Resepi Sambal Udang Petai

Tuesday, April 15, 2014

Resepi Sambal Udang Petai | Kebetulan balik kampung haritu mak bagi bekal udang dan MIL bagi bekal petai. So hari ni kena complete jadi Sambal Udang Petai. Petai ni Fiza makan kalau masak sambal je. Kalau petai mentah memang taklah makan Dan makan kat rumah je. Kat luar kalau ada memang tak makan. Sebabnya lepas makan Fiza terus gosok gigi even makan sikit pun. Sebab takut bau terlebih pulak.

Tapi sesekali teringin makan sedap kot! Punyalah lama teringin makan sambal udang petai hari ni baru dapat masak. Susah betul nak mencari petai kat bandar ni ha..Takde supermarket yang jual petai. Nak tunggu pasar malam kejap ada kejap takde. Payah!

Nak tahu cara Fiza masak sambal udang petai memang mudah.

Bahan-bahan

Udang [ikut suka nak banyak mana, bersihkan dan basuh]
2 papan petai yang dah siap dibuang kulit [senang nak makan]
1 biji Bawang besar [separuh di potong bulat separuh blend]
2 ulas bawang putih [blend]
Cili kering dipotong buang biji, masak, kemudian blend [ nak lagi senang guna cili kisar je]
Beberapa cili api [ kalau nak pedas]
1 keping Asam keping
2 sudu gula
satu camca garam
minyak
Air
1 sudu sos cili

Cara-Cara.

1. Blendkan cili kering yang dah dimasak, bawang putih,separuh bawang besar, cili api. Masukkan sedikit air dan blend.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend
3. Biarkan bahan tumis garing, masukkan garam, gula, sos cili dan asam keping. Kacau dan biarkan seketika.
4. Masukkan udang dan biarkan masak sedikit.
5. Masukkan petai dan masukkan bawang besar separuh yang telah dipotong.
6. Masukkan air sikit dan biarkan masak dan kering sedikit.

Siap! cepat dan mudah :)
Alhamdulillah...

19 comments

  1. ini memang favourite akak ni fiza, lagi2 kalau dapat udang galah...slurppp....

    ReplyDelete
  2. malam semalam ecah buat dengan petai jeruk..udangnye sikit..petai yg bnyak..sedap petai jeruk kalau masak sambal ni..hehe..

    meh ucap gud luck kat ecah..
    http://ecahkhalili.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek.html

    ReplyDelete
  3. hmm.. xsuka petai.. tapi feberet udang.. hah cane?

    ReplyDelete
  4. sambal petai mmg sgt sedappp!nyummy!

    ReplyDelete
  5. bagus ni..tengah terpikir2 nak masak utk malam ni..cilok idea masak awak ye ^_^

    ReplyDelete
  6. SA letak petai untuk amik bau jer..time makan petai tolak tepi..boleh? hahahaha

    ReplyDelete
  7. alahai, sedapnya fizah.. lapar ni huhu

    ReplyDelete
  8. ermmm kalau saya nampak petai dalam sambal udang, confirm tak makan walaupun terpksa telan air liur tgok sambal udang tuh

    ReplyDelete
  9. Sedapnyerrr ..Akak pon suka jugak buat sambal udang tapi sesekali jer letak petai sbb anak2 tak suka huhuhu ..Umi ngan abah jer suka ..

    ReplyDelete
  10. menarik gile kale sambal . kite kalau buat sambal kale mesti xcamni.
    kena tkr cili kering gamak nya. baru cun sikit color.eheh

    ReplyDelete
  11. menusuk kalbu betul udang2 tu.. tp akak x makan petai..

    ReplyDelete
  12. sedap...! sy suka sambal merah, tp udang xleh mkn.. :(

    ReplyDelete
  13. ni antara kegemaran saya..walaupun tak makan petai..tapi wajib kena ada dalam sambal ni..aroma tu yang bangkitkan selera hehe

    ReplyDelete
  14. ni antara kegemaran saya..walaupun tak makan petai..tapi wajib kena ada dalam sambal ni..aroma tu yang bangkitkan selera hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.