Malaysian Ghost Stories Episod 11 : Hantu Jepun

Malaysian ghost stories episod 11 menampilkan kisah tentang hantu jepun lakonan Fezrul Khan, Izzy Reef, Arman Dezra, Syamim Razii, Aliff Idham, Zaki Yamani dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 11 Hantu Jepun di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 11 Hantu Jepun

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 11 : Hantu Jepun
Waktu tayangan : 13 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Srikandi Emma, Sri Dewi
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU JEPUN

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang berkumpul di sebuah kem untuk aktiviti tambahan sekolah mereka. Mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang daripada mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

PELAKON DAN WATAK

  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Azim
  • Izzy Reef sebagai Zahid
  • Armand Ezra sebagai Farid
  • Syamim Razi sebagai Shah
  • Aliff Idham sebagai Kamal
  • Zaki Yamani sebagai Airil

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


20 comments:

  1. Bila sebut hantu jepun ni teringat duk asrama darjah 6. budak budak asrama cakap kat belakang asrama tu bekas kubur jepun. Adoii la. Memang seram. Asrama tu waktu petang ke senja boleh rasa feel seram tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darjah 6 duk asrama dah. hebat ni berani! Seram kan bila dengar cerita hantu jepun ni. banyak versi. Kalau seram tu memang meremang haihhh

      Delete
  2. Terkejut-kejut cerita macam ni..tapi jepun bersistematik, kena tonton nak tahu bezanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita hantu takde part terkejut tak sah! Jepun sistematik sebab berkawat eh kak :p
      Ye, betul. Kena tengok kalau nak tahu cerita.

      Delete
  3. nak kena tonton juga drama ni , nak tahu apa agaknya kesudahan pelajar-pelajar nakal tu

    ReplyDelete
  4. Memang popular hantu Jepun ini. Sekarang pun ada.

    ReplyDelete
  5. Hantu Jepun ni agaknya memang wujudlah. Zaman tinggal di asrama dulu tengah-tengah malamk kami pernah main 'hantu' juga. Entah tak ingat dah permainannya yang gunakan duit, lepas tu panggil spirit. Kebetulan warden meronda, kami tak sempat 'pulangkan' benda tu. Selepas itu setiap malam berbunyi kaki berjalan di atas bumbung bilik kami. Bilik kami paling atas. Akhirnya warden suruh baca Yasin setiap malam di bilik kami. Lamalah juga gangguan tu, lebih sebulan. Lepas itu kami taubat tak buat lagi... jahatkan kawan-kawan sampai Kak Amie pun terikut. Timbul pula cerita lain, rupanya tapak asrama kami itu kubur tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu Jepun ni popular betul di asrama. ohh main spirit tu orang kata panggil hantu. asrama saya pernah budak budak histeria sebab tu. memang ambil masa lama nak pulihkan keadaan. patutlah pun kak Amie, tapak kawasan 'dia' rupanya. Bila diseru bermaharajalela lah dia. seram betul.

      Delete
  6. Alamak lm xtgk astro mcm best koleksi2 cite antu nyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cerita cerita hantu seram yang popular Kat Malaysia ni.

      Delete
  7. Kalau sebut askar jepun, memang rasa serammm dia tuu. Arwah nenek selalu cerita pasal askar jepun zaman askar jepun jajah tanah melayu dulu. Macam macam versi cerita kalau askar jepun ni hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kan. Macam dimana mana mesti ada kalau tempat tu kubur jepun lama ke kan. Biasa dengar kisah hantu jepun berkawat dan takde kepala.

      Delete
  8. Teringat hantu Jepun cerita pendekar bujang lapuk la. Cobaaan

    ReplyDelete
  9. Hantu jepun betoi lompat-lompat fiza hahhaaa ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.