Header Ads

Filem Mencari Rahmat


Mencari Rahmat, sebuah filem arahan Al Jafree Md Yusop yang ditayangkan secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021 di MUBI. Filem Mencari Rahmat merupakan kisah adaptasi daripada karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest. 

Sempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu dalam tempoh masa terhad. Promosi ini akan berakhir pada Hari Malaysia 16 September 2021 nanti. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.mubi.com.

Filem Mencari Rahmat MUBI

Filem: Mencari Rahmat
Tarikh tayangan : 31 Ogos 2021
Penulis skrip : Al Jafree Md Yusop
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Produksi : AB Roll Sdn Bhd

SINOPSIS MENCARI RAHMAT

Mengisahkan tentang dua sahabat yang masih bujang iaitu Razak (Nam Ron) dan Azman (Amerul Affendi). Mereka berdua menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian Roselina (Nadia Aqilah) dan Ratna (Sharifah Amani). 

Akan tetapi mereka perlu berhadapan dengan Datin Azizah (Adibah Noor) yang digeruni.

Razak, seorang anak yatim piatu yang kini bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala harta peninggalkan ibu bapa angkatnya. 

Termasuklah menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya walau bagaimanapun mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. 

Azman juga seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Roselina yang juga merupakan kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.


PELAKON MENCARI RAHMAT

Nam Ron sebagai Razak
Amerul Affendi sebagai Azman
Nadia Aqilah sebagai Roselina
Sharifah Amani sebagai Ratna
Adibah Noor sebagai Datin Azizah
Fauziah Nawi sebagai Aunty Normah
Eric Fuzi sebagai Reza
Azman Hassan sebagai Mokhtar
Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock
Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin



20 comments:

  1. Replies
    1. Yup, rasa dah berberapa kali postpone tayangan since April-June kot kalau tak silap

      Delete
  2. tak pernah tengok cerita kat mubi ni. nampak macam best juga barisan pelakon dia :)

    ReplyDelete
  3. Okey, nanti boleh masuk senarai tontonan :)

    ReplyDelete
  4. Pelakon semuanya best. Bila lah wayang akan dibuka balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Itulah tu. Mungkin tak lama lagi kot sebab ramai dah vaksin ni kan. Banyak sektor dah buka

      Delete
  5. Pertama kali pula dengar tayangan di MUBI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah MUBI ni cuma macam kurang marketing ke camne tak tahu lah.

      Delete
  6. Setuju dengan komen Kak NA, first time dengar MUBI ni, and murah lah harga langganan dia, RM3 untuk 3 bulan. Ada namron dengan amerul affendi dalam filem ni mestiiii bestt sebab memang pandai berlakon pun deme berdua ni kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh langgan sana pulak Atiqah kalau ada filem best :)

      Delete
  7. Semua pelakon dia best2 cuma sayang tv jarang masuk. Tapi mereka ada peminat yang tersendiri dan menghargai karya mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Nak promote MUBI tv ni kot rasanya. Bagi orang lebih tahu kewujudannya

      Delete
  8. sempat tgk kejap aritu... tu pn sbb nam ron😆

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.