Masak Daging Salai Goreng Kunyit

Ada separuh lagi daging salai mak bagi. Separuh daging salai masak lemak cili api. Separuh lagi daging salai masak goreng kunyit. Sama macam masak daging salai berlada cuma tambah kunyit je. Kalau tanya saya daging salai masak apa sedap?

Dah tentulah saya pilih daging salai masak lemak cili api dan daging salai goreng kunyit. Saya membesar dengan dua jenis masakan tu je kalau berasaskan daging salai. Dua jenis tu je yang mak saya masak. 

Ada juga saya tengok resipi daging salai masak kicap. Rasa macam tak kena dengan selera pulak. Tekak dah biasa dengan bahan kunyit agaknya.

Bagi yang tak tahu apa itu daging salai (smoked meat). Daging salai adalah daging mentah yang disalai di atas bara kayu. Biasanya daging mentah akan diletakkan atas penapis besi atau alas khas. Proses menyalai agak lama. Lapisan luaran daging kena betul betul mengecut.

Begitulah cara buat daging salai. Kaedah salai ni digunakan zaman dulu lagi untuk mengawet makan supaya tak rosak dan tahan lebih lama. Dulu-dulu kan mana ada peti ais nak simpan bahan mentah.

Disebabkan cara buat daging salai tu agak rumit. Jangan ditanya kenapa harga daging salai mahal. Apatah lagi bila dah jadi lauk. Rezeki saya dapat daging salai mak bagi, tinggal masak je.

Daging Salai Goreng Kunyit

Resipi daging salai goreng kunyit

Bahan-bahan
Daging salai potong nipis nipis *Cuci dengan tepung gandum untuk elakkan berbau dan toskan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cili api ikut kepedasan masing-masing
2 inci kunyit hidup
2 batang serai * diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Belimbing Buluh atau asam keping

Cara penyediaan

  • Panaskan minyak dulu.  Masukkan bahan tumis (bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit). Boleh kisar atau tumbuk. Tumiskan sekali dengan serai. 
  • Dah naik bau dan garing sikit masukkan daging salai, kacau rata dan tambah air. Masukkan garam juga.
  • Biarkan sampai daging empuk. Selagi belum empuk tambah air lagi dan adjust rasa. Masukkan belimbing buluh atau asam keping.
  • Agak agak dah empuk biarkan kuah kering sikit. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Masak Daging Salai Goreng Kunyit

Memang padu rasa daging salai goreng kunyit yang serba pedas ni. Aroma asap tu yang buat lagi best. Sesekali dapat makan lauk luar dari biasa baru lah berselera  makan. 

Ini pun saya makan sorang. Encik suami tak makan daging sangat. Makan tu makan tapi bukan kegemaran.

Ulang lah daging salai goreng kunyit untuk 3 kali makan. Makan tengahari, malam dan simpan untuk makan tengahari esoknya.

Sekarang dah tak susah nak dapatkan daging salai. Ada yang dah siap dihiris nipis jual dalam pek sekali dengan pes. Dah banyak juga kedai yang menyediakan masakan tradisional berasaskan salai salai ni.

Contohnya kat Kuala Pilah ada beberapa kedai popular dengan masakan daging salai masak lemak cili api. Daging salai juga banyak dijual ditepi jalan. Pernah beli sekali orang kirim. 1 kg daging salai RM50 ke RM55 kalau tak silap.

Selain daging salai, ada ayam kampung salai, itik salai. tolo (baca : telur) itik dan macam macam lagilah. Meriah tepi jalan Seremban-Kuala Pilah orang berniaga macam-macam.


47 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Ni kalau makan ni mau berpeluh- peluh ni kan..rumah akak x merasa la nak makan lauk pedas2 lagi...kalau nak jugak kena masak asing...ye la Pak Zain kan x boleh makan pedas dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harusss berpeluh sebab panas dan pedas. kena masak asing gitu kak. Kalau kat kampung saya masak asing sebab mak abah tak boleh makan pedas dah.

      Delete
  2. menu. wajib bila blk Pilah
    kakak ipar suka masak ni
    semua sukaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa nampakkk.. kat sana pun memang popular gak masak lomak cili padi kan.. Memang padu la kan rasanya... Kena cari nih.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Sini memang popular dengan masak lomak cili api Nona. Memang padu ghaso eh.

      Delete
  4. Sedap tu, goreng kunyit tapi berjus lembab gitu Biasa kerung.. Melaparkann laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak. Sedang elok teksturnya. Dah habis pun rasa teringin makan lagi. Huhu

      Delete
  5. Fizah... cukup dah lauk begini makan dengan nasi. Tak payah cari lauk lain! Sedap sangat!

    ReplyDelete
  6. menu ni nampak sedap la, teringin juga huhuh

    ReplyDelete
  7. Fuhhh...terliur tengok🤤Ni dapat dia saja dah bertambah nasi😆

    ReplyDelete
  8. bau salai tu fuhhh menusuk ke hidung.. sedap!
    pernah dpt daging salai dulu skali.. tp sy xreti masak..
    main hentam je nsb baik sedap.. hahaha

    ReplyDelete
  9. rindunya dengan Kuala Pilah bila tengok lauk ni hehe

    ReplyDelete
  10. Boleh try ni. Tahu kalau salai salai ni masak lemak je.
    Teringin nak cuba masakan asli orang negeri sembilan.. Lambatnya boleh jalan jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba lain sikit dari biasa. Ini style masakan mak saya, Johor style.
      Kann..rindu nak jalan jalan

      Delete
  11. Daging salai memang sedap. Saya suka kalau masak lemak cili api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api memang lagi sedap. lagi terasa sedap dia. Dah masak lemak dah, saja cuba masakan lain.

      Delete
  12. Warna kunyit menyengat. Nampak banyak biji cili.
    Hehe ulang makan banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak kunyit tu yang warna dia menguning tu. Ye, pedas semestinya kak.

      Delete
  13. Oh sekarang dah ada terjual daging salai ye ? Boleh beli balik masak je kan .

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik masakan kak fiza. Mesti sedap…

    ReplyDelete
  15. perghh menggiurkan daging salai dia....!!!

    ReplyDelete
  16. sedapnya nmpk. xpernah mkn daging salai grg kunyit. kalau msk lemak tau la, tp xpernah mkn jgk rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga daging salai masak goreng kunyit ni Syu :)

      Delete
  17. Tengok biji cili tu terbayang bayang kepedasan dia, tapi confirm menambah nasi kalau makan kak fiza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa memang pedas tu Atiqah. Hehe tak menambah sebab kita masak style dalam cawan tu. Biasa masak semangkuk je untuk hidangan 2 orang.

      Delete
  18. Oh, dugaan apakah ini? Apasal menggoda sangat daging salai Fiza nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena menggoda baru tertarik rupa paras dia kak Farrah. Hihi..kena mencari daging salai dan buat menu ni kak. Pasti terangkat :)

      Delete
  19. Daging salai ni sedap tp tak pernah try masak lg takut tak menjadi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Daging salai sama je kaedahnya masak dengan daging biasa. Cuma kena masak lama sikit lah bagi empuk tu.

      Delete
  20. Nampak masak balado ni memang confirm sedap ni. Terliur kita tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Nad. Masakan berlado memang sedap. Lauk ni je pun dah cukup

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال