Header Ads

Merah Merah Tomato Ceri

Selain cili padi thai super pedas tu, tomato cherry juga pelengkap kepada sambal gesek versi kisar. Tomato ni fungsi dia untuk mengurangkan rasa pedas cili bila bergabung dalam sambal.

Saya suka beli tomato ceri sebab saiznya yang kecil, manis dan tahan lama berbanding tomato yang bersaiz besar tu. Sesuai lah dengan penggunaan masakan dia dapur saya. 

Bila guna yang besar tu kalau guna separuh, separuh lagi kena simpan dalam tupperware. Jadinya, lebih praktikal kita gunakan tomato ceri yang comel loteh ni. Walaupun tomato ceri masak tapi dia tak mudah lembik dan busuk. Kulit dia mengecut je bila simpan lama.

Saya simpan diluar je tak masukkan dalam peti ais. Lebih 2 minggu pun tahan lama lagi tu. Tomato ceri untuk diet, boleh dicampurkan dalam salad. Sedap tau makan tomato ceri rangup dan manis ni bila dicampurkan dalam salad.

kalori tomato ceri : https://www.fatsecret.co.id/kalori-gizi/umum/tomat-ceri
baca juga : tomato ceri untuk kulit

Merah Merah Tomato Cherry

Harga tomato ceri/100gm RM0.89. Saya beli 1 bekas 0.288 kg dengan harga RM2.56. Nak tanam sendiri pokok tomato ceri dalam pasu macam tak menjadi. Kita beli jelah. Harga pun masih berpatutan lagi tu.

Kena tunggu ada tanah nanti bolehlah tanam sendiri dapat makan fresh lagi best, kan. Cara tanam pokok tomato ceri macam senang dan jenis tanaman mudah hidup. Bolehlah kita cuba sendiri nanti. Nanti tu entah bila lah.


44 comments:

  1. Sedapkan tomato ceri ni. Betul pemyimpanan pin jimat ruang. Kalau sebiji besar tu kadng tak habis pun. Tomato ceri ni kalau ratah pun sedap. Crunchy gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Itulah tu, jenis sebiji besar tu kadang nak guna separuh je pun. Yep, masuk dalam salad sedaplah.

      Delete
  2. Dulu ni la snack bila lapar. Tapi sekarang susah nak telan. Lepas bersalin terus tak boleh nak masuk salad hijau, tomato cherry. Dulu hari hari salad pun tak pe. Sekarang bila beli nak makan macam dulu rasa macam nak terkeluar semula bila makan. Parah !

    ReplyDelete
  3. teringin nk tanam tp akak tanam tomato besar pun tak menjadi hehee
    entah la kenapa

    ReplyDelete
  4. Uishh geramnya nengok tomato tu, kalau dapat gigit sekali ngap.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka tomato ceri🍅🍅🍅 sebab ada rasa manis.Kalau kat Cameron kat depa jual tomato ceri kering macam kismis tu..Sedap betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada ye tomato ceri kering. sedap tu buat kudapan. Dulu pergi CH tak perasan pulak. Bestnya kalau dapat pergi sana. Shopping sayuran dan buahan fresh.

      Delete
  6. febret sy.. kdg mkn camtu je mcm mkn anggur.. mmg sedap!
    kalo tomato yg besar tu sy xmkn.. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham dah kenapa jadi favourite Ezy. Orang diet memang suka tomato ceri ni. Sesuai sangat.

      Delete
  7. Sedapkan, makan gitu je pun sedap sebab tak masam.
    Akak pernah try tanam, pokok meninggi je tak berbuah. Akhirnya mati…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sedap tak masam sangat macam tomato besar tu. Lah ye ke? Sedihnya tanam tapi takde hasilnya. Kena letak baja buah kot agaknya.

      Delete
  8. tak suka tomato ceri..suka tomato biasa yg besar tu. tomato ceri rasa masam sangat..ke sama je? hahaha

    ReplyDelete
  9. Sedap makan tomato ceri ni.. crunchy and juicy.. One of my fav. since childhood.

    ReplyDelete
  10. yg bestnya tomato kecik rangup.. sedap..
    tanam sendiri tomato?
    Kami pun tak tanam sendiri. Hehehe. Tak sabar menunggu, baik beli je la. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Rangup!
      Eh taklah, beli je ni..plan je nak tanam tapi entah bila.
      Memang tak sabar jugak kalau nak menunggu tu. hahahah

      Delete
  11. Betul. Lagi manis dan saiznya kecil sesuai kalau buat kuantiti sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu kak. Memang sesuai untuk kegunaan saiz portion kecil

      Delete
  12. benda cmni kena beli je fiza..jagaan pn kena rapi..beli dah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada tanah syok gak menanam isi masa. Nak menunggu hasil tu jelah macam jenuh menunggu. hihi..
      itulah tu, beli je lah buat masa ni.

      Delete
  13. Sedapnya, basuh..bismillah terus ngap..fuh nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak dimakan begitu sahaja. Memang nikmat rasa dia. Fresh, crunchy and juicy.

      Delete
  14. tomato mini ni, makan camtu je pun sedap!

    ReplyDelete
  15. Tomato ceri makan gitu je pun sedap. Oh ye ke senang ditanam. Nak suggest kat mak ayah. Diorang rajin berkebun. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Tomato jenis tumbuhan senang tanam, ikut pengalam masa berkebun dulu lah. Trylah Sal. Ada jugak aktiviti tu :)

      Delete
  16. Lama x makan ceri, dulu g rumah jiran, petik kt pokok dorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceri yang ada biji biji kecil banyak tu eh? meriah kalau berbuah kan.

      Delete
  17. Akak jarang guna tomato ceri masuk sambal. Selalu campak dalam salad je. Lepas ni boleh cuba :)

    ReplyDelete
  18. Hahahaha beli terus je lagi senang kan kak fiza bila kita dah usaha tanam tapi tak menjadi >.<

    ReplyDelete
  19. Suami ammi pun suka beli cherry tomato ni.. Yg lelaki2 dlm rumah ni semua suka meratah. Ammi makan kalau dlm masakan. Kyra mmg x usik langsung. Kene paksa baru dia boleh makan itupun siap letak mayonislah, kewpie la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh laku jugaklah tomato ceri ni. Okay jugaklah tu makan jugak dari tak makan :)

      Delete
  20. Tomato ceri ini Kak Amie suka buat snack saja. Makan cecah dengan serbuk asam boi. Aduhai... tak cukup secawan meratah tomato ceri saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap buat snack. Fuhh cicah asam boi tu. Saya suka makan dengan salad kalau makan mentah. Dalam masakan letak dalam sambal. Suke tengok jenis tomato yang biasa kak amie guna tu. Ada variety warna.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.