Yakinnya Kamu

Hari Ahad haritu balik kampung kejap nak ambil daun limau purut, daun kunyit, daun pisang, daun kari dan serai. Ada je stok daun limau purut dalam peti ais, saya guna cara simpan daun limau purut dalam ziplock. Tapi dah lama sangat warna dia kurang hijau.

Lagipun saja pilih untuk ambil yang fresh petik dari pokok untuk dijadikan props gambar client. Alang-alang tu dapat juga luaskan permandangan dan jengah kampung sekejap. 

Nak dijadikan cerita, saya tersilap ambil daun limau purut. Jadi bodoh kejap tiba-tiba. Bukan tak tahu daun limau purut tu macamana. Tahu je!

Disebabkan pokok limau semua dah dipangkas, jadinya pokok daun pokok limau sikit sikit je tumbuh dekat batang tu. Dengan yakinnya kamu, saya pergi ambil walaupun saya kurang yakin sebenarnya itu daun limau purut.

Saya fikir mungkin daun ni baru lagi kot tak ada bentuk nombor lapan tu. Yakin betul itu pokoknya sebab biasa ambil kat situ. Rupanya silap, siap video call mak lagi tanya. Rupanya pokok limau purut mak dah tak ada kat situ. Agaknya mati lepas pangkas tu kot. 

Daun limau daun kunyit

Mujurlah makcik depan rumah masih ada lagi pokok limau purut. Dapatlah dijadikan props gambar. Gigih betul demi daun limau purut. Cuma daun limau purutnya kurang elok sikit lah. 

Limau Purut

Sebagai pengajaran, lepas ni jangan yakin sangat. Limau purut tetap kena ada bentuk nombor 8 tu. Jarang sekali seorang Fiza ni tak kenal daun limau purut dalam masakan. Lainlah daun rare yang tak pernah tengok.

Benda jarang buat salah, sekali buat salah. Aduhaiiii... rasa bersalah dengan diri sendiri. Kuikuikui. Padahal dah bau juga daun limau tu, agaknya dah lama tak bau daun limau purut jadi confused juga.

Tahu tak limau purut pun ada jantina? Tahu tak beza limau purut jantan dan limau purut betina? Limau purut in english tahulah juga, Kaffir Lime.

52 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Pokok limau purut Kak Amie bersebalahan dengan pokok limau nipis, dan sebelahnya lagi pokoklimau kasturi. Kalau suruh anak ambil, memang anak selalu keliru. Bila ditegur, pandai anak-anak jawab : Sama saja, daun limau!Sabar sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagilah keliru nak amek tu. Lagi lagi suruh anak lelaki ambil. Hehe..sabar je lah dengar jawapan tu.

      Delete
  2. Nice picture
    Masuk blog kak azhafizah ni
    Gambar sentiasa lawaaa

    ReplyDelete
  3. Macam mana beza jantan dan betina?
    Hehe yakin sebab di kedudukan tempat yang sama jadi tidak fikir ada silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah tu kak. Kena ada yang pakar menjawab. Sebab kedudukan dia sama itu yang yakin tu. Silap rupanya. adeh!

      Delete
  4. blur sekejap ye fiza...hihi..dia kadang mmg mcm tu fiza..otak macam stop berfikir haha..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Seronok kat kampung macam macam tanaman ada. petik je kalau nak guna.

      Delete
  6. Biasalah kadang dah tak yakin tapi tetap ambil juga. Hehe.. Bestnya macam macam daun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..tak tahu lah kenapa kan. Yep, best macam macam daun ada.

      Delete
  7. Nasib baik video call mak Fizah, kalau tidak terbagi client hasil yang tak sepatutnya. Saya pun tau bau je, baru tau petua nombor lapan tu. Thanks berkongsi tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah tu. Mujur juga ada daunnya. Bau tu kadang macam serupa je kan. Sama sama Sal.

