Labu Masak Lemak Simple Je Lah

Lambat bersiaran harini. Macam macam kerja nak kena selesaikan dulu barulah boleh jengah blog. Tersibuk tanpa sengaja pulak harini. Nak draft dan auto published tak ada idea pulak. Dalam kekalutan tak tahu nak masak apa. Saya masak lauk labu masak lemak je lah.

Lama sebenarnya tak makan labu. Bukan apa, kalau beli labu kena pilih yang saiz kecil sebab saya makan sorang je. Suami memang tak makan labu. Leceh betul kan kalau nak masak untuk kita sorang je. Kena masak lauk lain nanti.

Kadang masak separuh biji labu makan sorang sampai ratah ratah untuk habiskan. Gitulah, tak ada teman peminat lauk labu masak lemak. Saya gorengkan ikan kembung separuh dan hidangkan dengan sambal gesek. Berselera makan merarau hari ni. Alhamdulillah...

Masakan labu ni ada bermacam macam versi, labu masak lemak putih, labu masak lemak cili api, labu masak lemak udang, labu masak lemak ikan masin dan macam macam lagilah. Walau apa pun versinya, resepi labu masak lemak simple je. Cuma rencah je berbeza.
 Labu Masak Lemak Simple

Potong labu dan masukkan dalam periuk. Masukkan santan, air secukupnya, garam sikit, serbuk kunyit sikit, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, black pepper sikit, daun kunyit dan serai.

Masak dengan api perlahan dan biarkan labu empuk. Masak guna santan kotak kacau sikit sikit je lah. Mudah sangat, kan? Untuk resipi penuh, rujuk link dibawah. Saya pernah kongsikan sebelum ni.

baca juga : resipi labu masak lemak

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. syu jarang mkn labu. kdg2 je klau mknn tu 1 set ada dgn sayur labu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jugak makan labu ni. Bila teringin je baru beli labu. Sesekali dapat makan sedaplah :)

      Delete
  2. Akak x makan labu...hehehe...tapi kalau mak abah teringin masakkan aje..cuma memang x makan la...kang semput satu hal...x tau la kenapa x suka labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya gak kalau semput tu. Better elakkan makan. Bagus jugak tu tak suka, tak lah teringin nak makan nanti.

      Delete
  3. Layan dgn sambal gesek yg meletup tu. Dulu ammi tak gemar gak labu ni.. Tp lelama mcm eh sedap pulak. Ammi suka lawankan dgn sambal Cili kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sodap. Kena ada sambal tu baru sedap makan dengan rasa labu manis manis :)

      Delete
  4. Sesekali memang sedap makan labu masak lemak ni Fiza. Buka selera. Suka labu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila teringin baru mencari. Kalau makan selalu jemu pulak nanti. Sesekali makan baru rasa sedap dia, kan.

      Delete
  5. Selalu juga ngadap menu labu manis ni
    sebab buah labu selalu ada kat kebun
    Buah labu ni buat kuih koci sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh jarang wak tunjuk buah labu. Senang tu ada tanam sendiri. Lagi sedap, teringin makan kalau ada buah boleh buat lauk. Tak pernah lagi makan kuih koci labu.

      Delete
  6. dulu suka jugak makan lagu, sekarang ni macam kurang suke plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lagu pulak pergi dia. Hehe..jangan marah..gurauuuu...
      Mungkin sebab jemu kot, jadi terus tak suka. Kena sesekali makan baru rasa sedap labu tu.

      Delete
  7. Akak pula suka lauk lemak labu dengan sambal ikan bilis. Memang makan bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gak tu. Yang penting kena pedas untuk lawankan dengan lauk labau manis. Betul, boleh buat tambah nasi. hehe...

      Delete
  8. Sedapnya labu.. selalunya suka masak bingka labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Bingka labu tak pernah rasa lagi kot. Biasa beli labu masak sayur je lah. hehe...

      Delete
  9. Replies
    1. Kalau suka, sedap lah Lyana. Kalau tak makan, nampak je sedap. Hihi

      Delete
  10. Dah lama sangat dah tak makan labu. Sekali tengok orang post teringat nak beli tapi bila tiba masa nak membeli tu tak teringat langsung. suka buat cekodok labu sebab dulu buat untuk Naura..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kena tulis siap siap dalam senarai barang. Senang nanti tak lupa. Sedap gak buat cekodok labu.

      Delete
  11. adudu sedapnya.. makan dgn sambal tumis adoyaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sodap! Makan dengan apa apa sambal, lagilah berselera makan kan.

      Delete
  12. Masak lemak labu memang sedap... terutamanya kuahnya tu bubuh banyak-banyak atas nasi. Temankan dengan ikan masin walaaaa.... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenis kurang suka letak kuah kat nasi. Sikit sikit je boleh. kalau kuah labu saya suka hirup lagi. Makan dengan ikan masin memang mabeles lah Kak Amie. Kena ada sambal jugak baru ngam.

      Delete
  13. lamanya x mkn labu msk lemak. judu ngan ikan masin ni perghhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh masak anies. Sonang yo. Memang padu makan dengan ikan masin.

      Delete
  14. Labu masak lemak sentiasa sedap. Saya suka labu masak lemak. Satu family suka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang tu bila satu family makan. seronok bila masak semua orang makan.

      Delete
  15. Sayur lemak ada labu memang menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menyelerakan bila dah lama tak makan sayur labu masak lemak.

      Delete
  16. Sedap tuuuu, makan dengan sambal udang...jadi lemak lemak pedass..hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu masak lemak cili api ni kena lawan dengan apa apa sambal baru sedap kan.

      Delete
  17. Sedapppnyaaaaa, lama tak makannnn. Kalau kakak kedua dulu selalu jugakkk masak lauk gini, senang sebab mudah sangat nak masakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan sesekali dapat makan. Ye betul, nak masak dia senang je.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال