Filem Janet Sumpah Terlarang

Janet Sumpah Terlarang full movie mula ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 19 Ogos 2021 yang lalu. Filem Janet Sumpah Terlarang adaptasi daripada kisah hantu seram lagenda Sarawak yang pernah berlaku zaman era 70-an. 

Dibintangi oleh pelakon Natasha Carmine, Bulan Terry, Safar  Ghaffar, Ifa Raziah dan ramai lagi. Filem Janet Sumpah Terlarang banyak menggunakan loghat bahasa Sarawak.

Filem Janet Sumpah Terlarang

FILEM JANET SUMPAH TERLARANG

Tarikh tayangan : 19 Ogos 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Penulis skrip : Nazri M Annuar
Pengarah : Mohd Azhar Mohd Khalid (Apache)
Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd

SINOPSIS JANET SUMPAH TERLARANG

Mengisahkan tentang seorang jururawat berbangsa Tionghua diculik selepas bertugas shift lewat malam sekitar tahun 70an dipercayai telah dikorbankan dalam satu upacara. Upacara tersebut untuk memastikan kejayaan pembinaan Jambatan Satok kukuh dan stabil.

Cerita Janet dalam dunia Julia versi moden.

Julia, seorang gadis Sarawak yang berperwatakan sentiasa ceria dan gembira. Dia dan Farid merancang untuk berkahwin dan keluarga Farid menerima baik kehadiran Julia dalam keluarga mereka.

Tanpa disedari olehnya, keluarga Farid mengalami pengalaman tragik ketika di Sarawak. Gara-gara dia dia tanpa sengaja mengenakan cucuk sanggul yang pernah menjadi milik Janet suatu masa dulu.

PELAKON JANET SUMPAH TERLARANG

  • Safar Ghaffar
  • Natasha Charmine
  • Alif Hadi
  • Safar Ghaffa
  • Natasha Charmine
  • Bulan Terry
  • Carissa Azhar
  • Ifa Raziah
  • Esma Daniel
  • Ropie

30 comments:

  1. Seram ni kadang naik bulu roma lah..hehehe

    ReplyDelete
  2. Mesti dia terjumpa cucuk sanggul janet tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Kita kalau jumpa barang lama rasa seram kan.

      Delete
  3. Macam menarik cerita tu.. tambah lagi Aini suka tengok serita seram..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sebab adaptasi kisah seram lagenda. Meremang kalau baca kisah asalnya.

      Delete
  4. Pertama kali dengar cerita seram Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam mencari info tentang cerita asalnya, rasa seram bila baca kisahnya kak. Banyak kisah lagenda dari sana yang kurang kita dengar. Bila difilemkan baru ramai yang tahu.

      Delete
  5. Adui.... cerita pasal upacara korban pula. Cerita-cerita begini pernah didengar, betulkah benar-benar terjadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upacara ni dinamakan korban semah kalau tak silap saya. Bila tahu filem ni saya cari info, ada yang dikatakan betul. Kisah seram lagenda ni tak pasti sejauh mana kebenarannya.

      Delete
  6. Wahh cerita horror sarawak. mesti seram sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam seram banyak je ni. Baca kisah asalnya pun macam seram je rasa. huhu

      Delete
  7. watak cerita hantu memang macam tu. cuba kaalau jumpa baran lama yang bukan milik kita jangan usik. kita yang menonton ni yang geram. haha

    ReplyDelete
  8. Mesti cucuk sanggul tu ada cerita mistik yang tersendiri kan

    ReplyDelete
  9. Tengok banner dia pun saya dah nak cabut lari. tak boleh tengok!

    ReplyDelete
  10. Baca sinopsis macam best dan serammmm! Poster dia punn boleh tahan la jugak keseraman tu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca kisah asal dia Atiqah untuk feel seram lagi. hihi

      Delete
  11. cerita seram.. best ni.. bookmark dlu. hehe

    ReplyDelete
  12. menarik ceritanya! tp sebahagian pelakonnya sy x kenal😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly ramai pelakon sarawakian yang kita kurang kenal. Sebab nak guna loghat sarawak lagi better dalam filem ni.
      Boleh tengok nanti Anies.

      Delete
  13. Serammmm nampaknyaaaa... Tunggu la one day kuo kat astro biasa baru tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seram. Silakan tengok nona. Nona suka tengok cerita seram kan. Selamat menonton.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.