Ketam Goreng Berempah Sedap Baq Hang

Baru-baru ni tengok cara masak ketam berempah Elisya Sandha nampak macam sedap je. Saya pun simpan lah dulu post tu. 

Itu belum lagi tengok mak mentua dia masak, Sheila Rusly yang selalu masak tak pernah nampak tak sedap. Semua sedap sedap. Anak-anak lelaki dia pun pandai masak. Bagusnya lah!

Balik Kuala Pilah sebentar cuma tu dapatlah singgah kedai kat Tanjung Ipoh. Kalau balik mak akan singgah kedai tu beli barang dapur sikit. Ikan, udang, ketam dan lain-lain lagi boleh dikatakan fresh. Senang singgah kedai tepi jalan je tak perlu nak masuk mall.

Semalam lah baru saya masak ketam goreng berempah tu. Sebenarnya pertama kali nak masak ketam goreng berempah ni. Ikut kebiasaan bila beli ketam akan masak ketam masak lemak cili api. Itulah paling berselera nak makan. Padahal banyak lagi resipi ketam yang boleh dimasak. 

Ketam betina vs ketam jantan

Encik suami beli ketam jantan, kurang sikitlah isi dia. Ketam betina tak ada agaknya. Tak pulak saya bertanya. Ketam betina isinya lagi banyak. 

Nak kenal ketam betina, bawah dia bentuk segitiga tu lebar macam bentuk u terbalik. Ketam jantan bentuk segitiga bawah tu runcing macam bentuk v terbalik. Tak tahu apa nama bentuk segitiga tu.

Beli 2 ekor je pun. Seorang seekor jadilah kan. Disebabkan Elisya masak tak share resipi. Kita olahkan masak cara kita je daripada video yang dikongsikan. Nampak bahan-bahan yang digunakan dan cara masak ketam berempah dah pun ditunjukkan dalam video kira bolehlah tu kan.

resepi ketam goreng berempah

Bahan-bahan

Ketam (cuci bersih dan potong dua)
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
Serai

Bahan kering
garam
serbuk kunyit
serbuk cili
tepung jagung
daun kari

Cara masak ketam berempah

Gaul rata bahan kisar dan bahan kering  bersama ketam. 
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.

Ketam goreng berempah is doneee.. Mudah sangat, kan? Ketam pun macam udang jugak, jenis cepat masak. 

Sedap juga sesekali makan ketam goreng berempah. Sedap baq (baca : habaq) hang! Ketam ni bukan boleh beli selalu. Mahal satu hal. Nak membeli pun susah. Jarang ada yang fresh. Ini pun dapat ketam cenonet je saiznya. Syukur dapat juga merasa ketam goreng berempah.

Cara Masak Ketam Goreng Berempah

Ada orang tak suka makan ketam ni sebab leceh. Dia lagi feel kalau kita meratah je. Makan dengan nasi memang lambat lah siap makan. Kannn...

Kedai Runcit Tanjung Ipoh Kuala Pilah

Beli kat kedai runcit sebelah Agrobazaar Rakyat Pekan Tg Ipoh.

60 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedapnya nmpk ketam goreng berempah ni..
    tp ketam klau goreng isi dia mcm lg kurang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Agaknya lah kot sebab dia mengecut kan :)

      Delete
  2. Tak makan dah ketam pasalnya tak reti nak makan 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mudah makan, sebelum masak ketuk dulu sikit kulitnya dengan anak lesung.

      Delete
  3. kalo tnya sy mana 1 jantan betina mmg sy xknl lgsg..
    tau ketam je.. haha..

    sy kalo mkn ketam akn abiskan ns dulu..
    lepas tu baru ratah.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Dah tahu ni senang nanti nak pilih.
      Samalah saya, kadang give up nak makan dengan nasi kita ratah je dah hujung hujung habis nasi.

      Delete
  4. Suka tengok Elisya Shanda masak sekarang ni. Tak pernah makan ketam goreng.. Selalu makan masak lemak cili tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok dia masak semua nampak sedap je kan. Itulah tu, selalu masak lemak cili api je. Tengok Elisya masak terus rasa macam nak cuba ketam goreng berempah pulak.

      Delete
  5. Ketam kena makan waktu kita tak rushing.. Barulah setiap sudut kita Kerjakan. Sebab pastu nak kerjakan ketam anak2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kena makan santai santai baru dapat menikmati.

      Delete
  6. perghhhhh goreng pun sodap!
    hahahaha... ini makan memang mak mertua lalu sebelah pun x nampak dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyo, goreng pun sodap!
      Hahaha..jaga jaga ada yang perati :p

      Delete
  7. Terima kasih sudah berbagi resep. Besok semoga bisa buat makanan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Selamat mencuba dan semoga menepati selera.

      Delete
  8. Haah betul akak tidak suka ketam. Susah makan dengan nasi.
    Tapi boleh bayang kesesapan ketam goreng berempah Fiza buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak leceh nak makan dengan nasi. Even leceh sesekali craving nak makan ketam pun layankan je. Cubalah nanti kak.

      Delete
  9. Tengok pun dah nampak sedap..Ni kalau mamak tengok menangeh depa...resipi rahsia depa dah tak rahsia.🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rasa ni mama cella baru tahu sedap ke tidak. haha..kesian mamak menangeh tak berlagu.

