Filem Dendam Kesuma

Dendam Kesuma, sebuah filem genre suspense thriller lakonan Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen diarahkan oleh Jefri Jefrizal sendiri dibawah terbitan produksi Richplus Media Sdn Bhd.

Film Dendam Kesuma merupakan filem arahan pertama Jefri Jefrizal lakonan bersama isteri dan anak-anaknya serta pendatang baru Bella Paloma. Nantikan tayangan Film Dendam Kesuma pada 4 November 2021 di pawagam selepas 4 kali tangguh tayangan.

film dendam kesuma

FILEM DENDAM KESUMA

Tarikh tayangan : 4 November 2021
Pengarah : Jefri Jefrizal
Produksi : Richplus Media Sdn Bhd

SINOPSIS DENDAM KESUMA

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Hadri (Jefri Jefrizal), dia mula alami kemurungan dan tekanan perasaan sejak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Hasil perkahwinannya dengan Meena, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu  Ali (Nazreen Putra) dan Suri (Marissa Ezureen). Namun, suasana di dalam rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu tidak diendahkan oleh Hadri.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru itu, sikap aneh Suri itu sering menimbulkan persoalan kepada Meena.

PELAKON DAN WATAK

  • Jefri Jefrizal sebagai Hadri
  • Bella Paloma sebagai Meena
  • Haliza Khalili sebagai Kesuma
  • Nazreen Putra sebagai Ali
  • Marissa Ezureen sebagai Suri

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Tentang Dia
Penyanyi : Usop One Band

24 comments:

  1. Replies
    1. Balas dendam ni memang seram dengar pun. Agaknya lah tu Kesuma balas dendam. Kena tengok ceritanya nanti ditayangkan di pawagam.

      Delete
  2. Semoga kali ini berjaya ditayangkan tanpa tangguhan lagi..

    ReplyDelete
  3. Lambat lagi tayangannya, seram bila ada berdendam. Nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bulan November nanti.
      نعوذ بالله من ذلك

      Delete
  4. Aku akan mneyusul dalam setiap keturunanmu... memang dendam sungguh ni!

    ReplyDelete
  5. Macam best cerita ni..
    Tapi pelakon dia takde sorang pun yg ammi kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita tak kenal pun pelakonnya. Boleh lah tengok nanti bila dah keluar wayang.

      Delete
  6. Semua pelakon pun tak kenal. Huhu. Banyaknya muka baru ya

    ReplyDelete
  7. Whoaaa... Baca setiap keturunan dia muncul...Nampak menarik..kena tengok nihh..tQ info

    ReplyDelete
  8. Macam best tapi pelakon tu semua tak pernah dengar namanya..

    ReplyDelete
  9. Hehe akak baru tahu malam tadi kalau rumah tidak dibacakan ayat-ayat al-Quran dan surah al-Baqarah akan dihuni jin.
    Menarik ini tengok apa tindakan Hadri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kena diisi dengan bacaan Al Quran.
      Rumah lama kalau lama ditinggalkan pasti ada penghuni lain.
      Bolehlah tonton nanti :)

      Delete
  10. Pelakonnya tiada pun yang saya familiar. Seram utk ditengok . Tengok kak fiza punya posting banyak filem filem seram. Kak fiza meesti suka tengok kan ? Saya pernah tengok cerita hantu sekali je dekat wayang. Saya lupa dah tajuk dia. Itupun saya tutup mata sambil mintak orang sebelah (kawan saya) terangkan. Saya rasa rugi duit sbb saya end up tutup mata haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang familiar dengan pelakon-pelakonnya. Kita nantikan november nanti. Latest story banyak kisah seram Nadia. Kita pun into the scene lah :)

      Memang rugi kalau dah bayar tapi tak tengok. Hihi...

      Delete
  11. Semua pelakon tak kenal, and pengarah pun berlakon as pelakon utama. Rasa rasanya anak anak pun diimport anak sendiri hehehe. Tapi takpe tunggu nanti ditayangkan dekat pawagam, best ke tidakk kan kak fiza hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.