Sudah Me'LANGKAWI'

Ehhh bukan sudah me'LANGKAWI' bermaksud dah sampai LANGKAWI. Ini haa golden pothos sudah me'LANGKAWI' (baca : melangkaui) berjela jela sampai kebawah dah. Tak ada ruang nak menyelitkan yang menjalar tu.

[me.lang.kaui]/[me.lang.kau.i] | ملڠکاوءي
Definisi : melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun yg kuat.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak potong sayang pulak. Sudahanya dibiarkan begitu saja. Nanti kita pandai pandailah sangkutkan dia kat mana-mana. Agak agak bila semak mata memandang baru kita potongkan dia. 

Kat luar pun apa khabar agaknya pokok golden pothos saya. Dah menjalar sampai mana tak tahulah tu. Lagi galak tumbuh kat luar sebab lagi banyak cahaya.

Golden Pothos

Kat dalam ni sesekali bila mendung, ada je daun menguning. Kenalah kita potong walaupun sayang nak potong. Sedih bila golden pothos yellow leaves ni muncul. Kurang cahaya atau kurang air entah.

Golden Pothos Kuning

Pokok yang dijaga sejak tahun 2015, dari sepasu jadi berpasu pasu bermodalkan RM1.90 beli di IKEA. Jenis indoor plant yang paling mudah dijaga tanpa perlu jagaan rapi. Tenang je kalau tak siram beberapa hari. 


42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik pula pokok-pokok tu me'langkawi' sebegitu. Daun-daun kuning tu mungkin nak kasih sayang lebih sikit kot ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pulak cepat perjalanan melangkawi dia. Hihi..terkurang kasih sayang pulak ye.

      Delete
  2. Hehe tu tak merimbun lg tu...tunggu dia menjalar smp penuh dinding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Dia taak rimbun sangat. Menjalar tang tu je. Kena letak penyangkut atas kalau nak penuh dinding. hehe..

      Delete
  3. asyik 'mak kau ijau' je..sesekali dornag nak gak jadi raja hikhik

    ReplyDelete
  4. teringat masa sem 3 diploma kami buat CSR ke Langkawi. sama juga tagline kami "meLANGKAWI ke hatimu" haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..macam best pulak tagline tu kan macam pickup line sweet gitu

      Delete
  5. Suka tengok berjurai-jurai manjanya tu..alahai.

    ReplyDelete
  6. mmg melangkawi batas menjalar nya tu.. hihikk.. tp cantik pulak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melangkawi sangat dah tu Ezy. Itulah tu, nampak cantik pulak bila dah semakin manjalar panjang tu

      Delete
  7. wah kak... jeles nye. saya nak pokok saya pon jadi macam ni. klu boleh lagi besar.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi pokok awak jadi macam tu jugak nanti. Lagi besar daun dia ke? Rasanyaa maintain gitu je. Lagi rimbun eh maksudnya? Hehe. Kalau cahaya banyak lagi cepat sikit pembesaran dia.

      Delete
  8. Cantik plak...tp sure merimbun kan...kena la potong mana yang patut di potong

    ReplyDelete
    Replies
    1. indoor ni macam lambat sikit pertumbuhan dia. Kalau yang kat luar agak rimbun jugalah. Tunggu agak rimas baru dipotong nanti. hehe

      Delete
  9. mungkin kurang kasih sayang. orang kata kena cakap dengan pokok selalu kalau nak dia tumbuh cantik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah kot kena membelek setiap hari. Jarang membelek lately..

      Delete
  10. Naniey punye ada kat balkoni dan ada kat dalam rumah. Yang kat balkoni tu menjalar ke atas simen dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok bila dah menjalar jauh tu. Cuma sayang nak potong. Tunggu masa dah rimas baru potong

      Delete
  11. Cantiknya Fizahhh …. Hakak ada gak daun ni … buh kat sinki dapur. Tak beso beso hahahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak dalam air ke kak? ke kurang cahaya tu? Lama lama nanti besar dan menjalar macam ni jugak..Sabar menunggu :)

      Delete
  12. Bahaha..tajuk dia bikin penasaran...
    Saya suka pokok Langkawi ni...hihihi..tiba pula ubah nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tajuk yang dah lapuk sikit.
      Eh eh..nak jugak dijadikan pokok langkawi. Ikut tema tajuk ye tak..Hehe

      Delete
  13. hahhaa nasib baca betul2...
    ingat dia dah sampai Langkawi tadi :D

    ReplyDelete
  14. Hehe nanti menjalar mencecah lantai pula.
    Wah memang subur.

    ReplyDelete
  15. meriah betul dia melangkawi kawasan.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Cantiknya pokok tu. Buat rumah nampak lagi unik!

    ReplyDelete
  17. Cantik dekor daun melangkawi dinding tu hehe.. Pandai letak tajuk no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik bila dah semakin menlangkawi tu kan. Hihi..topik tengah hangat melangkawi macam lebih kurang melangkaui, kita gunakan je :)

      Delete
  18. Cantikkk kalau dibiarkan gituuu ajee, tenangnya tengok kehijauannnnn dalam rumahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dibiarkan macam tu. Tapi mungkin akan dipotong juga kalau semakin semak. Kehijaun yang cantik sedap mata memandang.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال