Sesisir Pun Tak Berapa Nak Laku

Balik kampung haritu, mak ada tebang pokok pisang kapas. Dapatlah setandan buah pisang yang semuanya dalam keadaan elok. Tandan pisang yang besar dan banyak sisir dalam setandan tu. Tak teringat pulak nak ambil gambar dijadikan entri.

Bab nak mengerat sisir pisang ni memang leceh tapi ikut style abang ipar yang dah biasa berkebun, dia potong pada batangnya bukan pada sisir pisang.

Beberapa sisir bagi jiran dan sepupu mak depan rumah. Selebihnya mak bawak balik KL dan saya bawa balik beberapa sisir. Dah bagi jiran, bagi anak buah, tinggalkan untuk kami sesisir je. Dah biasa makan pisang takut tak terhabis baiklah kita agih agihkan.

Sesisir ni pun tak berapa nak laku. Lambat jugak nak menghabiskan. Eh lupa nak cakap. Ini pisang kapas. Tuai pada 5 September haritu muda lagi. Tempoh masak matang lebih kurang seminggu lebih. Harini 17 September baru masak ranum. 

Gambar Pisang Kapas

Sebelum tu, dua hari lepas dah masak sikit dan makan. Sedap je. Cuma itulah, makan sebiji dua memang lambatlah habisnya. Sesisir pun banyak. Agak agak lambat sangat nak habis sebelum membusuk membazir terpaksalah kita cekodok kan dia. Baru laku terlajak laris.

Harapnya 'si Malas' tak menebal dalam diri. Kurang sihat ni dia jadi auto masuk gear M. 

Pisang kapas boleh buat apa?
Pisang kapas ni sedap tau kalau buat popis. Sejenis pisang tak berkelat dan manis. Sedap juga buat cekodok, kek pisang, lepat, lempeng pisang, apam pisang, pengat pisang dan pisang kapas masak lemak pun sedap juga.

Tahu nama pisang kapas pun mak yang cakap. Kalau ditanya memang tak tahu jenis pisang apa. Kecuali pisang tanduk, pisang lemak manis dengan pisang nipah. Pisang nipah pun keliru dengan pisang abu. Apoooo...



53 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. tau pisang tanduk & pisang emas je...hehe..

    ReplyDelete
  2. Uish,kalau kat rumah saya memang laku pisang yang makan mentah macam pisang kapas,pisang emas & pisang rastali.Kalau banyak stok,saya kupas lenyek dengan botot gelas masuk dalam bekas & frozenkan.Bebila nak masak cekodok ke,kek @ apa2 kuih,just defross dalam 20 minit...dalam rumah ni semua suka pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu okay jugak kan. Senang dah difrozen kan. Taklah busuk membazir lama lama. Terima kasih berkongsi idea :)

      Delete
  3. Di rumah ni ada dua biji pisang tanduk, dah seminggu tergeletak tak bergerak 😂

    ReplyDelete
  4. Ya Kalo cokodok memang laku hehe. Family sis pun Suka

    ReplyDelete
  5. Kenal pisang lemak manis je. Lain lain tak kenal. Bila makan rasa nangka baru tau pisang nangka. Kalau tengok rupa memang tak tahu. Lagi satu pisang tanduk sebab saiznya besar. Jadi mudah nak cam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang lemak manis tu senang nak kenal jugak kan sebab comel comel.
      Pisang nangka ada rasa nangka sikit ek? baru tahu. Pisang tanduk tu paling mudah nak kenal sebab besar. betul betul, mudah nak cam.

      Delete
  6. Sama tidak kenal pisang sangat. Kadang tersalah sangka nama pisang.
    Akak pun tengah tiada mood. Hehe.
    Semoga sihat semula Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah nama pisang itu biasa. Hehe..
      Kurang sihat ke kak?
      Aaminn..terima kasih kak doakan untuk saya.

      Delete
  7. Buat pisang goreng pun sedappp ni kalau manis2 mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pisang goreng saya suka pisang nipah lagi. Sedap :)

      Delete
  8. pisang kapasni pokoknya renek kan. fiza.
    arwah mak mertua dulu tanam. dpn. umah jga. rajin berbuah sb. renek. pokok senang nk ambik
    buat cekodok sedapp. manis
    kalau kat umah utk. mkn. mentah pisang berangan paling laku
    yg lain pisang mesti buat goreng atau cekodok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pokok dia renek ke tak, saya tak perasan pulak sebab tak tengok.
      Rasa macam nak buat cekodok kalau tak habis. Kalau malas makan macam tu je lah.
      Pisang berangan saya tak kenal. hihi..kalau guna suka pisang nipah lagi.

      Delete
    2. Pisang kapas ni kalau subur pokoknya besar dan tinggi juga bukan yang renek tu
      Buahnya tak sesuai digoreng, tapi paling sesuia dbuat cekodok, lempeng dan kek
      Sesuai juga dibuat pisang salai dan buat masak lemak pisang muda.

      Delete
    3. pisang goreng saya suka pisang nipah lagi wak. Sangat sesuai goreng kan. Pisang kapas ni makan macam tu sedap dah. Terima kasih wak untuk penerangan ni :)

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki dapat tuai bukan beli, pandai pula nama pisang. Yang tahu berangan dan emas enak dimakan, pisang abu sedap digoreng, juga tanduk pun kan hehe.. Baru order pisang tadi, esok inshaAllah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat pisang mak tanam. Pisang berangan dan pisang emas saya tak kenal sangat. Pisang abu tu pun confuse dengan pisang nipah.

      Beli pisang ape tu kak? harap sampai dengan selamat.

      Delete
    2. Pisang nipah, pisang kepok, pisang sabah dan pisang abu tu sama
      Cuma berbeza sebutan mengikut lokasi/tempat

      Delete
    3. Lahh ye ke wak? saya ingatkan pisang nipah dan pisang abu tu brebeza. Terima kasih wak. Tak keliru dah.

      Delete
  10. Buah favorite saya! Walaupun akan sakit perut lepas makan, tetap suka hahaha. Allahu popis kak fiza buat, nampakkk sedappppp! Nak kena beli popis ke ni HAHAHAHA >.< Senang je nak buat, tapi kerajinan tak senang datang hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak melawas makan pisang ni kan.
      Hihi..popis memang sedap. cuma tu lah tak rajin pulak kan.

      Delete
  11. Blend dengan susu dan gula, lepas tu masuk dalam tapawer dan buh dalam freezer. Jadi la dia aiskrim pisang, pun boleh..😆🤓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh macam sedap je tu. tak tahu rajin ke tidak nak membuatnya. Hihi..thanks share idea.

      Delete
  12. first time juga saya dengar nama pisang kapas... terima kasih kak sudi berbagi info...

    ReplyDelete
  13. febret sy si pisang ni.. dpt kat sy mmg laju je abis.. haha
    kdg sy grill je pisang mkn ngn susu farm fresh.. xpon mkn ngn roti ltk peanut butter..
    sedap! kalo buat kek pisang pon layan jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam best je grill tu. Rare..Ezy biasa diet, mesti pisang jadi fav, kan. kek pisang jarang tak sedap :)

      Delete
  14. Pisang kapas sedap tu. Kak Amie suka. Tapi jarang jumpa pisang kapas di LD. Paling banyak di sini pisang nipah dengan pisang raja saja. Pisang berangan pun harga kayangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang kapas memang sedap. Suka makan macam tu je. Pisang nipah sedap buat pisang goreng. Harga pisang semua dah kayangan kak Amie. Sesisir pun mahal dah.

      Delete
  15. wat cekodok jer kak.. sedap tu cekodok pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak habis memang nak buat cekodok je lah senang. Cepat habis pun ye nanti.

      Delete
  16. Jangankan awak yg muda belia tak kenal.. Ammi yg kertu ni pun sama. Plg kenal pisang tanduk hahahha sebab dia je yg lain dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..orang yang pakar je tahu jenis jenis pisang ni. Hihi..pisang tanduk tu terpaling kenal :)

      Delete
  17. Kalau tak habis, potong kepada dua tiga bahagian dan bekukan Fiza. Nanti letak susu sikit blender buat aiskrim atau smoothie :) Tapi, buat cekodok memang confirm laku keraslah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu pun sedap jugak. next time lah. Yang ada ni dah habis buat cekodok.

      Delete
    2. Terima kasih share ideanya Kak Farrah :)

      Delete
  18. Pisang kaoas yg ranum sedap dibuat cekodok..wangi ja baunya..kalau yg masih muda sedap buat gulai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat saya cekodokkan mereka kak. Kalau buat gulai, saya makan sorang je lah nanti sebab suami tak makan gulai pisang.

      Delete
  19. Akak memang tak berapa kalau bab pisang...bila perlu je baru makan...pisang penyumbang potasium..selalunya akak makan pisan seminggu sebelum nak hiking,dan pada hari nak hiking tu...sumber tenaga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sumber tenaga cepat. Atau bawak bekal coklat.

      Delete
  20. First time dengan pisang kapas. Selalu pisang tanduk dan emas je. Tapi nadia pun kalau membeli selalu beli je haha tak fikir pisang apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..pisang tanduk tu jenis pisang yang mudah nak kenal. Piang emas, saya pun tak pasti macamanaa. hihi..kadang beli tak tahu pisang apa. hehe

      Delete
  21. first time mama dgr sejenis makanan bernama popis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popia Pisang mamapp. Pisanag dibungkus guna kulit popiah kemudian digoreng letak toping chocolate, cheese dan lain lain

      Delete
  22. first time kenal pisang kapas , sebelum ni main redah je makan pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun kalau diberitahu. Kalau tanya, memang tak tahu sangat. Hehe...

      Delete
  23. Saya makan pisang selalunya time sakit tekak..dah start mencari la..
    lagi suka bila dah jadi cekodok..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sakit tekak elok sikit ye makan pisang. Jadi cekodok laku keras :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال