Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey

Cekelat Tak Semanis Honey, sebuah telefilem kesinambungan dari telefilem Cekelat Semanis Honey lakonan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim. Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey ulang siarannya pada hari Sabtu 4 September 2021, jam 10:00 malam di Astro Citra HD.

Tayangan pertama telefilem Cekelat Tak Semanis Honey pada 17 Mac 2018 yang lalu. Ada yang dah tonton cekelat tak semanis honey?

Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey Astro Citra

TELEFILEM CEKELAT TAK SEMANIS HONEY

Waktu tayangan : Sabtu, 4 September 2021, jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Citra HD (CH108)
Penulis skrip : Azmi Ishak
Pengarah : Azmir Affandi
Produksi : Nads Media Production
Genre: Drama, cinta

SINOPSIS CEKELAT TAK SEMANIS HONEY

Adam (Fikry Ibrahim) dan Maya (Siti Nordiana) kini telah berkahwin dan hidup bahagia. Akan tetapi rumahtangga mereka diuji apabila video Adam berkaroke dengan pelakon, Anita (Dayang Areeda) menjadi viral. 

Maya pula semakin popular selepas video Smule karaoke nya menjadi perhatian ramai. Bila dua dua dikenali ramai, konflik rumahtangga mereka pulak menjadi perhatian netizen. 

PELAKON DAN WATAK

  • Siti Nordiana sebagai Maya
  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Zulin Aziz sebagai Jiha
  • Dayang Areeda sebagai Anita
  • Amanda Hariz sebagai Mia
  • Khaleila Hisham
  • Lan Solo
  • Sabri Yunus
  • Adeline Tsen

26 comments:

  1. xtgk pon cerita ni..
    lama betol sy xlayan drama.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita lama ni Ezy. Sekarang pun banyak siaran ulangan je :)

      Delete
  2. Banyak betul kesinambungan drama ini.

    ReplyDelete
  3. Saya tengok yang Nana dengan Alif Satar tu. Tajuk lebih kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dia semanis honey..a ah kan tajuk lebih kurang je. jadi hero je.hehe

      Delete
  4. Wah gandingan siti nordiana bersama fikri ibrahim ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, banyak drama/telefilem rasanya dorang berlakon sama.

      Delete
  5. Dah confius dah mana satu cerita Nana dengan alif satar & Fikry. sbab macam ceria nana ada honey kan?

    ReplyDelete
  6. Tentang viral penyebab, terpaut la, nak tahu penghujung kena lah tonton.. Hehe


    PS Terima kasih sis sudi menerima, inshaAllah esok saya beri detail tracking no k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nak tahu cerita memang kena tonton.

      Sama sama kak.
      Terima kasih sekali lagi sudi berikan hadiah :)

      Delete
  7. Tertukar dengan cerita nana berlakon dengan alif satar tuu, lebih kurang aje tajuk nya huhuhu. Setakat ni, tak tengokkk lagi hihihi

    ReplyDelete
  8. Suka baca tajuknya... menarik bunyinya!

    ReplyDelete
  9. Teringin nak nonton, tapi tak bisalah :D. Sayang tak masuk Netflix Yaa. Biasanya saya nonton serial malaysia yg ada di Iqiyi, atau viu atau Netflix. Tapi pilihan tak banyak. Moga2 ja selepas dari astro, bisa ada juga di aplikasi film lainnya :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama lam mungkin masih ada di youtube. selain Iqiyi boleh tonton di WeTV jugak :)

      Delete
  10. Dua-dua akak dah tengok. Tapi lama dululah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Tengok masa awal awal keluar dulu. Masa tengah musim drama sweet sweet ni. Bolehlah layan juga

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.