Squid Game Netflix

Sedang trending K-drama (Korean Drama) Squid Game Netflix series ni. Tak pasal-pasal saya pun terjebak sama tengok Squid Game K-drama. Tapi tak lah layan marathon sekali habis. Boleh layan Squid Game watch online di Netflix

Fuhhh...tak boleh brain lah segala games yang direka tu. Games yang simple tapi mencabar sebab masing-masing mempertaruhkan nyawa demi merebut hadiah bernilai hadiah bernilai ₩ 45.6 bilion. Setiap peserta ada kisahnya tersendiri dengan tujuan yang sama untuk merebut hadiah yang lumayan itu.

Squid Game Netflix Watch Online
sumber : Netflix


Squid Game adalah drama siri televisyen penstriman drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. Squid game bersiri 9 episod dibarisi pelakon Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon dan ramai lagi. Tayangan mulai 17 September 2021 di seluruh dunia oleh Netflix.

Drama: Squid Game, Hangul (오징어 게임), romanization (Ojingeo Game)
Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 17 September 2021
Skrip : Hwang Dong-Hyuk
Pengarah: Hwang Dong-Hyuk
Siaran TV: Netflix
Bahasa : Korea
Negara : Korea Selatan

PELAKON SQUID GAME/SQUID GAME CAST

Watak utama

Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)
Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Tripathi Anupam sebagai Abdul Ali (No. 199)
Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)

Watak Sokongan

Yoo Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Kim Si-hyun sebagai (No. 244)

Watak Kecil

Lee Sang-hee sebagai No. 017
Kim Yun-tae sebagai No. 069
Lee Ji-ha sebagai No. 070
Kwak Ja-hyoung sebagai No. 278

Kakitangan Permainan

Gong Yoo sebagai jurujual yang merekrut peserta untuk Permainan
Lee Byung-hun sebagai Front Man / Hwang In-ho

Orang Awam

Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho
Kim Young-ok sebagai ibu Gi-hun
Jo A-in sebagai Seong Ga-yeong, anak perempuan Gi-hun
Kang Mal-geum sebagai bekas isteri Gi-hun dan ibu Ga-yeong
Park Hye-jin sebagai ibu Sang-woo
Park Si-wan sebagai Kang Cheol, saudara Sae-byeok

SINOPSIS SQUID GAME/ SYNOPSIS

Seramai 456 orang peserta yang semuanya mempunyai masalah kewangan dan kesimpatan hidup dijemput untuk bermain sebuah permainan bertahan yang misteri. 

Mereka bersaing sesama mereka dalam satu siri permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan cabaran nyawa dipertaruhkan. Sesiapa yang gagal dalam permainan pada masa yang ditetapkan akan dibunuh.

Hadiah ₩45.6 bilion ditawarkan kepada seorang pemenang yang berjaya bertahan sampai ke penghujung permainan.

Senarai games Squid Games

  • Game 1 : Red light green light
  • Game 2 : Honeycomb game
  • Game 3 : Tug of War
  • Game 4 : Marble game
  • Game 5 : Glass stepping stones
  • Game 6 : Squid Game

Walaupun dah baca sikit sikit spoiler Squid Game di media sosial. Drama ni agak ganas dan tak sesuai untuk bawah umur. Ada beberapa scene yang tak sesuai ditonton dan ada juga yang kata drama ni agak slow. Ada yang tengok skip-skip.

Tak dinafikan agak slow. Tapi paling mendebarkan bila game bermula.


42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Saya punya pendapat dekat drama ini. Tak cadangkan sangat orang tengok sebab ceritanya terlalu slow dan setiap game tu saspen dia tidak terlalu sampai. Tak masuk lagi element dekat episod 4 yang dekat toilet. Dan belum lagi element episod berapa ntah yang saya rasa mcm tak perlu masukkan pun dalam cerita ni.

    Saya tengok dengan kelajuan 1.5 speed. Sebab terlalu slow.

    Cerita jepun yang As the Gods Will much better.

    Lagi satu sebab ramai sangat kot hype cerita ni membuatkan saya ada expectation tinggi, itu yang mungkin bila tengok sendiri rasa hampa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melengahkan cerita mungkin sebab games dia sikit setakat 6 games je kan. Nak memanjangkan cerita agaknya lah. Dalam toilet tu macam tak sepatutnya pulak. Drama Korea sekarang dah banyak pulak muncul element macam tu. haishh..rasa semak pulak.

      Mungkin juga sebab hype. Part games je lah yang best kot kan dengan watak watak yang agak OK.

      Delete
  2. viral sgt ceta ni skrg.. blom ada kekuatan nk tgk sbb takut melekat je depan tv.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tengah IN sekarang ni. Hehe..boleh skip skip tengok kalau nak cepat habis.

