Mei 2026 | Alhamdulillah tahun ni rezeki kami suami isteri berpeluang melaksanakan ibadah korban dan dapatlah berkongsi rezeki. Kami buat ibadah korban di Sabak Bernam sekali dengan kakak saya.

Disebabkan itulah kami sambut Hari Raya Aidiladha di Sabak Bernam. Sangat berbeza raya tanpa mak dan abah. Kita beraya dengan adik beradik je lah. Raikan raya dengan rasa bersyukur.

Hidangan lontong nasi impit bungkus daun pisang jadi pembuka selera untuk menu soto. Lontong tu kakak tempah dari orang kampung. Pertama kali makan lontong nasi impit bungkus daun pisang. Sedapnya! Aroma daun pisang pembuka selera.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Potong-potong dan masuk dalam mangkuk. Tuang sup soto sampai tenggelam nasi impit. Meriah taugeh dalam mangkuk. Tak ada taugeh, tak soto lah kan.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Sedapnya hirup kuah sup soto di pagi raya kakak saya masak. Semangkuk soto yang extra sedapnya. Alhamdulillah...Ye, kalau orang lain masak memang sedap kan. Menu lain daripada kebiasaanya. Suasana juga berbeza. Pertama kali raya di Sabak Bernam di rumah kakak. 

Hmmm tak nak lah fikir yang sedih-sedih, tapi tulah kesedihan tu tak ada tarikh luput pula.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Kami pilih LKSB Agro Farm untuk ibadah korban kami. Tak sempat kami nak melihat depan mata prosesnya sebabnya ada misscommunication sikit pasal waktu tu. Kami sampai je dah siap dan tunggu daging dihantar di rumah je. 

Alhamdulillah..yang penting selesai urusannya.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban
Bergambar kenangan bersama

Kita recycle je lah baju raya Hari Raya Aidiladha tahun lepas. Cuma baju tu pakai baju lain. Lepas tu boleh pula menyempat pergi Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali dengan nama BNO.

Hari Raya Aidiladha  2026 Dan Ibadah Korban

Lepak kejap bergambar tepi pantai. Bergambar simpan kenangan. Anak-anak buah dah besar dah habis sekolah. Bermakna kita dah semakin tua. Ke rakan sebaya sebab kami tinggi je kan. Bukan sempat bergambar di sini je. Sempat pula makan cendol dan makan mi udang kat medan selera tu.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Kemudian beli barang-barang untuk kenduri esok. Daging-daging selamat dihantar di rumah. Fuhh..banyak kerja nak buat ni. Part potong daging dan basuh daging tu yang mencabar tu.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Daging ada yang diletakkan dalam bekas dan dalam plastik. Ada 7 bahagian, kami bertiga campur kakak saya lagi sorang di Segamat dan 3 orang lagi anak buah abang ipar yang balik beraya di sini juga rumah embah (nenek) mereka iaitu mak abang ipar tak jauh dari rumah kakak.

Cerita Hari Raya Aidiladha 2026 Dan Ibadah Korban

Semua daging ni kami masak untuk kenduri. Saya ambil 3 bekas je untuk kami bawa balik nanti. Selesai ibadah korban kami, seterusnya buat persiapan untuk kenduri esoknya.

Saya stay di rumah kakak sampai tengah malam juga. Bawa baju extra untuk buat kerja-kerja persiapan kenduri. Tengah malam baru balik hotel. 

Aidiladha mengajar kita erti sebuah pengorbanan, ketaatan, keinsafan serta kasih sayang sesama insan. Alhamdulillah, syukur. Terima Kasih Ya Allah, Yang Maha Pemberi Rezeki untuk kami berkongsi rezeki dengan yang lain.

Semoga ibadah korban ini diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keberkatan rezeki, ketenangan jiwa yang dipenuhi dengan keikhlasan dan rahmat-Nya serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin...