Header Ads

Ayam Masak Black Pepper Campur Cendawan Shiitake Kering Simple

Minggu ni macam minggu rajin masak. Belum membeli makanan luar lagi kot minggu ni. Bagus lah kan? Selagi ada mood masak kita masakkan je lah. Jimat pun jimat ye tak?

Macam biasa, sebelum sampai rumah encik suami akan call dulu tanya nak makan apa nak masak apa. Senang dia plan nak singgah membeli barang atau beli makanan. Lama betul saya berfikir nak makan apa nak masak apa.

Hmm...otak tak jugak berjalan. Jalan lembap macam kura-kura jugak. 

Saya tanya semula, nak makan apa? Ayam yang isi tu ada lagi kan? Soalan dijawab dengan soalan juga. Masak ayam black pepper lah katanya. Okay setuju je lah sebab saya pun tak ada idea nak masak apa untuk makan malam hari Rabu haritu.

Laju saya keluarkan isi ayam bahagian dada yang dah diasingkan. Malas nak defrost guna microwave, saya rendamkan je guna kaedah thawing biasa sebab bahagian dada ayam ni kejap je dah lembut.

Kebetulan ada stok cendawan shiitake kering lebihan masak sizzling yee mee. Macam sedap pulak ayam black pepper campur cendawan shiitake. Kombinasi rasa yang sedap. Saya keluarkan dan rendam  dalam air bagi lembut. kemudian potong memanjang.

Resipi Ayam Masak Black Pepper Simple


Ayam black pepper campur cendawan shiitake simple

  • Isi ayam bahagian dada (potong memanjang tak nipis dan tak tebal sangat), basuh bersih. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak sikit dalam non stick pan dan masukkan ayam. Taburkan blackpepper siap siap.
  • Bila ayam dah separuh masak, masukkan hirisan bawang holland dan bawang putih. Nak pedas sikit, saya letakkan juga cili api hijau potong. Terbakar rasa pedas bila blackpepper dan cili api bergabung, meletop!
  • Agak agak bawang dah garing sikit, saya masukkan cendawan shiitake dan tambah air sikit untuk cendawan betul betul lembut.
  • Kemudian masukkan sos tiram lebih kurang 2 sudu dan kicap manis sikit lebih kurang 1 sudu. Kacau rata dan biarkan kering sikit baru angkat. 

Begitulah cara penyediaan secara ringkas resipi ayam black pepper campur cendawan shiitake simple, masak cara saya.  Mudah, cepat dan sedap. 

44 comments:

  1. sedapppp, menu kegemaran anak2 akak ni.
    cuma masak x letak cendawan tapi letak kentang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Budak budak suka masakan black pepper ye. Letak kentang pun sedap :)

      Delete
  2. Pandainya masak, nampak sedap. Tu pinggan tu menarik. Klassik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..simple simple bolehlah kak. Pinggan klasik mak saya punya. Bodek bodek dapatlah :)

      Delete
  3. jarang makan cendawan shitake ni tapi gambar tu nampak menarik hehe

    ReplyDelete
  4. Fuhhh, nampak sangat sedappppp tuuu.. Alhamdulillah.. mood memasak tu ada banyakk minggu ni .. Hahaha.. Moga kekal...

    ReplyDelete
  5. tak minat sangat cendawan shitake, kalau buat cendawan goreng tu laju la makan.. tapi resepi fiza ni memang nampak sedap, boleh try masak ayam tu tanpa cendawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba. Letak capsicum sedap jugak crunchy dan pedas dia tak kuat sangat.

      Delete
  6. Sedapnya bubuh cendawan shiitake. Kegemaran Kak Amie tu.

    ReplyDelete
  7. Jimat kalau masak! Tapi saya tetap beli luar hahaha >.<
    Cendawan shiitake tu lain ke kak fiza dengan cendawan biasa tu? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat. Tengok mood gak. Kalau tak selera makan masakan sendiri. membeli jugaklah. Lain..yang biasa tu maksud Atiqah cendawan tiram ke cendawan butang? Kalau pernah makan sizzling yee mee, biasa letak cendawan shiitake tu.

      Delete
    2. Ohhh cendawan biasa pun ada banyak jenis jugakk eh, ingatkan satu jenis tu aje hehehe. Ohhhhhh pernah pernah makan sizzling yee mee, oooooo faham faham cendawan shiitake tu macam mana sebab pernah jumpa dalam sizzling tuuuu hehehe.

      Delete
    3. Ye, ada banyak jenis. cendawan tiram, cendawan butang, cendawan ape entah lagi Yep, cendawan shiitake dalam sizling yee mee tu

      Delete
  8. Suka..suka
    Lauk macam ni jangan ada pengganggu lai...hihihi
    Cukup 1 dia ja baru feel nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kalau ada lauk lagi sedap, pandang sipi sipi je. Kena dia sorang je baru habis dan rasa sedap :)

      Delete
  9. Sedap masakan macam ni walau nampak simple. Kat rumah ni tak boleh masak black pepper sangat sebab wafi kurang gemar.. katanya mama letak "alien".. sabo je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai ke 'alien' dipanggilnya. Jarang budakbudak suka blackpepper kan. Kita kalau masak pun akan masak apa yang orang lain suka makan :)

      Delete
  10. Lauk begini akak makan banyak. Cepat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan masak lauk macam ni. Memang sedap dan cepat habis kalau masak satu lauk ni je.

      Delete
  11. sedappp! kalo ade cendawan sy suka.. febret!
    blh try buat..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Sedap wak. Tapi macam tak kena dengan taste wak ni. Hihi

      Delete
  13. sedapnya nmpk resepi ni. kena cari cendawan shitake la nmpknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada cendawan pun boleh. Saya campur sebab ada stok cendawan :)

      Delete
  14. Cendawan shitake tu yang buatkan lagi sedap.. Tak pernah cuba lagi. Next time boleh cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kalau suka cendawan shiitake tu memang sedaplah. Selamat mencuba naniey

      Delete
  15. tak prnah try lg this resepi.. nnti nk try lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba. Harap menjadi dan kena dengan selera :)

      Delete
  16. Masak begini, kalau saya ratah je. Tapi tak campur cili api lah. Tak tahan pedas sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perut tak tahan jangan sesekali letak. lauk macam ni memang sedap buat ratah. Kenyang terus

      Delete
  17. cendawan tu yang nak makan kalau buat masak blackpaper ni

    ReplyDelete
  18. nampak mcm sedap, boleh lah cube nanti sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sedaplah. Silakan cuba kot kena dengan selera juga :)

      Delete
  19. Ayam dan cendawan shitake, kombo terbaik! Yummehhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, saya suka kombinasi dua ni untuk masak blackpepper.

      Delete
  20. wah sedap menyelerakan , lepas ni ada idea la untuk cuba masak ayam blckpaper tambah cendawan shiitake

    ReplyDelete
  21. Waah gampaaang resepnya akak ;). Saya bisa coba nanti di rumah.kadangoun saya bingung nak buat ayam macam mana lagi. Karena orang di rumah ga terlalu suka ayam. Kalopun mau, mereka kadang cuma nak di goreng je. Sementara saya lebih suka di gulai. Jadi kadang tak ketemu nak buat ayam tuh :D. Mau coba nanti masak blackpepper macam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sangat mudah. Campak campak bahan masuk kuali dah siap. Berbeza selera susah juga ya akhirnya tak tahu nak masak apa. Boleh cuba masak blackpepper macam ni nanti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.