      Delete
  3. Kawan dari Sarawak beria2 suruh Syu tengok cerita ni semalam. Mungkin akan tengok jugak nanti sebab sekarang ni tengah layan penthouse 3😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Next Kdrama eh. Penthouse saya tak sempat layan lagi. Dah season 3 dah. huhu

      Delete
  4. Oh,ini ke agaknya anakanda saya Cella dok ajak tengok.Beria dia sinopsiskan untuk saya agar tertarik nak join dia tengok.Maaf la nak..mak hang kalau cerita macam ni nanti boleh terbawa dalam tidur dan boleh menghantui fikiran boleh murung bagai.Mak dah tak sesuai nak tengok cerita macam ni.Ampa muda-muda lagi takpa..layan la...mak pun pernah muda...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terhibur baca komen ni kak. Hihi gigih cella ajak omak eh tengok drama ni. Bukan tontonan omak ni.

      Delete
  5. Baru khatam malam tadi, alangkah indahnya kalau saya dapat duit sebanyak itu, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh khatam terus sekali tengok. Lama gak tu berjam jam. Untung sangat kalau dapat duit banyak tu. Gi-hun pun tak usik duit tu. huhuhu..sedih betul ending dia.

      Delete
  6. Tengah hangat ni. Sana-sini orang cakap pasal Squid Game :)

    ReplyDelete
  7. memang viral giler cita ni... tgk sbg hiburan boleh la... but berdebar betul tambah2 game no 1 plus game no 5 tu..yg lompat2 atas kaca tu. sama2 suspen kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, tengok sekadar hiburan je. setiap game memang mendebarkan betul. Glass stepping stones memang dup dap dup dap betul.

      Delete
  8. dh terjebak dgn drama ni.. 3ari jgk nk abiskan.. xla marathon smpai ke pagi.. haha
    seronok jgk la layan.. xde ngeri sgt tp part bedah mayat tu ngeri jgk skit.. hee..
    part yg agk slow tgk smbil main fon.. pon smpat tngkap lg jalan cite nya..
    arap season 2 much better dr yg ni..
    tp tetap nk rate 10/10 sbb best.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, tak marathon pun. Harap season 2 tak banyaklah part slow kan. Game lebih laju gitu. Hehe

      Delete
  9. Dulu zaman The Hunger Games, memang trending cerita pasal games. Sekarang dah muncul balik. Takpe kita layan je. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sekuel The Hunger games best sama best dengan The Maze Runner. Itulah tu, muncul games series pulak sekarang. Latest selain Squid game, Cube film japan pun macam best jugak.

      Delete
  10. saya kurang suka cerita slow. tapi kalau skip certain part, takut tak faham pulak. mungkin akan tengok kalau bosan nanti. bila trending ni, terpengaruh la jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Ezy kat atas tu. kalau skip masih boleh catch up. hihi..sebab trending saya pun terjebak sama. Kuikuikui

      Delete
  11. Memang best. Tak sangka boleh terjebak tengok. Nasib baik tak banyak episod. Boleh hadap lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Tak pasal pasal terjebak sama tengok. Sikit sikit ni bolehlah tengok sebab sekali keluar full episod terus kan.

      Delete
  12. syu bru tgk 1 episod. besok weekend nk smbung tgk lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menonton Syu. Dah terjebak satu kena teruskan sampai habis :p

      Delete
  13. Hehe cerita ganas begini takut membekas dalam fikiran dan hati.
    Lagi satu akak mesti persoalkan macam nyawa jadi taruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok kena kuat semangat tengok ganas ganas melibatkan nyawa ni. Nyawa jadi taruhan akibat ketamakan manusia sendiri.

      Delete
  14. Saya belum menonton sebab di rumah takde netflix.. Hehheehe.. Ramai orang menonton drama ini, saya hanya tau lewat socmed je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trending worldwide KDrama Squid Games ni di media socmed. Lalu saya juga turut terjebak tonton. Hehe

      Delete
  15. terjebak sekali sebab ramai yang cakap best cerita ni..haha

    ReplyDelete
  16. Ada beberapa babak yang tak perlu pun sebenarnya.. Tapi biasalah.. drama netflix kan..

    ReplyDelete
  17. cerita yang tengah viral sekarang ni , hari tu ada share link cerita squid game ni di wall fb , tapi sampai sekarang belum sempat nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cerita tengah top sekarang. Bolehlah tengok kalau minat tengok game survival ni.

      Delete
  18. Ligat reka kelainan.. Belum terjebak lagi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sikit sebab ketengahkan permainan tradisional Korea.
      Faham kak, tak semua orang suka tengok game survival. Tambah lagi kalau ganas dan ada scene tak sepatutnya.

      Delete
  19. Tak tengokkkk..sebab dorang cakap atuk tu jahattt..HAHAHAHA..
    Tapi cerita suspens camni memang best bila start main game...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu..atok oh atok..Muka innocent tapiiiii..kejam kemain.
      Bab game tu memang suspen betul nona.

      Delete
  20. Setuju cerita ni agak slow pada permulaan, tapi masa masuk main games ok dah sikit. Saja je masukkan scene tak sepatutnya, padahal boleh je cut scene tuuuu kannn :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal. Tak perlu kot letak scene macam tu. Kalau banyak potong scene yang tak perlu jadi pendek episod cepat sikit habis tengok. huhu

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال