Header Ads

Masalah Komen Di Blog Hilang. Apakah Puncanya?

Jangan pelik entri ada unsur negatif sikit harini iaitu 'sakit hati'. Hati yang tersakiti sebab komen saya di blog blog rakan blogger hilang selepas publish komen. Bukan 1 masalah, bukan 2 masalah. Kumpul-kumpul masalah banyak rupanya.

Punca Masalah Komen Di Blog Hilang

i am not robot, CAPTCHA dan reCAPTCHA

Sebelum ni dah boleh hadap dugaan 'i am not robot' tu. Lepas tu muncul CAPTCHA dan reCAPTCHA pun saya masih OK boleh bersabar lagi. Bukan lagi masalah baru. Tapi dah lama. Boleh dikatakan ini maslah biasa yang dihadapi blogger bila tinggalkan komen banyak-banyak di blog. Ini kira masalah biasa dan dah lali hadap.

baca juga : cara untuk atasi masalah i am not robot muncul.

Ingatkan ujian tu dah berakhir. Rupanya tidak ye! 


Komen saya di blog rakan blogger hilang

Bukan setakat itu je ujiannya, bila tinggalkan komen di blog rakan-rakan blogger komen hilang ghaib entah kemana. Bayangkan kau dah penat penat taip lepas tu komen tu ghaib. Siapa je yang tak tersakiti hatinya. 

Sebab tu sebelum publish komen saya copy siap siap apa yang saya komen dan kemudian paste in case komen tak muncul. Ada juga blog yang tengah syok syok tulis tiba tiba dia auto refresh. Dah kena komen semula pulak. Aduhaiii..

Dari komen panjang panjang berjela jela bila hilang terus terpaksa komen pendek pendek je sebab idea pun turut menghilang.

Komen dan appear lepas publish, lepas refresh terus hilang

Baru-baru ni dugaan tinggalkan komen lagi mencabar. Bila dah komen, komen dah muncul (untuk blog yang terus appear komen). Sekali bila refresh komen tu tak ada daaaaaa..Hilang ghaib ke alam mana entah. 

Entah entah yang jenis blog komen kena approve dulu tu entah ada ke tidak entah yang saya komen tu. Saya pernah tanya kat blogger Atiqah. Katanya komen saya ada masuk dalam dashboard tapi tak muncul kat blog. Tu yang pelik tu. 

Arghh ini yang terus nak jadi hulk ni. Penat dan gigih komen panjang-panjang. Alih alih tak ada. Tak tahulah masalah ni saya sorang je ke yang alaminya atau ada rakan blogger yang pernah terkena jugak. Saja je menguji kesabaran kita kan. 

Apa dengki benau entah. Kita nak komen je pun. Rasanya dah banyak blog yang saya komen banyak kali sebab tak yakin komen tu masuk ke tidak. Maaflah kalau ada duplicate komen. Boleh delete yang copy tu dan publish 1 komen je ye. Terima kasih.

Kadang rasa entri tu dah komen dah tapi lepas tengok esok esoknya tak ada pun komen saya. Ada yang pernah komen kat blog saya jadi macam tu tak? Komen hilang ke, tak boleh komen ke, ada masalah lain tak kalau komen di blog saya ni.

Bila benda ni jadi rasa kurang mood nak tinggalkan komen di blog kawan-kawan. Lepas satu, satu masalah nak tinggalkan komen ni. Hati tersakiti betul dibuatnya. Hilang entah pergi mana segala komen yang ditinggalkan tu. Masih belum jumpa jalan penyelesaian lagi.

Saya dah uninstall chrome dan install yang up to date. Dah clear cache & cookies pun masih tak membantu. Tetap jadi juga masalah komen tu hilang. Kenapa ek?

Cuba check kat dashboard blog korang kot ada komen saya yang tak muncul kat blog. Kalau ada inform eh. Terima kasih.


53 comments:

  1. ohhh... itu puncanya. Pernah jadi juga, tapi bila dah hilang langsung tak komen dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca komen hilang tu masih tak tahu lagi kak. Saya usaha jugak komen tapi kalau macam ni selalu jadi kena kurang komen agaknya kot.

      Delete
  2. Dekat blog saya komen kak fiza sentiasa ada, dan tiada masalah. Pernah ke kak fiza mengalami masalah ini semasa komen di blog saya?

    Saya ada juga mengalami beberapa masalah komen dekat blog orang lain, kebanyakkanya sebab blog refresh tiba tiba. Banyak kali kena, bila saya baca komen akak dekat blogger siapa (saya tak ingat) , kak fiza copy dulu sebelum apa apa berlaku. haha saya pun buat benda yang sama sekarang, sebab dah taknak terciduk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..so far tak ada masalah komen di blog Nad.

      Mungkin ada terbaca kata blog Naniey kot. Rasa macam ada komen kat situ. Itulah tu, copy siap siap sebelum publish. Terciduk lalu kecewa parah juga buat hilang mood nak tinggalkan komen.

