Header Ads

Lantana Camara, Adakah Ini Bunga Tahi Ayam Sebenar

Petang ni cuaca panas betul. Rasa macam pening kepala dibuat. On air cond bilik kejap bagi sejuk badan, barulah okay sikit. Bila cuaca panas ni teringat lah haritu masa dok kutip kelapa tua tu. Cuaca panas tapi tak berapa terik.

Berdekatan pokok kelapa gading, saya terpandang bunga lantana camara atau nama kampungnya orang panggil bunga tahi ayam. Adakah ini bunga tahi ayam sebenar? Atau ini bunga tahi ayam kampung dan bunga tahi ayam marigold tu versi bandar? 

hmm..Tidak lah saya ketahui jenis bunga tahi ayam yang sebetulnya. Kalau tahu, silalah tinggalkan komen ye. Kenapa disebut bunga tahi ayam tu sudah tentulah dari segi baunya. Bunga tahi ayam busuk seperti tahi ayam kononnya.

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Pokok bunga tahi ayam/ Lantara Camara

Nama lain bunga tahi ayam dikenali dengan nama bunga pagar. Bunga tahi ayam in english apa ye? Nama saintifiknya, Lantana camara. Lantara Camara merupakan spesies tumbuhan berbunga dari keluarga verbena, Verbenaceae. Asalnya dari kawasan tropika Amerika.

Ia merupakan sejenis pokok renek yang berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu. Terdapat lebih kuran100 jenis lantana. 

Ketinggian pokoknya pula boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim persekitan.

Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_tahi_ayam

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Unik bunga tahi ayam ni. Dalam sekuntum bunga ada kuntum kuntum yang lain. Warna dan rupa paras cantik dah tapi sayang bau dia kurang menyenangkan pulak.

Baru baru saya terbaca di blog kak SK, bunga marigold boleh dimakan rupanya. Diamalkan untuk tujuan kesihatan. Alamak, saya tak pasti boleh telan ke tidak.  Tapi bunga bunga yang boleh dimakan tu sangat menarik dan cantik. Nak makan pun sayang tau.

42 comments:

  1. Betoi la...
    Yang ni orang kampung saya pun panggil bunga taik ayam.
    Zaman kanak-kanak buah dia yang berjambak bulat-bulat hijau,bila dah hitam kami kutip makan sebab tengok burung suka makan.Rasa dia manis .Nanti Fiza boleh try gigit untuk rasa..in sha Allah tak mabuk pun..Bukan la sedap tapi burung suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh la kak boleh makan? Saya ingatkan yang hitam hitam tu dah busuk dah. Kiranya hitam dah masak manislah ye?

      Delete
  2. Cantik.. walaupun namanya tu . tak berapa cantik... Rupanya beracun ehh.. Baru tahuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari wiki katanya beracun. Tapi tak tahu lah sebab wiki ni info dia boleh diubah.

      Delete
  3. Cantik betul bunga tahi ayam versi ni. Warna-warni.

    ReplyDelete
  4. Ada orang kata bunga tahi ayam ni cantik dijadikan tanaman hiasan. Memang nampak cantik kan sebab bunga warna warni dan bentuknya pun berseni juga.... tak adalah rupa tahi ayam tu hihihiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tu memang cantik kak Amie tapi tak pernah jumpa orang tanam dan jadikan hiasan. Biasanya nampak di semak semak tumbuh liar. Rupa dia unik dan berseni. Kalau rupa tahi ayam, nak dekat pun tak nak. Hihi

      Delete
  5. Bunga tahi ayam liar ni ada tumbuh di padang ragut tempat wak bela lembu.
    Lembu pun tak mahu makan sebab beracun, biasa wak tebas aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perasan pokok ni memang tumbuh liar kat semak semak. Jarang rasanya orang tanam kan. Dia punya batang tu boleh tahan liat. Nak patahkan pun payah. Kena guna parang tajam juga.

      memang betul beracun lah pokok ni. Bau dia pun boleh tahan busuk jugak

      Delete
  6. Cantik bunga tahi ayam, nak tanam la rasanya mudah hidup.. Siput tak suka kut pokok ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Kalau rimbun daun dan bunganya lagi cantik buat pokok hiasan. Tak pastilah tu kak

      Delete
  7. Kalau akak tengok bunga marigold dalam bungkusan edible flower tu, dia spesis bunga marigold tertentu. Bila google, macam2 rupa bunga marigold kan, tapi yg dalam peket tu, bunga yg gambarnya akak kongsikan tu.

    Pernah dengar org kata, bunga tahi ayam ni busuk macam bau taik ayam, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh marigold lain ye kak. Confused jugak ni tak tahu mana satu boleh makan.

      Haa yang tu betullah tu kan sebab bau dia terus melekat nama bunga tahi ayam tu.

      Delete
  8. Kalau Kak PC sebut bunga tahi ayam memang yang lagi satu tu.. yang ini tak tahu pula namanya pun bunga tahi ayam. Sebab kalau yang bunga tahi ayam lagi satu tu memang dulu banyak sangat kat laman rumah atok nenek baik belah babah akak dan mama akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun yang lagi satu tu. Yang ni nama dia tak tahu lah. Tapi kalau google, ini juga dipanggil tahi ayam jenis kampung katanya. Bunga lagi satu tu macam cepat membiak jugak. Sekali tumbuh merimbun.

      Delete
  9. tak pernah jumpa bunga yang ni. selalu bunga tahi ayam ni orang rajin tanam tepi jalan, nampak cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lagi satu tu cantik. Warna dia pun menyerlah gitu kan. Macam biasa nampak orang tanam untuk landskap.

      Delete
  10. Pokok rajin berbunga. Bunga pon cantik warna warni..

    ReplyDelete
  11. bunga ni cantik tapi tak seindah namanya.. bunga tahi ayam.. kikiki..
    nama saintifik bukan main sedap lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Cantik dah tapi nama dia kelaut. Kita gunakan nama saintifik sedap sikit kan.

      Delete
  12. Lama tak tengok bunga tahi ayam ni,bunga dia cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga dia memang cantik dan uni kan. Jarang nampak. Kalau kat kampung mungkin senang jumpa

      Delete
  13. Banyak pula jenis bunga tahi ayam. Ingatkan yang warna oren itu bunga tahi ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, setakat ni yang saya dah tahu 2 je kak. Yang biasa saya panggil bunga tahi ayam yang marigold tu sama macam akak.

      Delete
  14. sedapnya nama saintifik dia, secantik bunganya

    ReplyDelete
  15. Walaupun busuk, tapi cantikkk bunga nyaaaa. Colorful jugak bunga nya, macam macam warna adaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bunga cantik dan unik kejadian dia. Kombinasi warna dia memang padan sangat. Jadi warna tone yang menarik

      Delete
  16. Bunganya cantik secantik namanya. Lantana Camara. Fuhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saintifiknya dengan memang cantik kena dengan rupa parasnya. Cuma nama kampung tu macam tak sesuai kan :)

      Delete
  17. Selalu sangat petik bunga ni dulu masa kecik2. Tak tanam pun. tumbuh tepi2 hutan sahaja. tak tahu pula nama dia pun bunga tahi ayam. Ingtakan marigold tu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasa tumbuh liar kot. Biasa nampak kat semak semak ada. Memang jadi mainan zaman kanak kanak ni. Saya pun ingatkan marigold tu je. Rupanya bunga ni pun namanya tahi ayam juga tapi versi kampung katanya.

      Delete
  18. Bukan main lagi namanya... lantana camara. Nama cantik, rupa cantik... bau je bau kurang menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama glamour, datang kampung dapat nama buruk dengan baunya yang kurang best.

      Delete
  19. hoo iya kak, ini bunga tahi ayam. Dulu sahabat saya banyak tanam ini di teras rumahnya. Saya senang pegang2 tak tahu baunya seperti tahi ayam.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Naia tak pernah bau pulak ye lepas pegang tu? Hehe..mungkin dulu tak tahu kan. Tapi namanya sama juga kat sana?

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.