Malaysian Ghost Stories Episod 7 : Rumah Sewa RM100

Malaysian ghost stories episod 7 menampilkan kisah tentang rumah sewa RM100 lakonan Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol dan Hamdan Senario.

Malaysian Ghost Stories Episod 7 Rumah Sewa RM100

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 7 : Rumah Sewa RM100
Waktu tayangan : 6 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS RUMAH SEWA RM100

Mengisahkan tentang 3 orang rakan yang menyewa rumah  dengan hanya RM100. Rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tetapi mereka diganggu makhluk yang tak diundang.

Satu persatu kejadian berlaku. Salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta dengan hantu rumah sewa tersebut. Sanggup nak paku tengkuk Pontianak. Kononnya supaya Cik Pon tu bertukar jadi perempuan cantik. 

Apakah yang akan berlaku pada mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Meerqeen sebagai Akram
  • Fimie Don sebagai Zack
  • Ariel Fesol sebagai Imran
  • Nabil Aqil sebagai Khairul
  • Hamdan Senario sebagai Haji Zaki
  • Zizi Zulkifli sebagai Zaleha
  • Amir Hamdan sebagai Borhan
  • Zety Idrus sebagai Hana
  • Irdzmeer Layl sebagai Alif
  • Erin Iqwanie sebagai Pontianak

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

20 comments:

  1. Besy . Rasanya macam banyak drama2 seram yang ccl bookmark untuk tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama dalam Malaysian Ghost Stories ni semuanya seram seram. Boleh layan kalau suka tengok cerita seram tapi kalau tak berani jangan tengok. Nanti termimpi pulak.

      Delete
  2. cerita macam ni memang mengundang... semangat yang gigih. hehehe

    ReplyDelete
  3. Hehe berhati-hati kalau sewa rumah murah daripada kebiasaan. Ingat boleh berjimat sekali hati tidak tenteram pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. sama macam cerita rumah sewa RM50 di Shah Alam tu. Ada juga telefilem kisah nya

      Delete
  4. Takut la nak tengok Malaysian Ghost Stories ni. Iklan pun seram dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..siapa suka tengok seram sukalah sebab setiap episod lain hantu lain seramnya

      Delete
  5. Bercinta dengan pontianaklah ni kisahnya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Pon suka menggoda manusia. Agaknya manusia pun terkenan.

      Delete
  6. Macam cerita rumah sewa Rm50 shah alam. Tajuk saja lebih kurang cerita wallahualam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..macam lebih kurang. Sewa murah murah ni adalah something fishy.

      Delete
  7. Nasib baik rumah sewa saya bukan RM100 hahaha, tapi standard kalau rumah sewa murah murah ni memang berhantuuuu, sebab tu orang bagi sewa murahh kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn..memang trend macam tu kan. Asal sewa rumah murah mesti ada sesuatu.

      Delete
  8. Memang berani betul hingga nak pakukan pontianak tu.

    ReplyDelete
  9. sdg tgok citer ni di astrogo...takutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tengok ulangan ye. Memang seram setiap episod pun :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.