      Delete
  3. part auto refresh tu selalu juga kena, bukan main penat kita menaip tiba-tiba hilang. yang lain tu tak perasan pula tapi setakat ni semua komen fiza ada saja kat blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Sedih betul bila komen ditaip hilang begitu je.
      Alhamdulillah...lega dengar.

      Delete
  4. Haritu ada yang kak fiza reply balik komen saya kan, tak ada dekat entri tapi ada dekat dashboard. Kak sal pun ada reply balik jugak komen saya, tapi ada je. Itu saya pelik kenapa jadi dekat kak fiza -,- Saya punnnnnn sebelum publish comment, saya copy siap siap in case comment tak appear. Boleh terus paste je. Tak de nak kena karang ayat 2/3 kali dah :') Kalau nampak blog tiba tiba macam loading, terus copy ayat yang tengah ditulis before dia auto refresh. Memang laju jari duk copy terus hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah Atiqah. Pelik jugak ni. Samalah kita, dah jadi habis copy komen yang ditulis siap siap sebelum publish.

      Delete
  5. Rasanya kalau komen tak muncul kat page entri tapi muncul kat dashboard, owner entri tu kena approve komen tu as not spam.

    Blogger > Comments > hover dekat komen yang tak muncul dalam entri > klik tanda ✔

    P/s: Ada satu komen akak yang ada kat dashboard saya tapi tak muncul kat entri saya. Lepas saya klik not spam, baru komen tu muncul dalam entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya yang jenis komen terus muncul kat blog pun akan masuk di spam juga ye? Saya ingatkan jenis yang kena approve komen je masuk spam tu.

      Kalau saya memang check spam tu. Harapnya blog yang saya komen ada check jugalah.

      Terima kasih share :)

      Delete
    2. "Maksudnya yang jenis komen terus muncul kat blog pun akan masuk di spam juga ye?"

      Betul. Saya pun pelik kenapa komen tu appear dalam dahsboard saya, tapi sebagai spam.

      Delete
    3. Plus, pasal auto refresh tu, selalunya blog yang ada Top Commentator akan jadi macam ni. Widget tu belum fully loading dan kita komen. Bila dah fully loading, memang akan auto refresh.

      Cara terbaik, kena tunggu widget tu dah setel loading, baru boleh start komen.

      Delete
    4. Ohh macam tu ye. Pernah juga jadi kat blog yang xde widget commentator tu. komen komen tiba tiba auto refresh. Tak faham jugak jadi camtu. Takpelah, kita layankan je mana yang boleh komen. Harap takdelah berlarutan
      terima kasih banyak banyak sudi share :)

      Delete
  6. Macam-macam ya ujian. Ada baca Atiqah pun kena. Kalau blog akak, komen Fiza ada dalam blog dan pemuka.
    Harap-harap ok balik google. Rajin betul ia buat ubahsuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam macam hal blogger dan google ni. Kejap kejap ada je yang buat masalah.
      Alhamdulillah..lega dengar kalau takde masalah komen kat blog akak.

      Delete
  7. Rasanya ada bug dan error dari blogger dan google sendiri.

    ReplyDelete
  8. Betul2 slalu jadi kat k ret jgk.. Penat taip panjg2 tetiba dia auto refresh.. Klu komen kt laptop bole lagi kita back msg tp klu komen kat hp mmg inalilah la.. Tension tu kdg singgah blog org terlps nk komen sbb dh hilang idea bila taip pnjg2...

    Btw komen2 fizah slalu msk 2x kat entry2 komen k ret.. Dont worry k ret mmg publish 1 je la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak komen guna phone sebab dah serik komen hilang. Memang tension kalau komen hilang tu.

      Okay KakRet. Mujur melepasi kotak komen gak. Kalau ada dua atau lebih, KakRet delete je yang copy ii tu eh. Terima kasih :)

      Delete
  9. Perasan juga minggu lepas CCL blogwalking blog rakan2 lain time nak publish komen ada juga komen yang hilang .. Spoil mood je

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah komen Fiza ada kat blog Naniey.
    Tu la kadang dah tulis panjang tiba tiba kena verify pula bukan robot. Lepas happen macam tu, terus ikut saranan Fiza untuk copy dulu. Senang kalau hilang boleh paste je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..lega dengar.
      Sejak komen hilang hilang tu memang itu je lah cara saya buat. hangin kalau taip taip hilang macam tu je. huhu

      Delete
  11. Pernah kena. Tengah dok syok menaip, tiba auto refresh. Lepas tu semua hilang. Banyak kali pulak tu kena. Hairan jugak. Dah kenapa?😂. Tu pasal bila komen panjang2, Syu copy dulu siap2. Tak nak sakit hati punya pasal. Lagi satu Syu perasan. Banyak komen masuk dalam awaiting moderation. Hairan jugak.😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part auto refresh tu memang tak rilek betul. Memang hairan betul. Hangin satu badan. Saya pun buat benda yang sama. Copy siap siap sebelum tekan publish komen.
      Kalau blog saya jenis kena approve komen memang masuk awaiting moderation. Ada juga terlepas masuk spam. Pelik jugak tu jenis blog terus keluar komen masuk awaiting moderation pulak dah. Aneh aneh la perangai blogger.com sekarang ni.

      Delete
  12. xpernah lg kena camni..
    kalo komen lps tu publish tiber line xde tu pernah la..

    last fiza komen kat blog sy 30hb.. yg entry semalam bru update.. xde komen lg.. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah Ezy takde prob komen. Ohh latest entry saya belum terjah lagi. tunggu ye saya datang :)

      Delete
  13. So far di blog saya, komen Fizah keluar je. Sekarang dah buat comment moderation sebab banyak spammer. Tang copy and paste tu samalah saya pun buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lepas juga komen blog Sal. kena buat gak comment moderation tu sebab senang nak delete spam. Bagus buat macam tu kan. senang tak frust sangat bila komen hilang dan tak payah taip semula

      Delete
  14. tak perasan plak ada masalah ni, sebab takpernah terjadi pada saya. harap2 tak jadi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur lah tak pernah jadi. Senang hati nak tinggalkan komen macam tu

      Delete
  15. Yang Captcha2 im not robot tu sakit hti sangat ya kalau jadi. Hilang mood. Lomen hilang pun ada jugak. Eh kita taip panjang2 tetiba hilang. Sabaq saja la. Lepastu saya buat macam akak juga copy siap2 kalau komen tu panjang.

    Okay komen akak ada dkt dashboard saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, hai tersakiti betul dengan masalah komen yang macam macam perangai dia kita nak hadap.
      Nasib baik ada, masuk spam ke Ain?

      Delete
  16. Kak Amie pun pernah hadapi masalah yang sama Fizah. Memang pelik bila kita komen, hilang pula. Memang sakit hatilah kan. Nanti Kak Amie tengok dashboard. Tq Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu. Tak tahu kenapa dan apa puncanyaa. Baikkk...terima kasih kak Amie.

      Delete
  17. Akak selalu kena..dah syok type tetiba refresh..dari komen panjang terus jadi pendek...mana- mana blog pun akak kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. elok ada mood nak komen panjang terus jadi pendek. Ohh blog saya akak pernah komen jadi macam tu jugak ye?

      Delete
  18. Kalo komen akak di blog saya ada, tapi memang semua komen di sana saya moderasi dulu, mencegah spam2. Dan ga tiap hari saya approve, ada hari2 tertentu di mana saya ada waktu luang :).

    Case ini cuma di blog yg berbasis blogspot ke , ATO yang di wordpress juga? Saya pernah 1-2 kali dah tulis panjang2 di blog orang, tapi hilang memang hahahahah . Dan mostly itu di blog yg berbasis blogspot. Dunno lah apa yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah komen saya lepas di blog kak fanny. Saya pun guna moderasi juga elakkan spam.
      Kalau tak silap blogspot je. Wordpress so far macam okay je komen.
      Itulah tu, tak tahu apa masalahnya.

      Delete
  19. so far komen akak di blog busyra ada je.. skrng dh okay ke? busyra penah kena jugak.. komen then bila tekan publish tngok mcm eh kenapa x dak pun dkt org tu punya entri.. hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada. Harini macam okay je. Belum blogwalking banyak blog lagilah. Tak tahulah kot jadi semula ke tak. harapnya taklah!
      Hmmm..kalau jadi macam tu memang mampu hmmm je lah. Pastu fikir nak komen apa pulak. Hilang idea. Huhu

      Delete
  20. fiza, part komen hilang tu mmg normal bila kita kerap komen2 balas komen dalam satu masa..dia jadi bila kita dah nk msk fasa kena komen guna recaptcha tu..shida pernah ulas benda ni dalam entri shida, fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke Shida? Macam tu pulak jadi. Nanti Fiza baca ulasan Shida. TQ Shida

      Delete
  21. utk selamat fiza boleh copy lepas type..kalau hilang paste je blk..shida buat gitu je..

    ReplyDelete
  22. Mmg tgh berlaku sekarang ni, Kalau guna hp selalu gitu …. So nak buat mcm mana eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba refer pada link dalam entri diatas, cara untuk atasi masalah i am not robot muncul.

      Delete
  23. Berlaku pada saya jugak …. Komen saya hilang …kena guna laptop baru muncul, Kalau guna hp, komen hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jadi pada saya jugak macam ni. Lepas tu saya tak guna handphone untuk tinggalkan komen. Tapi guna desktop kadang muncul juga masalah ni bila blogwalking dan tinggalkan komen banyak banyak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.