan tunas rasa dengan bombolini hehehe

    Tengok gambar bombolini Fiza, terus jadi teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mewah dengan inti memang puas hati lah dengan harga tu. Tang donut lembut tu yang best tu. Setuju kak, sesekali bolehlah. Selalu memang taklah. Manis dan nipis poket nanti.

      Hihi..kalau belum makan manis boleh beli nanti kak Farrah :)

      Delete
  19. suka bomboloni..suka inti nutella dan peanut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak inti nutella tu. Peanut macam kurang gemar sikit kalau dengan bombo.

      Delete
  20. 1st time dulu beli mmg tekujat jg laa sbb smpi RM15 (bli byk) tp bla igt blk Big Apple n seangkatan dgn nya yg lg mahal, reda je laa dlm hati. niat nk bantu peniaga tepi jln😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Bila fikir balik macam tu memang redha je lah bendanya mahal dan nak membuatnya pun rumit. :)

      Delete
  21. Favorite too! Tempat sy, sebiji rm2.50, jugak.. tapi kalau amek lima, dia bagi rm10... Macam macam perisa, haritu org tu jual perisa green tea.. Sedappnyaaaa ui!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh memang standard lah kot RM2.50 sebiji tu. Pandai marketing dia. Mesti ramai beli 5 tu kan :)

      Delete
  22. Dulu waktu awal awal bomboloni ni femes saya terus jatuh cinta dengan bomboloni nutella. Sedap betul lah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filling nutella memang sedap. makan satu tak puas rasanya, kan Nad :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.