Header Ads

Projek Mengemas Rumah Kampung. Pewai!

Tahu tak pewai tu apa? Ini bahasa bahasa pendaki gunung biasa pakai. Dulu tahu lah juga sebab rajin hiking bukit bukau gunung ganang. Sekarang? Hmmm...redah semak pun sis tak kuat you know.

Pewai tu Singkatan bagi PEnat aWAI loghat utagha. Jadilah pewai.

Pagi tadi sampai sampai je letak barang terus mulakan mengemas. Penuh segala habuk luar dan dalam rumah. Mak dah 2 bulan tak balik kampung stay KL dengan adik ipar sejak uwan meninggal. Kat KL ada cucu taklah mak sunyi.

Sebelum ni mak dan uwan stay dengan kami dan adakalanya rumah pakcik di area Seremban jugak. 

Isnin ada appointment doktor dapatlah mak rentas negeri dan balik kampung. Mula je mengemas masing masing berlawan bersin habuk berterbangan. Kerja kuat vacuum dan penyapu harini. Buat kerja sikit, saya rehat. Pewai! Lepas tu baru sambung semula buat kerja.

Suasana Kampung
kasik jemur itu bantal, bukak sarung dan jemur. Orang dulu dulu suka jemur bantal kekabu kat tingkap, kan?


Dah lama tak buat kerja berterusan macam ni. Lebih kurang 2-3 jam jugaklah mengemas. Lepas tu memasak pulak untuk tengahari. Pukul 2 lebih lepas zohor, saya tumbang. On Air Cond, berlayar entah sampai mana entah.

Sedar sedar pukul 6, solat asar dan jengah keluar. Mak dan encik suami rilek lagi membakar sampah. Mak siap menebas sikit. Suami pulak menebas pisang kapas dan bakar sampah. Satu permandangan yang dah lama betul tak rasa. Suasana dan aktiviti kampung.

Mak mak kita ni kalau kat kampung, macam macam kerja dia nak buat. Tak boleh duduk diam, cakap lah suruh rehat dulu ke apa. Eh tak, gigih dia kesana sini buat macam-macam. Lepas isya' mak pulak tidur awal. Tapi mak memang tidur awal pun. Apa nak buat lagi. Lainlah kita ni burung hantu.

Saya pewai sebab malam tadi pun tidur tidur ayam dan tak cukup tidur. Itu yang tidur tak sedar apa. Sejuk pulak tu dengan suasana kampung mendung. Tambah air cond lagi. Bila badan penat, betul betul dapat tidur yang berkualiti.

Suasana kampung halaman suami ni lah yang dapat feel kampung. Masih mengekalkan binaan rumah kampung lama. Dua rumah depan ni sama juga jarang jarang balik. Rumah adik beradik arwah uwan.

Kampung saya tak serupa kampung dah. Kampung versi moden sikit. Mostly rumah dah bertukar rumah batu. Jarang nampak rumah papan dah. Suasana rumah kampung yang best. Pagi pagi sejuk oii mandi air kolah! Ibarat macam mandi air terjun Ulu bendul. Hahaha...Sojuk!


44 comments:

  1. Saya pun mengemas rumah mak hari ni.. Pewai le jugak.. Rumah mak saya ni dah hampir sebulan mak tak balik. Mak duduk di rumah anak-anak yang berdekatan termasuk rumah saya secara begilir-gilir.. Ini kerana keliling rumah mak saya ada yang positif. Termasuk anak beranak abang saya yang tinggal di hadapan rumah mak.. Jadi setelah semuanya kembali negatif, hari ni kami mengemas rumah mak.. Malam ni pun saya tidur rumah mak saya.. Sebelum tu, rumah ni sudah disanitasikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah lama ditinggalkan memang ambil masa nak mengemas. Dah boleh merentas daerah ni banyak benda dapat buat kan. Alhamdulillah syukur semuanya dah kembali negatif. Seronok dapat tidur di kampung :)

      Delete
  2. Seronok dapat balik kampung. Tenang je rasa walaupun sekadar tengok gambar je. Hehe. Tak sabar boleh rentas negeri nanti, nak balik kampung jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada kesempatan boleh lah balik. Suasana kampung yang tenang jauh dari kesibukkan bandar. Lepas dah merentas daeah/negeri bolehlah masing masing balik kampung.

      Delete
  3. Hahahaa betul2 klu balik kg esp time2 nak raya, perghh nak kena mengemas rumah tu memang penat ya ampun!! dulu arwah uwan n atok k ret dah tua kan so mmg x larat nk mengemas sendiri.. so kena la tgu anak cucu balik baru la dpt kemas satu rumah dengan betul2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh..kalau kemas nak raya lagilah pewai. Seharian mengemas baru puas hati. Samalah kalau balik kampung johor, mak ayah dah tak kuat. Kenalah kita mengemas semuanya.

      Delete
  4. Rumah Uwan akak pun masih kayu. Memang sejuk betul pagi-pagi hendak mandi.
    Suka bau kayu-kayu dibakar. Menggamit nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kayu tu kenangan sangat kan. Dah susah nak jumpa rumah kayu kat kampung.
      menggamit nostalgia sungguh.

      Delete
  5. Pewai, gabungan dua perkataan menjadi satu perkataan . Ccl boleh guna la perkataan pewai tu lepas ni

    ReplyDelete
  6. Klasik-klasik juga jemur bantal begitu, jiran keluarkan tilam terus hehe.. Alhamdulillah kuat mak Fiza, semangat dan bersyukur balik rumah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stail orang zaman dulu. Hihi..jiran jemur tilam tu selalunya anak kencing malam.
      Alhamdulillah mak mentua larat lagi buat kerja. Padahal tak kuat lagi tu. Tapi biasalah gigih nak buat semua kerja sebab dah biasa duduk kampung boleh buat macam macam. Ye, sesekali balik kampung senang hati :)

      Delete
  7. Pertama kali dengar pewai tu apa... maklumlah akak bukan muka hiking atau panjat-panjat ni. Berat je graviti melekat di bumi. Oh, jemur bantal kekabu tu memang best! Akak suka bila dah jemur tengah panas, kita tepuk-tepuk dia jadi gebu balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sekarang dah tahu walaupun bukan kaki hiking.
      Bantal tu bila ditepuk tepuk sakan segala habuk halus tu berterbangan. Tapi best bila dia gebu balik tu.

      Delete
  8. Eza pun suka jemur bantal sebab suka bau matahari. Suasana kampung yang memang indah. Pewai, hehe perkataan baru yang Eza belajar hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sambil jemur sambil tepuk tepuk bantal pun syok gak. Hihi..Suasana kampung memang indah.
      Belajar perkataan baru harini :)

      Delete
  9. sy sejam mengemas je dah tumbang ni kan pula lbh dr tu ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† nmpk sgt laa x selalu buat keje2 berat sy ni๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak buat kerja kerja berat dan berterusan ni memang pewai Anies.

      Delete

  10. Saya sekarang misi nak kemas rumah mak abah saya ni , hahaha banyak benda yang saya nak ubah . Setiap bulan cuba tukar mana mana yang perlu tukar. Lepastu saya tegaas sikit benda yang tak digunakan bagi saya elok buang je jangan simpan sayang sayang ni, lepastu dok beli benda baru nanti rumah jadi store

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tu nak tukar setiap bulan. Biasalah tu Nad, kalau ikutkan mereka semua nak simpan. Pastu topup benda baru makin banyaklah koleksi nak mengemas. hihi..faham faham.

      Delete
  11. mengemas ni kalau dah start memang susah nak berhenti. ada je mata nampak tak kena. lamanya tak merasa suasana gitu. Rindulah nak balik kampung. Mampu ke kampung bharu je ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Bila dah start enjin tu, laju buat kerja. Penat baru berhenti. Sekarang pun balik kampung tak meriah sangat sebab tak semua boleh balik. Tunggu lah kita masanya boleh balik kampung ramai ramai nanti.