      Delete
  10. kalau dpt ketam lembut masak camne lagi sedap. krup2 bunyikkk dia.

    ReplyDelete
  11. Ooo mcm tu ke cara nk tau ketam jantan ke betina...akak tak pernah belek pun..cuma pilih yg berat ja sbb isi banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak. Hihi..pun boleh guna kaedah macam tu. Orang lama lagi berpengalaman.

      Delete
  12. saya mmg suka makanan bercengkerang ni... ketam salah satu favourite, tapi tak pernah lagi masak mcm ni.. bleh try resepi ni. senang je rupanya ye. tq fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka ketam bolehlah cuba goreng pulak macam ni. Sedap diratah. Memang senang 😊

      Delete
  13. Akak jarang buat ketam masak berempah ni...samada masak lemak cili api atau masak kari...eh..nak try la...cuma blom musim ketam kot..ketam yang ada kecik2 dan tak puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah goreng macam ni kak. Asyik masak lemak je, saya ubah selera goreng pulak. Trylah nanti kalau dapat ketam besar lagi baru best makan. Ini cenonet je rasa tak puas makan isi kurang.

      Delete
  14. Sedapnya ketam, selalu mkn nasik dulu, last baru mkm ketam. Lma jugk ni xmkn ketam sbb tak pernh lgi siang dan msak sendri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap CikTimm. Ketam ni sedap diratah je kan. Jenis leceh nak makan. Lepas habis pantang boleh cuba masak sendiri pulak.

      Delete
  15. Wak kalau beli ketam pun pilih yang betina sahaja.
    Beli ketam betina semasa musim bertelur. Dalam cengkerangnya penuh dengan telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dapat ketam betina wak. Kalau ada mesti orang lain dah pilih dulu kot. Lagi berbaloi kan beli ketam betina ada banyak telurnya sekali.

      Delete
  16. saya dah lama tak makan ketam, takut alergi menyerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alergik seafood ye? Kena elakkan makan ni. Kalau tidak cari penyakit namanya.

      Delete
    2. dah tua2 ni baru alergik, dulu selamba jer makan. first time kene masa makan siput sedut, pastu kene lepas makan udang... then terus tak makan seafood dah kecuali ikan

      Delete
    3. Ohh pelik jugak tu kan. Kalau memudaratkan diri memang kena stop lah jawabnya kan.

      Delete
  17. Pandai masak, nampak sedap. Cantik gambar. Best jalan-jalan. Betul parking tepi kedai, cepat-cepat beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak.
      Senang kerja macam tu. Cepat pun cepat beli barang :)

      Delete
  18. Sedap makan ketam. Ketam yang berat banyak isi tapi itulah kalau beli sekilogram dan tiga empat ekor saja. Memang sedap meratah ketam tanpa nasi. Lagilah kalau dapat ketam betina yang banyak telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat makan ketam pun dah rasa sedap dah. Rezeki saya dapat ketam jantan kecik. Yang betina dah habis orang beli awal kot. Pasni bolehlah pilih ikut berat pulak.

      Buat goreng macam ni syok meratah je lah. Makan dengan nasi rasa leceh jugalah.

      Delete
  19. wak pon suka makan ketam goreng berempah camni., tapi tulah, leceh nak kopek., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng berempah macam ni memang sedap buat ratah je. makan dengan nasi kena lauk ketam yang berkuah baru sedap. Leceh tapi gigih jugak makan :)

      Delete
  20. mama la tu kurang suka makan ketam. bukan tak suka, tapi malas nak kopek haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham..kalau ada orang kopekkan laju makan :)

      Delete
  21. kalau ketam serah kat husben lah! dia pandai mkn ^_^

    ReplyDelete
  22. selalu ayam goreng berempah je , siapa cakap ketam tak boleh goreng rempah kan ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..pun sedap tau. Cubalah masak ketam goreng berempah pulak.

      Delete
  23. Saya tak pandai sangat makan ketam, jadi ketam takkan jadi makanan yang saya akan makan. Kecuali memang dah tak de pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab agak leceh kot nak makan. Itu yang jadi bukan pilihan. Takpe, faham Nadia :)

      Delete
  24. Tampak mudah memasaknya, kak Fiza. Saya belum pernah memasak ketam, beli jadi saja sebab rasa memasak ketam agak susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah saja Naia. Boleh cuba masak sekali dulu. Tapi lagi mudah beli saja, kan. Hehehe

      Delete
  25. uish memang padu betul ketam goreng berempah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang padu bag hang. Kena cuba tau ketam goreng berempah.

      Delete
  26. Sedapnya makan rangup rangupp..oh..camtu ke beza ketam jantan dan betina..baru kutahuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangup rangup dan rasa rempah tu yang sedap tu. Iye, begitulah beza ketam betina dan ketam jantan.

      Delete
  27. Kalau makan ketam, memang ambik masa lama sebab nak betul betuk korek isi dia. Kang bazir bila tak habis korek isinya. Memang frust jugak kadang kalau makan nasi lauk ketam, memang akan makan nasi dengan kuah je dulu. Ketam makan kemudian hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang camtu kot rasanya. Leceh betul nak makan dengan nasi. Kena ratah jugak puas makan semua isi habis makan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال