Korean Drama Reply 1988

Korean Drama Reply 1988 @Eungdabhara 1988 pernah trending sejak April-Mei 2020. Dikatakan drama ni sangat realistic dan emosi bila ditonton. Berkisahkan tentang persahabatan dan juga kekeluargaan. 

Korean Drama Reply 1988
sumber : google



Reply 1988 merupakan musim ketiga selepas Reply 1997 dan Reply 1994. Reply 1988 adalah sebuah drama Korea Selatan yang dibintangi oleh Park Bo-gum, Ryu Jun-yeol, Lee Dong-hwi, Go Kyung-pyo dan Lee Hye-ri.
  • Reply 1997 (Eungdabhara 1997) 2012
  • Reply 1994 (Eungdabhara 1994) 2013
  • Reply 1988 (Eungdabhara 1988) 2015

Drama Reply 1988 sebanyak 20 episod ini telah lama disiarkan menerusi saluran tvN 6 November 2015 sehingga 16 Januari 2016 setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 7:50 malam atau Reply 1988 Netflix.


Korean Drama : Reply 1988
Jumlah episod : 20
Mula tayangan : 6 November 2015-16 Januari 2016
Waktu siaran : Rabu, jam 9:30 malam
Siaran TV : tvN, Netflix
Pengarah : Shin Won-ho
Penulis skrip : Lee Woo-jung

REPLY 1988 CAST

Pelakon Utama

Lee Hye-ri sebagai Sung Deok-sun / Sung Soo-yeon
Park Bo-gum sebagai Choi Taek
Go Kyung-pyo sebagai Sung Sun-woo
Ryu Jun-yeol sebagai Kim Jung-hwan
Lee Dong-hwi sebagai Ryu Dong-ryong

Pelakon Tambahan

Keluarga Sung
Sung Dong-il sebagai Sung Dong-il (bapa Deok-sun)
Lee Il-hwa sebagai Lee Il-hwa (ibu Deok-sun)
Ryu Hye-young sebagai Sung Bo-ra (kakak Deok-sun)
Choi Sung-won sebagai Sung No-eul (adik lelaki Deok-sun)

Keluarga Kim
Kim Sung-kyun sebagai Kim Sung-kyun (bapa Jung-hwan)
Ra Mi-ran sebagai Ra Mi-ran (ibu Jung-hwan)
Ahn Jae-hong sebagai Kim Jung-bong (abang Jung-hwan)

Keluarga Sun-woo
Kim Sun-young sebagai Kim Sun-young (ibu Sun-woo)
Kim Seol sebagai Sung Jin-joo (adik perempuan Sun-woo)

Penduduk/Jiran
Choi Moo-sung sebagai Choi Moo-sung (bapa Taek)
Yoo Jae-myung sebagai Ryu Jae-myung (bapa Dong-ryong)

Pelakon Sampingan

Lee Min-ji sebagai Jang Mi-ok (rakan Deok-sun)
Lee Se-young sebagai Wang Ja-hyun (rakan Deok-sun)
Song Young Kyu sebagai abang Sun-young
Lee Mi-yeon sebagai Sung Deok-sun dewasa
Kim Joo-hyuk sebagai Choi Taek dewasa
Jeon Mi-seon sebagai Sung Bo-ra dewasa
Woo Hyun sebagai Sung No-eul dewasa
Yong Young-jae sebagai Pengarah Persatuan Baduk Korea
Bae Yoo-ram

SINOPSIS REPLY 1988

1988, Duk-Sun (Lee Hye-ri), Jung-Hwan (Ryoo Joon-yeol), Sun-Woo (Ko Gyung-pyo) dan Dong-Ryong (Lee Dong-hwi) dan Teak ( Park Bo-gum) merupakan pelajar sekolah menengah.  Teak adalah seorang pemain Go.

Mereka berlima telah berkawan sejak kecil lagi. Membesar dalam kejiranan yang sama sampailah besar. Bukan hanya rapat dalam persahabatan, keluarga kawan kawan mereka pun dah dianggap macam keluarga sendiri.

Keluarga Duk-sun miskin dan mereka tinggal di rumah bawah tanah. Ayah Duk-sun, Dong-il (Sung Don-il) kehilangan wang gara-gara menjadi penjamin hutan orang lain. Duk-sun seorang bijak yang suka menyanyi dan menari. Dia selalu bertengkar dengan kakaknya, Bo-ra ( Ryoo Hye-young).

Jung-hwan sangat sukakan sukan bola sepak. Siapa sangka, dalam semalaman je keluarga Jung-Hwan menjadi kaya raya.

Sun-woo merupakan pelajar contoh di sekolah. Di rumah pula dia seorang anak lelaki dan abang yang baik kepada adik perempuannya. Ibu Sun-woo membesarkan mereka berdua sendirian selepas ayan Sun-woo meninggal dunia.

Lain pula dengan Dong-ryong yang suka menari dan selalu lepak dengan kawan-kawan yang 4 orang ni. Dia berhenti belajar di Universiti disebabkan gagal dalam akademik.

Taek adalah seorang pemain Go terkenal dan dikenali dengan gelaran God. Selepas berhenti sekolah, Duk-sun, Jung-hwan, Sun-woo dan Dong-ryong je lah kawan-kawan yang dia ada. Mereka selalu lepak di bilik Taek dan menghabiskan masa bersama. 

REPLY 1988 REVIEW

Daripada reply 1988 review, masing-masing seronok tonton reply 1988 dan mengharapkan Reply 1988 season 2!

Peralihan penceritaan sehingga dewasa, Reply series berlatar belakang kan peristiwa sejarah realiti kehidupan dari Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul sehingga kejatuhan Gedung membeli belah Sampoong 1995 yang telah mengorbankan lebih dari 500 orang.

Dramas like reply 1988 ni terkenal dan trending disebabkan penyampaian jalan cerita yang dekat dengan kehidupan kita. Kisah kekeluargaan, kawan dan juga kekasih. Tambah lagi ada sentimen nostalgia yang semua orang akan ingat kisah zaman kanak-kanak dulu.

Tengok cerita ni, mengimbau terus kenangan kawan-kawan zaman kecil dulu. Keluarga kita pun dah jadi macam keluarga kawan kita. Masing-masing kenal dan tak segan dah. Rindu pulak. Ada yang masih berhubung dan ada yang terus menghilangkan diri.

sumber : wikipedia

5 comments:

  1. ni housemate akak suka layan...akak tak minat pulak nak tengok..

    ReplyDelete
  2. kisah klu sentimental about masa silam, i love it

    ReplyDelete
  3. sukaaaaa drama Reply !! semua best..
    Hyeri ni comey betul.. kalau dia blakon mest tngk..

    ReplyDelete
  4. Suka tengok cerita yang dekat pada diri dan boleh mengimbau kenangan.
    Ada tertengok sedikit di tengah cerita rasanya masa itu di TV 8 atau NTV 7.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.