Bihun Goreng Ala Ala Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Teh Gula Viral

Tak ada idea nak masak pagi ni. Nak masak apa ek? Teringat stok bihun baru beli. Tapi sayur tak ada untuk dijadikan rencah. Buat bihun goreng ala ala bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula viral tu lah.

Resipi bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula viral

Sejak viral haritu memang teringin nak mencuba pun. Alang alang tak ada sayur nak dibuat rencah, bolehlah cuba bihun goreng 12 sudu gula teh tu.  Ala ala je lah sebab saya derhaka dengan resipi asalnya. Tak letak belacan sebab encik suami tak makan belacan.

Tak letak asam jawa saya gantikan dengan sos tomato. MSG saya gantikan dengan serbuk pasti sedap. Tak kisar tapi saya guna kaedah tumbuk bahan bahan dengan lesung batu. Lagi sedap kot kan?

Resipi bihun goreng 2 sudu besar gula versi saya

Bahan-bahan
3/4 bihun rendam dengan air biasa
5-7 ekor udang kering *
3 biji bawang merah rose *
2 ulas bawang putih *
2 sudu cili kering kisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili thai (apa apa jenis sos cili pun boleh)
1/4 serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam bukit
1/2 sudu besar serbuk pasti sedap
2 sudu besar gula
Minyak untuk menumis

Cara masak bihun goreng 

  • Tumbuk bahan-bahan bertanda *. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sampai naik bau
  • Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos cili, serbuk kunyit, garam dan gula.
  • Kacau rata dan tumis sampai pecah minyak baru masukkan bihun.
  • Kacau rata, baru masukkan serbuk pasti sedap dan kacau lagi.
  • Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Walaupun derhaka dengan resipi asal. Betullah bagai dikata. Sedap lah cara masakan bihun goreng macam ni. Macam bihun mak mak kita masak dulu. Ala ala bihun kantin sekolah pun ada. Resipi Bihun goreng bodo versi sedap lain macam!

Uniknya rasa bila tambah serbuk kunyit dan gula. Belum lagi rasa tambah asam jawa dan belacan tu. Mungkin rasa dia berbeza sikit.

baca juga : resipi bihun goreng singapore

2 pinggan untuk sarapan berdua, 1 portion lagi untuk bekal suami dan 1 portion untuk saya makan tengahari nanti. Senang tak payah fikir nak masak apa dah. Petang nanti baru fikir nak masak apa untuk makan malam.

Resipi asal bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula viral

Resipi bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula viral
sumber : Mohd Shukur

Yang nak cuba resipi bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula viral, boleh ikut resipi asal tu.

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. aah yek..patutnya ammi pun cuba resepi ni pagi tadi. dok blur nak buat sarapan apa sebab takde bahan basah.

    lawa effect kat gambar atas...siap ada asap2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun blur tak tahu nak masak apa pagi tadi. Teringat kat resipi viral tu terus masak.

      Terima kasih :)

      Delete
  2. Bihun tu buat sy kecur.. teringat2 rasa bihun viral tu, hihi

    ReplyDelete
  3. bihun viral ahaha. ingat haritu dekat seminggu kecoh. asal skrol FB je tengok orang berdebat pasal gula tu je. kami di Kelantan makan bihun goreng pun ada manis juga so biasa je pun. lain orang, lain lidah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, masing masing berdebat pasal gula tu. Biasalah tu, selera lain lain kan :)

      Delete
  4. Unik juga bihun letak belacan dalam resipi asal.
    Tidak tahu bila hendak cuba sebab sayur sentiasa ada. Tidak pernah buat kosong lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, unik letak belacan. Nanti kot teringin bolehlah cuba kak.

      Delete
  5. Nampak sedap, bagus ada kunyit, ala jamu gitu.. Kena cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. sikit je saya letak nak tengok okay ke tak bila blend dengan bahan lain. Boleh cuba nanti :)

      Delete
  6. Bihun tu nampak menarik.. walaupun simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Nina. Dah cuba baru tahu rasa dia sedap ke tak :)

      Delete
  7. CCL panggil bihun ni versi bihun kanak-kanak .. Takde sayur dan tak pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bihun budak budak. Tapi bihun ni kalau guna cili kering kisar pedas tak jadi bihun kanak kanak dah.

      Delete
  8. Replies
    1. Yep, memang sedap rasanya naniey. Ulang ulang makan. Hehehe...

      Delete
  9. yum yum sedapnya siapa x suka bihun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggemar bihun mesti suka. Eh, ada juga yang tak suka bihun mamapp.

      Delete
  10. Bihun goreng viral sudah ada di dapur Fizah.
    Saya masih teringat-ingat keenakannya tapi kalau nak buat lagi memang kena kurangkan bahan-bahan perasa seperti gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Finally Kak Amie. Ala ala je lah tapi.
      Teringat ingat jugak kesedapan tu. nanti nak buat lagi. gula tu memang kurangkan juga. Asal ada sikit sikit jadilah.

      Delete
  11. alamak! org ada resdung hanya mampu tgk je laa bihun ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena elak letak udang kering gitu. Guna mana yang tak alergik je lah kalau nak cuba masak nanti Anies.

      Delete
  12. saya pun kalau buat ni banyak derhaka. udang kering dan belacan tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terpaksa derhaka namanya ni sebab tak makan kan. Masak sendiri kenalah kita guna mana yang makan je.

      Delete
  13. Replies
    1. 12 sudu teh Nadia. Bersamaan lebeih kurang 3 sudu gula besar macam tu. Tapi saya masak, saya kurangkan jadi 2 sudu besar gula je.

      Delete
  14. Sedapnya..Kalau tambah telur rebus pulak...
    Fiza..
    Pasai pa bila saya nk buka blog fiza ngan blog SK dia loading lama...buka blog lain ok ja.Masalah hndphone ka macamana.Dah 3 hari macam ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang tambah relur rebus kak. Biasa telur goreng.

      Lahhh ye ke kak? patutlah PV blog merundum. Tapi lately memang ramai alami masalah blog loading lambat ni. Tak tahu lah kenapa tiba-tiba. Terima kasih kak inform. Nanti nak check mana puncanya.

      Delete
  15. kurang kan manis dalam masakan, lebih kan manis dalam senyuman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, kurangkan manis kita kurangkan kuantiti gula. Lebihkan manis dalam senyuman tu selalu :)

      Delete
  16. Semalam Pak Zain bekalkan bihun...sedap...hehehe...sebekas dia bagi akak makan sampai lunch semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seronok tu bawak bekal bihun goreng sedap air tangan Pak Zain :)

      Delete
  17. Bihun ni sesuai untuk saya sebab tak ada sayur hahahaha, kalau tak jenuh asingkan sayur sebelum makan nak nak kalau ada taugeh >.<

    Kiranya betul betul letak 12 sudu gula lah ya kalau original resipinyaaaa, jap nak cuba bayangkan manis dia tu hahaha. Tapi mesti sedap je rasanya kan kak fiza sebab ada bahan bahan lainn jugakk kann hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang masak bihun macam ni boleh makan seisi keluarga tak payah nak masak versi pedas ke versi takde sayur.
      Ikut asalnya 12 sudu teh gula, bukan sudu besar. Kira kira 3 sudu besar lah macam tu. Sedap jugak kalau kurangkan gula.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال