Selamat Hari Malaysia 2021 Ke-58

Hari ini 16 September, Hari Malaysia 2021 ke-58. Ucapan Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia. Ayuh imbas semula secara ringkas sejarah Hari Malaysia.

Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.

Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.

Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Janganlah kita bersikap rasis. Orang dulu-dulu elok je hidup berbilang kaum kerana mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan.

Hari Malaysia 2021 Ke-58

Hargailah keamanan yang kita miliki sekarang. Selamat Hari Malaysia. Semoga segera bebas dari ancaman pandemik COVID. Aaaminn...

Saya bangga menjadi anak Malaysia


Selamat bercuti semua.

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. InshaAllah, Alhamdulillah, Selamat Hari Malaysia Fiza, cantik gambar, katner tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Selamat Hari Malaysia kak.
      Terima kasih. Puncak Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan :)

      Delete
  2. Selamat Hari Malaysia, Fiza! Selamat bercuti dan berehat ya. Mudah-mudahan kebebasan dan keamanan yang kita kecapi selami ini akan kekal jadi milik kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn...
      Selamat Hari Malaysia juga Kak Farrah.
      Selamat berehat santai.

      Delete
  3. Selamat Hari Malaysia! HArgailah kemakmuran dan perpaduan yang ada di Malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Malaysia Sal.
      Marilah kita hargai bersama :)

      Delete
  4. Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kak fieza

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Malaysia
    Selamat bercuti
    Selamat beristeri rehat

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Malaysia.
    Alhamdulillah negara aman. Rasa meriah juga sambutan walaupun secara norma baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga terus aman. Aaminn...
      Selamat Hari Malaysia kak :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال