Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Goreng Ayam KFC Viral

Resepi nasi goreng ayam KFC viral disebabkan rasanya yang sedap dan cara nak masak nasi goreng ayam KFC ni tersangatlah mudah. Apa perasaan kau orang bila buka periuk nasi bau aroma ayam KFC menusuk ke hidung? 

Terus rasa berselera nak makan. Apatah lagi yang terhidang tu nasi goreng ayam kfc. Ye, tahu. Andai diberi pilihan, semua orang nak memasak menu yang senang dan sedap. Kan? Janji perut kenyang dan perut pun senang hati. 

Ayam KFC yang jenis ada isi banyak dan tebal tu jarang laku. Ramai yang suka bahagian ayam KFC yang ada tulang daripada isi banyak. Padahal lagi untung makan yang ada isi banyak.

Resepi Nasi Goreng Ayam KFC Viral

Bukan cakap orang lah, Fiza sendiri memilih untuk makan bahagian yang ada tulang. Terutamanya bahagian kepak. Berebut! Walaupun tahu yang bahagian ayam kepak KFC taklah besar mana pun. Don't care!

Setiap kali ada lebihan ayam KFC bahagian isi tu mesti simpan untuk masak nasi goreng. Biasanya masak nasi goreng ayam KFC dengan cara menumis. Agak agak kalau terrrmalas, boleh cuba gunakan resepi nasi ayam rice cooker. Cara masak sama macam masak nasi biasa. 

Cuma kau orang kena buat kerja sikitlah nak sediakan bahan-bahan tu. Pengaruh dari rakan blogger Kak Dana lah ni (resepi nasi goreng kfc cara Dana Miswan). Sebenarnya haritu dah pernah buat sekali. Masa tu guna satu ketul je ayam KFC. Kali ni buat guna 2 ketul ayam KFC pula.

Masak cara Fiza tak ada perencah nasi goreng sebab memang tak pernah ada perencah nasi goreng kat rumah ni. Tak plan pula nak buat nasi goreng ayam KFC. Jadi, Fiza gantikan dengan serbuk perasa pasti sedap. Pun sedap!

Resepi Nasi Goreng Ayam KFC Viral

Bahan-bahan

2 ketul ayam KFC
1 cawan beras
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili api (untuk tambahkan kepedasan. Tak suka pedas, tak perlu letak)
garam sikit
1/2 sudu besar serbuk pasti sedap
2 cawan air untuk masak nasi

*Sukatan air dan beras ikut sukatan macam masak beras biasa. Macam Fiza guna beras herba ponni, nisbah dia nasi air, 1:2.

Cara Penyediaan

Basuh beras terlebih dahulu. Bawang putih cincang halus. Bawang merah potong dadu. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk kecuali ayam. Kacau rata. Akhir sekali baru letak ayam dan on kan suis rice cooker tu. Jangan lupa!

Resepi Nasi Goreng Ayam KFC Viral

Lepas tu tunggu je nasi masak. Dah masak, carik carikkan isi ayam dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Nasi Goreng Ayam KFC Viral

Aroma ayam KFC tu memang tak boleh tahan. Bau dia mampu membangkit selera makan. Rasa nasi goreng ayam kfc rice cooker ni memang sedap. Budak budak mesti suka nasi ayam rice cooker macam ni.

Bila ayam terperap sekali masak dengan nasi tu yang membuatkan aroma ayam KFC lebih meresap dalam nasi. Cara masak juga lebih kurang macam nasi ayam atau nasi butter ala kfc.

Kalau buat cara macam ni depan mak, confirm tak kena pada dia. Almaklumlah orang lama, susah nak terima cara masak orang zaman sekarang. Lagi lagi sejenis mak Fiza yang tak makan ayam. Tak lalu dia tengok ayam. Hihi

Style ni sesuai dengan tekak generasi sekarang dan mungkin peminat ayam goreng KFC. Boleh cuba beli snack plate tu. Satu masak nasi goreng ayam kfc rice cooker. Satu lagi hidangkan bersama nasi goreng yang dah siap.

Cerita pasal KFC ni, kalau order delivery tak pernah dapat bun bila beli snack plate atau dinner plate. Tak tahu lah kenapa. Dah review dan komen letak missing item pun perkara sama jadi juga. Memang terma delivery tak ada bun ke camna?

Ada sekali tu konon beli sendiri tak nak ada yang ter 'missing'. Tapi drive thru lah. Order coleslaw saiz besar tu. Sekali balik rumah dapat dua dua mashed potato saiz besar. Aduh! 

Betul betul bukan rezeki. Kita hanya manusia biasa. Tak lepas dari kesilapan...Apa yang ada kita bedal je lah walaupun tekak teringin sangat nak makan yang lain. Nasib lah labuuu...


Post a Comment

28 Comments

  1. nampak sedap la pulak, nak try la.. thank you sharing this info

    ReplyDelete
  2. Waa.. nampak sedap dan amat mudah.. hihi boleh cuba ni... tq kongsi resepi ni fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betulll..sedap dan teramatlah mudah :)
      Selamat mencuba Mell

      Delete
  3. ni dah tak goreng ni kalo letak dalam periuk..boleh sebut nasi ayam kfc je.. 😜

    ReplyDelete
  4. Kalo bhgian isi tu nak makan macam tu aje memang tak habis kan. Kenalah recycle supaya tak membazir.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..mcm terbau-bau plak aym kfc tu hehe

    ReplyDelete
  6. Nanti boleh try. Nampak sedap. Mudah pulak tu.

    ReplyDelete
  7. nanti cuba buat dengan ayam kfc yang ori... lagi best bau dia tau fizah...

    memang kalau akak masak gini si aiyan mesti cakap, bau apa ni sedap2 ni mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ori lagi sedap ye kak dana. Yang ni guna spicy. Bau dia tu tahan, rasa tak tahan menanggung kalau lapar. hahaha..

      dah jadi favourite Aiyan ye kak? Boleh jadi geng Aiyan ni :)

      Delete
  8. Mesti sedap sebab aroma ayam kfc tu

    ReplyDelete
  9. Wah, lain macam masak nasi goreng ayam kfc dalam rice cooker. Boleh cuba. Fiza, akak kalu order thru foodpanda, ada missing item, kita file complain, dia bagi voucher, boleh guna next order, takde expired date. Order kfc pun kat foodpanda, mcD pun kat foodpanda, pizza hut pun. Walaupun dia orang ada app delivery dia orang sendiri. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kak kalau nak rasa. Benda viral ni selalunya macam sedap. hihi

      Kalau bad review dan komen je tak membantu ye kak? complaint via apps juga ye? okay terima kasih kak Nur :)

      Delete
    2. Ye, via app. Kat page order kita, ada help center, something like that, lupa plak, link untuk complain. Kena isi apa missing, dan dia bagi rebate atau voucher untuk next order. ��

      Delete
  10. Guna periuk nasi. Menarik cara memasak macam biar ayam goreng KFC berendam bersama nasi.

    ReplyDelete
  11. Rare resepi ni fiza.. kalo nasik goreng ayam kfc penah juga buat... kalau yg rice cooker ni blom lg.. hehe

    ReplyDelete
  12. nampak sedap dan mudah nk buat! rajin fiza

    ReplyDelete
  13. Terbau aroma nasi goreng ayam kfc! Nanti Kak Amie nak cuba jugalah. Itu pun kalau beli kfc, ada saki baki ayam gorengnya hehehehee.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.