Belimbing Buluh Penyedap Rasa

Sunday, March 30, 2014


Belimbing buluh penyedap rasa lebih sedap berbanding asam keping. Kalau duduk di kampung masak ape jenis lauk yang masam asam mesti gunakan belimbing buluh ni. Lagi lagi kalau nak buat sambal belacan,memang wajib letak belimbing buluh.

Selain penyedap rasa, belimbing ni boleh di makan bukan setakat penyedap atau perasa tambahan lauk je. Bagus kan. Lagi best kalau kat kampung ni, nak masak petik je kat pokok. memang fresh la kan.

Inilah seronoknya duduk di kampung. Semua bahan masakan asas mudah je nak dapat, tanam je kat kawasan rumah bila nak masak boleh ambil. Daun kunyit ke, serai, pucuk ubi, daun pandan, pokok pisang.. semua ada dengan syarat kena rajin bercucuk tanam lah.. Bukan tetibe tumbuh sendiri pulak. Bagi yang duduk bandar tu memanglah boleh tanam tapi tak cukup tanah nak tanam semua kan. Boleh tanam mana yang perlu je la :)

16 comments

  1. Lama tak makan ni. Balik kampung mudah nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis,lama kak lea tak singgah sini :)

    teringat masa kecil duduk kg dengan atok,seminggu sekali mesti teman atok petik b.b ni kat rumah jiran.jiran tu tanam tapi x minat makan he3...

    masa tu kak lea suka panggil b.b ni belimbing cinonet.selalu masak gulai lemak cili padi,juga dalam sambal belacan. sedap walaupun masam
    ...

    ReplyDelete
  3. Kalau mak akak buat masak lomak ikan surely dia akan letak vbelimbing buluh.. slurrpp sedapnyaaa ;)

    ReplyDelete
  4. Kalau mak akak buat masak lomak ikan surely dia akan letak vbelimbing buluh.. slurrpp sedapnyaaa ;)

    ReplyDelete
  5. Belimbing ni aku steady je makan mentah2. lagi pun belimbing ni boleh buat cuci kuku, kata makwe2 la.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum fiza, masak lomak sedap ni. singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  7. kecur air liur kite..
    hikhik..
    buat kerabu pon best ni

    ReplyDelete
  8. amboi lebatnya buah belimbing tu... masak lemak dgn telor itik sedap.. tak pun gulai lemak dgn daging salai..

    ReplyDelete
  9. kalau buh dalam masak lemak cili api perghhh memg sedap

    ReplyDelete
  10. salam. belimbing ni memang ngam dijadikan penyedap rasa:)
    btw isi tabung infiniti :)

    ReplyDelete
  11. kat rumah mak mertua akak polol ni depan pintu..heheh.balik kampung je mesti akak bawak balik ke penang banyak2..sedap bubuh dalam sambal belacan

    ReplyDelete
  12. layur atas api, buat sambal.. sedap nih... hehe

    ReplyDelete
  13. SA suka...buat sambal belacan..x yah letak limau dah...terangkat...

    ReplyDelete
  14. Pokok belimbingg dekat rumah Azwar dah tak berbuah la plak.. hahaah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.