Drama The Maid (Astro Ria)

Drama THE MAID lakonan utama Norman Hakim yang mempunyai empat isteri dan juga empat maid. Setiap isteri ada maid masing masing. Drama The Maid, drama genre komedi thriller yang akan ditayangkan pada 6 Januari 2021 akan datang.

Bersiaran setiap hari rabu, jam 9:00 malam di Astro Ria saluran 104. Drama The Maid arahan pengarah Helmi Yusof dan diterbitkan oleh  Juita Viden.

Drama The Maid (Astro Ria)
sumber : Astro Ria

DRAMA THE MAID

Jumlah episod : 10
Mula tayangan : 6 Januari 2021
Waktu siaran : Rabu, jam 9:30 malam
Siaran TV : Astro Ria & Ria HD
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Juita Viden

PELAKON DAN WATAK

  • Norman Hakim sebagai Jayden
  • Sherry Alhadad sebagai Suhana
  • Mira Filzah sebagai Elisa
  • Eina Azman sebagai Nadia
  • Ezzaty Abdullah sebagai Fika
  • Siti Khadijah Halim sebagai Citra
  • Nadya Syahera sebagai Juju
  • Ieda Moin sebagai Kak Mel
  • Nabil Aqil sebagai Remy
  • Andy Teh sebagai Bahar
  • Fad Anuar sebagai Jamal Badri
  • Zarina Zainoordin
  • Isha Norsham
  • Nadya Syahera
  • Ieda Moin

SINOPSIS THE MAID

Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Jay. Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay yang mempunyai empat orang isteri yang hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang.

Akan tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia. Hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya.

Konflik bermula dengan kematian isteri keempat Jay, Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay telah menjadi suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia isteri-isteri Jay terbongkar. Situasi lebih menjadi misteri bila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

apakah rahsia isteri isteri Jay tu? Siapakah dia dalang di sebalik kematian Elisa?

Nantikan drama The Maid di Astro ria rabu minggu depan.

5 comments:

  1. Ramainya pelakon leremluan, mesti kecoh kan hahaha

    ReplyDelete
  2. Hehe yang ini isteri-isteri dan pembantu rumah.

    ReplyDelete
  3. pelakon semua nampak promising kan ! nak tgk nak tgk

    ReplyDelete
  4. Kemain pelakon dia semua.. nampak menarik drama nie..

    ReplyDelete
  5. wahhh norman hakim jd hero? abis laa pelakon2 junior hahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.