Indo Movie 4 Mantan

Masa dengar radio dalam kereta hari tu, Dina Nadzir ada recommend satu Indo Movie ni. Tajuk Movie dia 4 Mantan. Sebuah filem psiko yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang lepas.

4 Mantan dibintangi oleh Jeff Smith, Akja Dethan, Ranty Maria, Denira Wiraguna, Melayu nicole, Melanie Berentz dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hanny R. Saputra dan produksi oleh Raffi Ahmad, RA Pictures.

Indo Movie 4 Mantan
sumber : google

FILEM 4 MANTAN

Mula tayangan : 20 Februari 2020
Durasi : 81 minit (1jam 21 minit)
Pengarah : Hanny R. Saputra
Produser : Raffi Ahmad
Produksi : RA Pictures
Penulis skrip : Demas Garin bersama Thalitha Tan
Genre : Thriller

PELAKON DAN WATAK

  • Jeff Smith sebagai Alex
  • Akja Dethan sebagai Alex Kecil
  • Ranty Maria sebagai Sara
  • Denira Wiraguna sebagai Amara
  • Melayu Nicole sebagai Rachel
  • Melanie Berentz sebagai Airin
  • Mario Wiericx sebagai Devon
  • Cinta Brian sebagai Nio
  • Delano Daniel sebagai Marco
  • Jean-Marc Moeremans sebagai Ivan
  • Denny Weller sebagai Rayhan
  • Ayu Diah Pasha sebagai Mama Nio
  • Gary Iskak sebagai Papa Alex/Sara
  • Wani Siregar sebagai Mama Alex/Sara

SINOPSIS 4 MANTAN

4 Mantan mengisahkan tentang 4 gadis yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka adalah Sara( Ranty Maria), Airin (Melanie Berentz), Rachel (Melayu Nicole) dan Amara (Denira Wiraguna) kebetulan bertemu dalam satu kejadian yang berlaku.

Kejadian dimana kematian mantan kekasih mereka, Alex. Punca kejadian masih belum dikenalpasti lagi. Sebelum Alex meninggal dunia, dia sempat meninggalkan wasiat untuk 4 orang gadis ni. 

Sara,  Airin, Rachel dan Amara menerima surat masing masing selepas Alex meninggal. Mereka mula mengesyaki ada diantara mereka adalah pembunuh Alex. 

Dalam mereka berempat sibuk mencari cari siapa pembunuh Alex dan pengirim surat, mereka sentiasa diselubungi rasa takut dan ngeri. 

Siapakah pembunuh Alex sebenarnya? Adakah betul salah seorang mereka adalah pembunuh Alex? Atau hanya prank semata-mata? Kenalah tengok 4 mantan full movie.

Siapa suka tengok cerita seram, psiko dan kena banyak fikir ni boleh layan Indo Movie 4 Mantan ni. Selamat menonton.

sumber : wikipedia

11 comments:

  1. Fuhyoooo mcm best je ni. nak tengok gak la.. sula cerita psiko psiko gini.. huhu

    ReplyDelete
  2. wak x larat nk tgk ckter seram nih.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Saya suka filem macam ni. Thanks share Fizah. Lama tak layan filem Indonesia

    ReplyDelete
  4. Cerita misteri begini kalau jalan ceritanya menarik memang suka layan.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ini banyak betul drama, telefilem dan filem yang menarik jalan cerita.. Cuma sempat tengok atau tidak.

    ReplyDelete
  6. uish cite seram, kena fikir banyak kali dulu sebelum tengok..hehe

    ReplyDelete
  7. macam best ja tapi buat masa ni kena avoid cerita2 seram macam ni huhu

    ReplyDelete
  8. Baru tengok cerita ni beberapa hari lepas. Not bad gak plot twistnya 😊

    ReplyDelete
  9. menarik ni yg suspen & kena fikir sikit... hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.