Drama Gerak Khas Undercover

Gerak Khas Undercover 2021 dibarisi pelakon gerak khas Aaron Aziz, Erra Fazira, Dato Seri Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, Dato AC Mizal, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Nantikan drama spin-off, gerak khas episod undercover ditayangkan mulai 1 Oktober 2021, setiap Jumaat jam 10:30 malam di TV3. 

Drama Gerak Khas Undercover TV3

DRAMA GERAK KHAS UNDERCOVER

Mula tayangan : 1 Oktober 2021
Waktu siaran : setiap Jumaat, 10.30 malam
Siaran TV3 : TV3
Idea asal : Syafiq Yusof
Penerbit: Yusof Haslam
Produksi : Skop Productions

PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER

Aaron Aziz, Erra Fazira, Dato Seri Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, Dato AC Mizal, Rosyam Nor, Kenji Sawahi

SINOPSIS GERAK KHAS UNDERCOVER

Gerak Khas Undercover merupakan sebuah drama bersiri bercorak kepolisan yang padat dengan nilai komersial di samping menerapkan mesej kepada masyarakat. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah semasa yang berbeza dan memperlihatkan bagaimana setiap anggota Gerak Khas Undercover menyelesaikan kes-kes jenayah berat tersebut.

LAGU TEMA (OST) GERAK KHAS UNDERCOVER

Tajuk lagu : GK Undercover
Artis : Syamsul Yusof

28 comments:

  1. Tu dia..undercover pulak. Lama bertahan Gerak Khas ni, tapi walaupun dah berkali-kali tukar pelakon, Inspektor Mazlan tetap watak favourite saya. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegemaran rancangan zaman berzaman ni, itu yang lama bertahan. Ramai penonton yang suka tengok especially orang lama. Sesuai lah dari drama cintan cintun. Ada jugak boleh dijadikan pengajaran, contohnya jenayah scammer ke kan. Inspektor Mazlan pun lama bertahan watak AC Mizal tu. hehehe

      Delete
    2. kalau yang menonton dari zaman sekolah sekarang sudah beranak-pinak. mungkin sekarang banyak sangat saingan drama luar, budak-budak pun tak berminat. kita dulu tahu Gerak Khas jelah

      Delete
    3. Sekarang banyak drama tak macam dulu dulu kan, lebih suka tengok kartun zaman kanak kanak :)

      Delete
  2. Tak ingat dah berapa tahu pernah tonton drama Gerak Khas. Dulu selalu tertunggu-tunggu di depan tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekolah dulu suka betul tengok drama gerak Khas ni. Lepas ni bolehlah layan semula. Mesti lagi menarik ceritanya.

      Delete
  3. Eh ingat sudah TAMAT betul sebab pernah diwar-warkan.
    Oklah buat cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, dengar dengar dah finale haritu. Tiba tiba ada lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. Kak Nor peminat drama gerak khas ye. Selamat menonton.

      Delete
  5. Boleh tengok ni.. Memang tak pernah bosan tengok drama kepolisan macam ni.
    Elizabeth pun ada. Teringat pula drama Inspektor Danial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok gak tengok cerita kepolisan ni. selok belok jenayah yang kita tak tahu dan berhati hati. Hehe..drama tu tak habis pulak tengok tapi watak Lizzy tu ngada ngada lain macam dalam drama tu kan.

      Delete
  6. menarik ni...!
    Ni ala-ala gerak-gerak khas yusof haslam ke? hehe

    ReplyDelete
  7. Gerak-gerak khasss! Selalu tengok masa kecik kecik...memang family akan bukak...dan tunggu depan tv..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu memang suka dok nyanyi zaman dulu. Drama ni lah paling ramai penontonnya kan.

      Delete
  8. Replies
    1. Muka baru tak ramai. Masih mengekalkan watak lama juga. Kannn..poster dia menarik.

      Delete
  9. Antra drama yang boleh dikatakan lajen juga , setiap episod drama gerak khas ni tak jemu-jemu untuk ditonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Drama legend. Lama bertahan tontonan zaman berzaman.

      Delete
  10. sy terbaca ada satu artikel tu yg mengatakan skrip drama ni mcm karangan budak sekolah rendah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah ada baca jugak tu. Terhibur membaca. Terus teringat dialog tu. betul gak kan. hahahah

      Delete
  11. Ada undercover, senang tonton dengan underaged tak yah censor hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..dah dicover kan.
      So far gerak khas tontonan U lagi, kan.

      Delete
  12. Eh rasa dah habiss dah harituu, tiba tiba ada yang undercover pulakk, tapi tak salah pun sebab kadang kadang menarikk jugakk kisah dalam Gerak Khas ni nak nak part dialog pelakon hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ingatkan habis dah. Tup tup keluar version spin-off pulak undercover.
      kann..kisah kisah dia best gak tengok.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.