Filem Petaka (Astro First)

Filem "Petaka", sebuah filem berunsurkan Islamik lakonan PU Azman, Nabila Huda, Azman Ahmad, Wan Maimunah, Jaja Jaja Iliyes, Coki dan ramai lagi akan ditayangkan pada 4 Februari 2021 nanti di Astro First (CH480).

Filem Petaka (Astro First)
sumber : astro


Sepatutnya Filem Petaka arahan Azhari Zain dijadualkan keluar pada bulan Disember lepas. Tapi ditunda atas sebab tertentu. Katanya masalah teknikal dan dalaman pihak produksi. Lama juga cerita ni diperam, bulan Februari baru muncul.

Filem Petaka ini diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd dengan kerjasama AA Success Pictures Sdn Bhd. Saksikan nanti dipawagam televisyen rumah masing-masing.

FILEM PETAKA

Waktu Tayangan : 4 Februari 2021
Siaran TV : Astro First (Ch 480)
Pengarah : Azhari Zain
Penerbit : Arie Zaharie Production Sdn Bhd dengan kerjasama AA Success Pictures Sdn Bhd 

PELAKON

  • PU Azman
  • Azman Ahmad
  • Nabila Huda
  • Wan Maimunah
  • Jaja Iliyes
  • Coki

SINOPSIS PETAKA

Mengisahkan tentang isu keldai dadah dimana menampilkan keburukan yang dikambing hitamkan untuk kepentingan sendiri. Akhirnya membawa petaka kepada orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Diselitkan juga elemen kekeluargaan serta harta pusaka.

12 comments:

  1. Ingat cerita hantu tadi.
    Harap dapat ditayangkan ikut tarikh.

    ReplyDelete
  2. Wah, PU Man pun dah berlakon filem.

    ReplyDelete
  3. Yaa. ada nampak haritu cite ni... PU Man ada.. mesti lawak ini. hehe.. tpai xdak astro go plak. huhu

    ReplyDelete
  4. semakin rancak PU Azman belakon..ade je muka dia hehee..kali ni jd watak utama ye dlm PETAKA ni..

    ReplyDelete
  5. Dh semakin maju ke dpn dh PU Azman... jd hero utama dh kan

    ReplyDelete
  6. Sedihnya kalau cerita tentang keldai dadah ni. Terbayang tali gantung jew.

    ReplyDelete
  7. PU Azman berlakon... tak dpt nak imagine ni... haha kena tgk la ni

    ReplyDelete
  8. Wah.. sinopsis dia nampak menarik dan mengujakan.. Boleh layan nie nanti..

    ReplyDelete
  9. kesian kan waktu skrg ni filem pun xboleh keluar wayang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.