      Delete
  12. Saya kalau nak mengemas, kena ada mood. Jangan ada yang menyuruh, kalau tak mahu kelaut moodnya. Tapi memang penat la kemas rumah, selalu before raya tu, memang pulun kemas. Rumah pulak naik anai anai, lagilah letih nak menyembur ubat anai anai tuuu, tapi bila dah kemas, rasa puas hati tengok rumah bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun satu benda penting gak tu. Kalau takde mood, malas je tak menjadi jugak. Plus, kena gotong royong baru seronok. Kalau sorang sorang matilanakkkk

      Mengemas before raya tu feel dia semangat sikit kemas kan. Memang puas hatilah kalau dah kemas bersih.

      Delete
  13. Seronoknya kampung kat Pilah. Memang suasana kampung sebenar.
    Rumah kampung walau tinggal sebulan pun dia punya teruk nak kemas, memang penat. Sebab taik cicak merata.
    Kira hebat Fiza ni lepas ngemas berjam, boleh pulak memasak bagai. Kalau akak…hmmm…membeli saja lah ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dapat merasa suasana kampung sebenar. Tahi cicak semut memang banyak. Inipun kemas sikit sikit je tak beria sangat. Tu pun penat boleh tahan. Bila kemas tu tak sedar masa berlalu kak. Dah balik kampung ni makan masakan kampung lah kita. Masak simple je. Ikan sambal dan taugeh goreng je cukuplah ๐Ÿ˜

      Delete
  14. ingtkan pewai tu PY! haha.. rupanya penat awai..

    bestnya sama2 mengemas.. barula semangat! penat2 pon best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. penat awai. Bukan PY. Bab kemas mengemas ni kena sama sama mengemas baru semangat baru cepat siap gitu

      Delete
  15. Wahhhh...
    Lama tak guna perkataan "pewai" tu...Dulu zaman sekolah ngetop perkataan tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya zaman sekolah akak dah guna word pewai tu ye. Ingatkan geng hiker yang wujudkan. Hihi

      Delete
  16. hehe. busyra baru tau pewai tu apa.. first time dengar.. ilmu baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..takpe, faham. istilah yang direka ni kadang kita bukan biasa dengar pun :)

      Delete
  17. masih tak paham istilah penat awai tu, tak pernah dengaq plak masa saya dok utaghra dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..kalau pendaki tu mendaki kejap je dah penat cerita dia. itu yang dinamakan penat awal. cuma awai tu je digunakan loghat utagha. Bukan istilah orang utagha. Saya baru tahu pewai ni masa suka hiking dulu. Kalau tak hiking maybe lambat lah tahu sikit kot. hihi

      Delete
  18. Wahhhh . rindu la Rembau, Nogori kampung arwah atuk.. Memang best pepagi sejuka gilaaa... tapi kalau naik tengahari, panas gilo.. Hahaha.. Nikmati selagi ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu bila lama tak balik kan. harapnya cepatlah habis PKP then semua orang boleh balik kampung. Pepagi sejuk tu yang syok tu. Tengahari kalau atap zink memang panas gilo. Tapi kalau ada angin luar sejuk lah

      Delete
  19. Haaa.. memang betul tu. Orang dulu-dulu tepuk-tepuk bantal isi kekabu jemur kat tingkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mak saya buat macam tu masa rumah papan. Sekarang tak jemur macam dulu dah. Cuma rumah mak mentua je ada jemur bantal ni.

      Delete
  20. Ingatkan pewai tu nama binaan rumah tu ke rupanya penat awai hahahaha awai tak kalut orang kedah kata kiki. Macam2 ya singkatan bahasa ni hahaha

    Ya lah mana sahaja kampung tapi dah moden sekrang. janji masih ada ciri2 kampung antaranya rumah dekat2. tak berkembar selang seli dengan hutan sikit2 hehe baru lah kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..macam macam slang bahasa sekarang ni.
      Betul tu. Kalau rumah batu tak rasa sangat suasana kampung yang betul betul kampung.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.