      Delete
  8. Kayakinan diri tu bagus...kena ada..
    hahaha...
    Nasib baik ada teknologi video call...hihihi

    ReplyDelete
  9. Betul, daun limau purut ramping ditengah-tengah. Dulu masa kak PC kecik, kalau mama suruh ambil daun limau purut mesti mama cakap, daun limau yang pingganganya ramping macam saloma. kikikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh pinggang ramping tips dia. Boleh gunapakai gak tu. Pinggang orang dulu pinggang kerengga betul, kan.

      Delete
  10. keyakinan jitu tu, tapi takpe kadang2 yakin pun boleh silap jugak.
    learn something new.

    ReplyDelete
  11. meh datang rumah kita, berlambak daun limau ni terjuntai dari rumah acik sebelah ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh nau tu nak amek. Eh eh, tak boleh amek acik sebelah punya :)

      Delete
  12. Replies
    1. Itulah tu wak, tersalah ambik pulak. Confident terlebih tiba tiba.

      Delete
  13. Wowww. at least kenal jugak daun..HAHAHHA

    ReplyDelete
  14. kalau tak baca posting ni mesti saya tak tau daun limau purut mcm tu...

    ReplyDelete
  15. biasala manusia.. xlari dr buat silap.. =)

    kat taman makmal sy ni ada pokok limau purut.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dah ditakdirkan nak tersilap hari tu kan. Senang tu boleh gak petik kalau nak guna :)

      Delete
  16. Baru ammi perasan ada bentuk 8 kat Daun limau purut. Selama ni beli je mana pernah nak petik2 sendiri

    ReplyDelete
  17. mmg confius tp yg fiza pgg tu pokok limau juga tp limau lain hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tersilap tak pasal pasal. Yep, daun limau kesturi.

      Delete
  18. Kadang2 confius tp nasib lah setiap daun2 ni ada bau tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, ada bau bau senang nak trace. Ada yang lebih kurang baunya parah jugak nak kenal. Hehe...

      Delete
  19. Hehehe . Terhibur pulak baca entri kak fiza kali ni . Kejadian sama terjadi pada ccl juga .. Punya nak petik daun limau purut sekali balik rumah baru perasan yg ccl petik daun limau kasturi ..bkn daun limau purut .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ni, saya ambil daun limau kesturi. Aduhaiii..kalau dah nak tersilap kan Lyana.

      Delete
  20. samalah sy fiza. tersalah petik. confident betul ms tu. bila dah petik rs pelik kenapa x ada bau pun hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tak tahu mana datang confident entah. Hahaha..lawak bila teringat balik.

      Delete
  21. Hahaha yakin tu yang paling power. saya tahu pokok ni ada jantan dan betina. Tapi tahu untuk pokok betik je. Limau purut tak pernah tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terlebih confident tiba tiba haritu. Pokok pun ada jantan betina ke? Setahu saya buah dia ada jantan betina. Ohh betik pun ada jantan betinanya.Tak tahu jugak tu.

      Delete
  22. Pakar juga dalam hal ni, berkeyakinan tinggi :) cantik gambar macam selalu.

    ReplyDelete
  23. Curlassss nama english dia, kaffir lime ye hahaha. Alamakk ada jantina jugak ke, baru tahu!

    Saya pun selalu sangat salah ambikkkk, yakinnya dulu pernah ambik daun serai je, saya lupa yang penting adalah bahagian bawah serai tuu, saya pi ambik daun serai macam ambik daun pandan. Melenggang masuk dapur, mujur kakak ketiga tegur, kalau kakak kedua nampak, memang cair tahi telinga kena bebel hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kelas betul nama Kaffir lime tu kan. Yep, ada jantina dia.

      Haha..daun serai pun boleh. Kene bebel sikit pun boleh buat cair tahi telinga, inikah bebel kaw kaw teruk punya. Sabar je lah..silap sendiri tak tahu kan. Kuikuikui

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال