Responsive Ad Slot

Showing posts with label Fenomena. Show all posts
Showing posts with label Fenomena. Show all posts

Fenomena Bulan Penuh (Supermoon) dan Bulan Biru Bakal Berlaku Bulan Ogos 2023

Pada bulan Ogos 2023, dijangkakan akan berlaku fenomena bulan penuh/ bulan purnama atau dipanggil Supermoon. Bukan satu, tapi dua fenomena iaitu bulan penuh, supermoon dan bulan biru. 

Supermoon atau Bulan Sturgeon dijangka berlaku pada 2 Ogos 2023. Manakala Supermoon yang disebut sebagai Bulan Biru terjadi pada 31 Ogos 2023.

Berdasarkan laporan Time and Date, kali terakhir fenomena “Bulan Biru” berlaku pada Disember 2009. Seterusnya pula akan berlaku pada Ogos 2032.

Selain dua fenomena bulan penuh ini, satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu bulan baru mikro pada 16 Ogos 2023, yang mana ketika ini orbit bulan berada pada kedudukan lebih jauh daripada Bumi.

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena ini sekiranya cuaca mengizinkan. Antara lokasi yang disyorkan untuk melihat fenomena ini adalah kawasan bukit, tanah tinggi, atas bangunan tinggi atau di tempat tinggi yang tiada halangan pandangan. 

Selain tempat tinggi, boleh juga melihat dari kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya.

Kalendar Astronomi Ogos 2023

Fenomena Supermoon Ogos 2023
sumber : mysa

2 Ogos 2023:  Bulan Penuh/ Bulan Purnama

Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 02:31. Supermoon pertama untuk tahun 2023 iaitu Bulan kelihatan lebih besar dan cerah berbanding Bulan Penuh yang lain.

Bulan pada Perigee

Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 357,311 km.

8 Ogos 2023 : Bulan Suku Akhir/ Ketiga

Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 18:28

10 Ogos 2023 : Utarid Pada Elongsi Paling Timur

Utarid pada elongasi paling timur iaitu 27.4 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam.

13- 14 Ogos 2023 : Hujan Meteor Perseids

Hujan Meteor Perseids boleh dilihat mulai 17 Julai sehingga 24 Ogos setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Perseids dijangka akan berlaku pada malam 13 Ogos 2023 hingga awal pagi 14 Ogos 2023 dengan purata 60 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana Bulan berada dalam fasa Sabit Tua (5.4%) semasa kemuncak berlaku.

16 Ogos 2023 : Bulan Baru

Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 17:38.

Bulan pada Apogee

Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 406,634 km.

24 Ogos 2023 : Bulan Suku Pertama

Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 17:57.

27 Ogos 2023 : Oposisi Zuhal

Planet Zuhal akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa oposisi, Zuhal akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aquarius pada jarak sekitar 10 AU dari Matahari dan hampir 9AU dari Bumi. Diameter ketara Zuhal sebanyak 19 saat arka dengan magnitud ketara (kecerahan) dijangka sekitar 0.4.

30 Ogos 2023 : Bulan pada Perigee

Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 357,181 km.

31 Ogos 2023 : Bulan Penuh/ Bulan Purnama

Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 09:38. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2023 yang juga dikenali sebagai “Supermoon”.

Nota penting
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.

sumber : https://www.mysa.gov.my/kalendar-astronomi-ogos-2023-2/ | syok

Fenomena Bau Wangi Waktu Malam. Apakah?

Akhir-akhir ni kecoh di media sosial tentang bau wangi waktu malam di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Seremban sampai ke negeri utara nun, Pulau Pinang. Bauan wangi yang menjadi tanya sekalian netizen. Bau apakah? Sebab saya di Seremban tak pula ter bau wangi yang dimaksudkan.

Kita ni pantang kalau tiba-tiba bau wangi waktu malam, ada je perkara menakutkan yang berlegar-legar di fikiran. Tak lain tak bukan berkait dengan perkara mistik. Tak pontianak, paranormal ataupun makhluk-mahluk ghaib.

Bau wangi waktu malam yang menjadi tanya semua orang ni sebenarnya bauan bunga-bungaan. Fenomena bau wangi waktu malam ini adalah fenomena yang biasa terjadi semasa bulan penuh (full moon).

Semasa bulan penuh, bunga sedang berada dalam fasa 'peak blooming'. Terutama sekali pada waktu malam. Antara bunga yang dikaitkan dengan bau wangi waktu malam ni adalah bunga kemboja, bunga melor, bunga melati, bunga kenangan dan bunga Bakawali.

Tapi antara salah satu bunga tersebut memang agak misteri jugalah, iaitu bunga bakawali.

Bunga Bakawali

Bunga bakawali sifatnya tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Bunga bakawali akan menjadi layu apabila terkena cahaya matahari. Ciri marfologi bunga ini berwarna putih bersih ini amat berbeza kerana kelopaknya mula terbuka sekitar jam 9.00 malam dan mekar sepenuhnya apabila detik jam 12.00 tengah malam. Layunya pula sebelum subuh.

Fenomena Bau Wangi Waktu Malam
sumber : wikimedia

Bentuk bunganya yang indah dipandang apabila ia berkembang ketika bulan mengambang. Pada waktu yang sama juga selalu didapati bunga bakawali mengeluarkan bau yang begitu wangi sehingga dapat dihidu jauh ke seluruh kawasan sekitar. Ada orang yang mengatakan aroma atau baunya seolah-olah minyak wangi atau bedak talkum yang mengasyikkan.

Orang zaman dahulu menyakini bunga tersebut mempunyai 'penunggu' atau 'penjaga' terutamanya semasa ia sedang kembang. Selain itu ia juga mendapat jolokan sebagai 'Ratu Malam' dan 'Kaktus Bulan'.

Nama lain bunga bakawali : Epiphyllum oxypetalum (Queen of the night), Nishagandhi flower, Wijaya Kusuma Flower, Brahma Kamal Flowers

sumber : animhosnan

Bila baca tentang bunga Bakawali ni agak seram juga. Banyak perkara mistik dan kepercayaan dari masyarakat Melayu dan Cina tentang bunga ini. Jarang nampak orang tanam bunga Bakawali ni. Nak tanam bunga bakawali ni ada pantang larang juga dengarnya.

Pokok bunga Bakawali sangat misteri suka dibelai dengan perhatian kasih sayang. Orang dulu-dulu kata pokok bunga bakawali ada penjaganya, seorang puteri macam pari-pari. Orang-orang Melayu juga percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina pula, pokok bunga Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada setiap dahan. 

Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah. Bunga bakawali ni juga mahal harganya.

Begitulah diringkaskan ceritanya tentang bunga bakawali ni. Bunga bakawali yang penuh misteri dan kisah seramnya. Wangi wangi tapi seram risau juga kan. Orang dulu kata, kalau bunyi ke, bau ke jangan ditegur. Mesti ada 'sesuatu'.

Yang bau tu mesti berdekatan rumah tu ada orang tanam bunga bakawali atau berdekatan di nursery kan. 

sumber cerita :https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=437301

Fenomena Istiwa Adzam, Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat

Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat semasa fenomena Istiwa Adzam dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Peristiwa Istiwa Adzam membolehkan umat Islam melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih tepat. 

Istiwa Adzam (Matahari tegak di atas Kaabah)

Istiwa' utama matahari atau istiwa' adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari transit (Istiwa) akan berada di titik Zenith ketika istiwa'. Fenomena Istiwa Adzam berlaku 2 kali setahun.

Semasa fenomena Istiwa Adzam terjadi, semua bayang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.

Istiwa Adzam Matahari Tepat Atas Kaabah 2023

Keadaan ini membolehkan kita membuat semakan arah kiblat yang tepat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketetapan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketetapan arah kiblat yang tepat.
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Kaabah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan.—Al-Baqarah 2:149

 

Tarikh dan masa Istiwa Adzam di Malaysia

Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi tahun 2023 peristiwa Istiwa Adzam ini akan berlaku pada 2 tarikh dan masa iaitu :
  • 28 Mei 2023, jam 5:18 petang
  • 16 Julai 2023, jam 5:26 petang

nota
Jika tahun lompat, fenomena Istiwa Adzam akan jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.

Cara semak arah kiblat semasa Istiwa Adzam

Untuk semakan yang tepat seharusnya semasa berlakunya Istiwa’ A’dzam (kedudukan matahari tepat di atas Kaabah). Pada 28 Mei 2023 (jam 5.16 petang) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Berikut adalah merupakan cara semakan arah kiblat iaitu :
  1. Sediakan bahan yang diperlukan seperti kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak atau yang boleh berdiri tegak), masking tape, pen marker.
  2. Pastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia (semak jam waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).
  3. Pacakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang). Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat
  4. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  5. Pada tepat jam 5.16 petang, tandakan garis bayang yang terhasil. Gunakan pen marker atau lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 untuk tulis/tandakan arah kiblat
  6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
  7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

nota
Garisan daripada bayang matahari tersebut akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan ianya merupakan arah kiblat yang tepat. Atau boleh gunakan panduan seperti di bawah

Panduan membuat semakan arah kiblat semasa Istiwa Adzam

Panduan membuat semakan arah kiblat semasa Istiwa Adzam
sumber : spa bekam ar rayyan. Waktu terkini 5.18 (28 Mei) dan 5.26 (16 Julai)
  1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari.
  4. Penyamakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM.
  5. (Contoh : waktu di tv / dail 1051)

Untuk maklumat lanjut mengenai Istiwa Adzam bagi semakan arah kiblat, layari facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

11 Cara Dan Tips Sejukkan Udara Dalam Rumah Secara Semulajadi Dengan Mudah Tanpa Keluar Modal

Musim panas sekarang tak boleh nak dibawa berunding. Pasanglah kipas banyak mana pun, kalau dah bahang tu tetap bahang. Betul-betul duduk menghadap kipas pun terasa bahangnya. Ibarat macam ditiup angin panas dan macam sauna pun ada.

Di platform TikTok tu bermacam-macam cara kreatif orang buat untuk sejukkan udara dalam rumah tanpa aircond. Antaranya letak sprinkles air atas atap, letak air batu depan kipas, letak air batu dalam bekas kabus lah dan macam-macam lagi. 

baca juga : tips mudah sejukkan rumah ketika musim panas

Selain itu, boleh cuba cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Sebelum tu, antara yang kita perlu tahu ialah :
  • Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam
  • Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah
  • Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekakan rendah
  • Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

1. Halakan kipas ke ketulan ais batu dan membasuh pakai pada waktu malam

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Bila menghalakan kipas angin ke ketulan ais batu, akan menghasilkan angin yang sejuk. Cara yang berkesan tapi perlu menyediakan ketulan ais batu yang secukupnya pada waktu yang diperlukan. 

Konsep membasuh pakaian pada waktu malam mungkin hanya terpakai untuk mereka yang membasuh baju dan menyidai pakaian dalam rumah. Mungkin pakaian basah akan menyejukkan udara dan dalam pada masa yang sama cepat kering sebab haba panas. Adakah begitu konsepnya?

2. Buka dua tingkap di depan dan belakang pada waktu malam 

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Di tingkap belakang, halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas ke luar rumah. Ini mewujudkan negative pressure dalam rumah, angin sejuk akan masuk melalui tingkat depan rumah. 

Saya pernah cuba cara ni dalam bilik di kampung, memang berkesan. Kurang lah sikit rasa bahang panas tu. 

3. Gunakan langsir blackout

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Gunakan langsir blackout untuk menyekat cahaya matahari yang panas terik masuk ke dalam rumah.

4. Gerakkan kipas arah lawan jam

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Sesetengah kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise) angin akan di tiup dari atas ke bawah memberi kesan penyejukan. 

5. Bersihkan kipas dan penapis air cond

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Rajinkan diri untuk membersihkan habuk pada bilah kipas dan juga penapis air cond yang berhabuk tebal. Kipas yang tebal habuk memang berputar lebih perlahan dan air cond kurang sejuk.

6. Kurangkan perabot dan kemas rumah

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

dengan mengurangkan perabut dan kemas rumah dapat memberikan ruang yang lebih luas tanpa habuk, secara automatiknya ruang rumah lebih berangin.

7. Gunakan kampu LED

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Gunakan lampu LED dan tutup lampu yang tidak perlu. Lampu LED mengeluarkan haba yang kurang berbanding lampu lama. Lampu LED juga jauh lebih terang dan menjimatkan penggunaan elektrik.

8. Tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Tutup segala peralatan elektrik yang tidak digunakan. Ini kerana alatan elektrik mengeluarkan haba. Lagi kurang penggunaan barang elektrik, maka kuranglah haba yang dikeluarkan. Jadi, kuranglah panas sikit.

9. Masak masakan yang ringkas

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Masak masakan yang ringkas dan mudah. Kurangkan memanggang, membakar kerana banyak haba dibebaskan. Kalau boleh musim panas ni taknak berlamaan di dapur sebab haba panas tu. Bagus juga ni masak menu ringkas mudah dan cepat.

10. Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22-25 sahaja

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22-25 sahaja tanpa perlu tetapkan suhu 16 terlebih dahulu. Cukup suhu 20-25. Jangan dera aircond anda dengan memaksa ia bekerja sehingga ruang menjadi 16 darjah Celsius. Aircond akan cepat rosak dan bil elektrik akan melambung tinggi.

11. Jirus air di permukaan lantai luar pada lewat waktu petang.

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Paling mudah, jirus air di permukaan lantai luar rumah pada lewat petang sebab petang tu kemuncak waktu panas. Jadi malam tu akan rasa sejuk sikit. Boleh juga guna kaedah yang sama, jirus air atas atap atau dinding luar rumah.

Boleh cuba mana-mana cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi seperti di atas. Mana yang mudah dan tak makan modal banyak, bolehlah cuba. Dapat kurangkan sejuk pun jadilah kan. 

Musim panas ni kadang on air cond pun boleh berpeluh dan kadang tak berselimut pun. Kuat betul cuaca panas sekarang kan.

sumber info dan images : Public Health Malaysia

Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia Pada 20 April 2023 Dan Gerhana Matahari Hibrid

Fenomena Gerhana Matahari Separa di Malaysia dijangka akan berlaku pada hari Khamis 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadhan 1444H bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia di beberapa kawasan.

Bila waktu berlaku Gerhana Matahari Di Malaysia

Gerhana Matahari Separa di Malaysia dijangka berlaku bermula pada pukul 11:05 pagi dan berakhir padapukul 12:47 tengahari (tempoh masa selama 01 jam 42 minit). Kemuncak gerhana dijangka berlaku pada pukul 11:55 pagi.

Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Dalam keadaan ini, Bulan akan berada di antara Bumi dan Matahari dalam kedudukan segarisan yang mana Bulan akan menutupi cahaya matahari sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Untuk Gerhana Matahari pada kali ini, Bulan akan menutup 8.4% daripada keluasan saiz jasad Matahari.

Waktu melihat fenomena Gerhana Matahari Separa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa bermula 11:00 pagi hingga selewat-lewatnya 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.

Di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau.

Rujuk jadual waktu melihat gerhana matahari di seluruh Malaysia

jadual waktu melihat gerhana matahari di seluruh Malaysia

Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. 

Rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.

Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia

Cara melihat Gerhana Matahari Separa

MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.

MOSTI turut menasihatkan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa untuk tidak berada terlalu lama di bawah sinaran matahari yang boleh menyebabkan nyahhidrat atau kehilangan terlalu banyak air daripada badan.

1. Cermin mata gerhana (eclipse glasses) 
Menurut MOSTI, Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.

2. Teleskop
Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat, selain mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan.

3. Aplikasi
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku. Anda boleh juga menyemak waktu dan laluan Gerhana Matahari tersebut dengan merujuk kepada peta gerhana interaktif oleh Xavier Jubier.

4. Penstriman lansung di media sosial
Selain itu, penstriman langsung di laman Facebook dan Youtube Planetarium Negara turut disediakan, dengan imej yang bakal dikongsikan adalah fenomena gerhana di Malaysia atau imej yang diambil daripada lokasi lain di seluruh dunia yang turut mengalami gerhana matahari hibrid atau separa.

Kenampakan fenomena gerhana matahari separa juga amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di sesuatu lokasi ketika kejadian gerhana sedang berlaku.

Sekiranya sesuatu lokasi mengalami litupan awan tebal atau mendung atau mungkin juga hujan, maka fenomena gerhana matahari separa tidak dapat disaksikan dari lokasi tersebut.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.

Apakah Gerhana Matahari Hibrid

Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.

fenomena gerhana matahati hibrid 2023

Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.

Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).

Bila waktu berlaku Gerhana Matahari Hibrid

Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan. Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.

Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.

Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat. Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat). 

Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
  • Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
  • Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
  • Antumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.
  • Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
  • Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
  • Litupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum

Sehubungan itu, masyarakat Islam digalakkan mengambil peluang ini dengan melakukan Solat Sunat Gerhana sama ada secara bersendirian atau secara berjamaah.

sumber info dan images : muftiselangor, mysa

Doa Ketika Musim Hujan Dan Banjir

Hujan adalah rahmat Allah SWT kepada manusia dan ketika hujan turun ia merupakan antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Allah berkuasa untuk menarik balik rahmat itu dan menjadikannya musibah kepada manusia disebabkan kerakusannya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Turunnya hujan dari langit datang bersama keberkatan yang memberi manfaat yang besar kepada hamba-Nya di muka bumi. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Dan Kami menurunkan daripada langit air yang berkat.—Surah Qaf ayat 9
Dengan turunnya air hujan itu kehidupan di bumi akan dapat hidup dan memberi asbab kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membiak dengan subur.

Doa Ketika Musim Hujan Dan Banjir
sumber : suaramuslim

Umum kita tahu di Malaysia, Monsun Timur laut bertiup dari November hingga Mac yang membawa hujan lebat di kawasan pantai timur Semenanjung dan di kawasan barat Sarawak seperti dikhabarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Disebabkan situasi ini, curahan hujan di kawasan tertentu mengalami peningkatan air yang ketara sehingga menyebabkan berlaku banjir di kawasan yang rendah. Ketika ini, kawasan Pantai Timur dan Sarawak sedang mengalami banjir teruk. 

Cuaca buruk yang berlarutan mengakibatkan keselamatan terancam dan kerosakan harta yang cukup besar.

Doa di musim hujan dan banjir

Sebagai hamba Allah yang lemah, digalakkan untuk berdoa walau dalam apa jua keadaan. Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat bagi memohon pertolongan dan rahmat daripada Allah SWT.

Doa ketika hujan dan banjir


اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya : 
Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan. —Riwayat Al-Bukhari (1014)

 

Doa ketika mendung dan langit diselimuti awan hitam

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
Bacaan rumi : Allohumma inna na’uzu bika min syarri ma ursila bihi
 
Maksudnya :
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya (mendung)

Doa ketika hujan turun sangat lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
Bacaan rumi : Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari

Maksudnya :
Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.—Hadis riwayat al-Bukhari

 

Doa ketika mendengar petir

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه

Bacaan rumi : Subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi

Maksudnya:
Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud :
Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.—Riwayat Imam Malik

 

Doa ketika hujan berhenti

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِه
Bacaan rumi : Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih
Maksudnya : 
Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah
Semoga Allah permudah segala urusan para penyelamat serta mangsa-mangsa banjir yang sedang diduga dengan hebat ketika ini. 

Aamiin ya rabbal 'alamin...

Risau, Segamat banjir lagi. Baru je nak hilang kesedihan banjir terburuk tahun 2022 sampai ban pecah, kali ni banjir air naik laju dan berkemungkinan juga pecah untuk kali kedua. 

Fenomena Istiqbal, Planet Marikh Kelihatan Lebih Terang Daripada Biasa Pada 8 Disember 2022

Fenomena istiqbal planet Marikh atau oposisi planet Marikh (Mars Opposition) dijangkakan akan berlaku pada hari Khamis, 8 Disember 2022 selepas fenomena istiqbal planet Musytari pada 26 September lalu. Peminat astronomi di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan kejadian sama yang melibatkan planet Marikh pada hari ini.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), Semasa fenomena nadir (ganjil) berlaku, planet Marikh akan kelihatan lebih terang berbanding kebiasaannya kerana ketika itu permukaan Marikh yang menghadap bumi akan disinari matahari sepenuhnya dan boleh dilihat begitu terang daripada kedudukan biasa.

Maksud Istiqal (Astronomi)

Dalam astronomi kedudukan, dua objek astronomi dikatakan beristiqbal. (Jawi : ‏استقبال‎‎ serapan Bahasa Arab: اِسْتِقْبَال)

Istiqbal terbitan bentuk kata kerja قَابَلَ‎ qābala "berhadapan, menghadap", beroposisi (Bahasa Inggeris: Opposition) atau bertentangan (Jawi: ‏برتنتڠن‎‎) ketika berada di sisi berlawanan dalam sfera cakerawala, seperti yang diperhatikan dari jasad tertentu (biasanya Bumi).

Sebuah planet (atau asteroid atau komet) dikatakan "beristiqbal" ketika bertentangan dengan Matahari. Disebabkan kebanyakan orbit dalam Sistem Suria adalah hampir sesatah kepada ekliptik, ini berlaku apabila matahari, bumi, dan badan dikonfigurasi dalam talian lebih kurang lurus  atau sizigi iaitu Bumi dan badan berada dalam arah yang sama seperti yang dilihat dari Matahari.

Planet Marikh

Planet Marikh merupakan planet keempat dari Matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi. Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana permukaannya yang berwarna kemerahan apabila dilihat dari langit.

fenomena istiqbal planet marikh 8 disember 2022
sumber : mysa


Marikh mempunyai dua bulan sebagai satelit semula jadi iaitu Phobos dan Deimos yang saiz cukup kecil sehingga menyerupai asteroid.

Jarak planet ini daripada matahari ialah 230 juta kilometer dengan satu pusingan orbitnya memakan masa 687 hari bumi manakala sehari di situ bersamaan 24 jam 39 minit 35 saat.

Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan. Kali terakhir ianya berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020 dan seterusnya pada 15 Januari 2025.

Semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari Matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi. Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.

Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas Matahari terbenam (pada waktu maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023.

Waktu melihat fenomena Istiqbal/ Oposisi planet Marikh

Dijangkakan fenomena Istiqbal planet Marikh pada pukul  9:00 malam waktu Malaysia. Jangan lupa saksikan fenomena istiqbal Marikh malam ini.

waktu melihat fenomena istiqbal planet marikh 8 disember 2022

Fenomena Istiqbal Planet Marikh

Istiqbal atau Oposisi merupakan keadaan di mana sesebuah planet menghadap Bumi dalam satu garis lurus dan pada masa sama mereka berada bertentangan dengan Matahari. Dari sudut astronomi pula, Istiqbal ini adalah suatu kedudukan yang berhadapan atau bertentangan ketika berada di sisi berlawanan dalam sfera cakerawala.

apakah fenomena istiqbal planet marikh 8 disember 2022

Detik Istiqbal ditakrifkan apabila garis lintang cakerawala geosentrik menunjukkan perbezaan ketara sebanyak 180° darjah dari garis bujur geosentrik Matahari. Dalam bidang astronomi, Istiqbal diberikan simbol ☍ (U+260D).

Cara melihat fenomena Istiqbal/ Oposisi planet Marikh

Sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, fenomena istiqbal planet Marikh boleh dilihat menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam. 

Sekiranya ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, digalakkan menggunakan teleskop.

Imej planet itu akan tampak seperti titik terang kemerahan dan tidak pun berkelip sehingga menghala ke arah barat menjelang pertengahan Ogos 2023

15 ringkasan fakta tentang fenomena istiqbal planet Marikh

  1. Planet Marikh merupakan planet keempat dari matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi.
  2. Planet Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana warna permukaannya yang kemerahan apabila dilihat dari langit.
  3. Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.
  4. Menurut NASA, planet Marikh akan bergerak ke bahagian timur dan matahari pula akan terbenam di bahagian barat.
  5. Selepas berada di langit sepanjang malam, planet Marikh akan terbenam di sebelah barat. Manakala matahari pula akan terbit di sebelah timur.
  6. Permukaan planet Marikh juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi.
  7. Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.
  8. Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas matahari terbenam (pada waktu Maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023.
  9. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Marikh menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam.
  10. Marikh akan kelihatan sebagai titik yang terang kemerahan dan tidak berkelip.
  11. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, penggunaan teleskop adalah digalakkan.
  12. Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan.
  13. Oposisi yang berlaku pada tahun 20223 merupakan pendekatan yang paling dekat sekali dalam jangka masa 60,000 tahun.
  14. Kali terakhir planet Marikh berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020.
  15. Oposisi planet Marikh yang seterusnya dijangka berlaku pada15 Januari 2025.

Nota
Taurus ialah buruj zodiak yang berlambangkan lembu jantan.
Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x108 km
Diameter ketara ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.

sumber : mysa | sinarplus | wikipedia

Waktu Melihat Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022 Di Malaysia

Pada hari ini 8 November 2022, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, Gerhana Bulan Penuh mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1.

Gerhana bulan penuh hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang waktu Malaysia. Tempoh waktu berlakunya Gerhana Bulan Penuh adalah selama 85 minit.

Waktu Melihat Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022 Di Malaysia

Fenomena Gerhana Bulan Penuh tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.

Pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

Waktu Melihat Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022 Di Malaysia
sumber : izzraiffharz

Fasa Gerhana Bulan Penuh

6:53 pm : Bulan baru naik naik
6:59 pm : Gerhana penuh maksimum
7:41 pm : Gerhana penuh berakhir
8:49 pm : Gerhana separa berakhir
9 : 56 pm : gerhana penumbra berakhir

Bagaimana gerhana bulan penuh berlaku?

Berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalm kedudukan tepat sebaris.

Gerhana bulan penuh 8 November 2022
sumber : MuftiWP


Lokasi dan waktu boleh melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh?

  • Dapat dilihat dari kawasan Asia, Australia, Pasifik dan sebahagian Amerika serta sebahagian utara dan timur Eropah.
  • Kelihatan di ufuk timur pada waktu maghrib ketika bulan terbut.
  • Bagi kawasan semenanjung Malaysia, Gerhana Bulan Penuh boleh dilihat ketika Fasa Kemuncak Gerhana Bulan sehingga tamat.
  • Bagi kawasan Labuan, fenomena ini boleh dilihat ketika Fasa Gerhana Penuh bermula
  • Bagi Kuala Lumpur, bulan telah berada dalam Fasa Kemuncak Gerhana Penuh ketika terbit dan kelihatan kemerahan.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh dalam Islam

Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.” – Surah Yasin : ayat 39

Gerhana Bulan  tanda kekuasaan dan kebesaran Allah

Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi ia merupakan suatu “Sunnatullah” yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Fath:

سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا

Maksudnya : “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.” – Surah Al-Fath : ayat 23

Kekuasaan Allah Taala tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari bukti-bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan Allah Taala dalam peredaran bulan, matahari dan b umi adalah kejadian Gerhana Bulan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)” – Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.

Gerhana Bulan Penuh 'Berdarah' atau disebut juga Super Flower Blood Moon merupakan tanda keagungan Allah SWT dan tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah pada masa dulu.

Tindakan apabila fenomena gerhana bulan penuh berlaku, umat Islam digalakkan membaca doa gerhana bulan penuh dan mendirikan solat sunat dua rakaat.


sumber : https://muftiwp.gov.my/falak/bayan-al-falak/2532-bayan-falak-siri-1-fenomena-gerhana-bulan-bukti-kekuasaan-dan-kebesaran-allah-taala

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah (Super Flower Blood Moon) 8 November 2022

Fenomena Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' kali terakhir berlaku pada 26 Mei 2021. Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' atau disebut juga Super Flower Blood Moon akan berlaku lagi pada hari Selasa, 8 November 2022. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.

Gerhana bulan adalah tanda keagungan Allah SWT dan tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah. Tindakan apabila fenomena gerhana bulan penuh berlaku, umat Islam digalakkan membaca doa gerhana bulan penuh dan mendirikan solat sunat dua rakaat.


Bilakah gerhana bulan berlaku?
Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, Gerhana Bulan penuh mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1, gerhana tersebut hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang pada 8 November 2022.

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH  NOVEMBER 2022
sumber : mysa.gov.my

Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022

Fenomena Gerhana Bulan Penuh berlaku pada hari Selasa 8 November 2022 dimana akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km.

Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.

Maksud gerhana bulan penuh merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.

Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

Gerhana Bulan Penuh 2022 di Malaysia

Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh

Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.

Pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

  • Magnitud gerhana umbra (Umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
  • Gamma ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.
  • Central Lunar Eclipse berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi ketika gerhana. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.

KALENDAR ASTRONOMI NOVEMBER 2022
sumber : mysa.gov.my

– 1 November 2022 : 
Bulan Suku Pertama
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 14:37

– 8 November 2022 : Gerhana Bulan Penuh
Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu Malaysia dan dapat dilihat dari tenggara Eropah, Asia, Australia, Pasifik dan Amerika. Di Malaysia, fenomena tersebut tidak dapat kelihatan secara keseluruhan kerana fenomena ini mula berlaku semasa hari masih siang dan Bulan masih berada di bawah ufuk.

Ia dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur, ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56.

Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh :
• Penumbral bermula: 16:02
• Separa bermula: 17:09
• Maksimum: 19:00
• Separa berakhir: 20:49
• Penumbral Berakhir: 21:56

Bulan Penuh/ Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 19:02

– 16 November 2022 : 
Bulan Suku Akhir/ Ketiga
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 21:27

– 18 November 2022 : 
Kemuncak Hujan Meteor Leonids
Hujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai 6 hingga 30 November. Kemuncak Hujan Meteor Leonids berlaku pada awal pagi 18 November 2022 dengan purata 10 meteor per jam dalam keadaan langit gelap. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan fasa bulan suku ketiga semasa kemuncak berlaku.

– 24 November 2022 : 
Bulan baru
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57

– 30 November 2022 : 
Bulan Suku Pertama
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai jam 16:58 dan berakhir pada jam 21:02 waktu Malaysia. Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 22:36

Doa Gerhana Bulan penuh

Berikut bacaan doa memohon ampun kepada Allah SWT semasa gerhana bulan.

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullaahal 'azhiim
Ertinya: "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung."

Bacaan takbir semasa gerhana bulan.

اللهُ أَكْبَرُ
Allaahu akbar

Ertinya: "Allah Maha Besar"

Bacaan zikir seperti takbir, tasbih, tahlil, dan tahmid selengkapnya adalah Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adzim

Ertinya: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar"

Cara solat sunat gerhana bulan

cara solat sunat gerhana bulan penuh

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut :

Rakaat Pertama
  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa Iftitah.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara dua sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  7. Iktidal.
  8. Sujud dan membaca tasbih.
  9. Duduk antara dua sujud.
  10. Sujud kembali.
  11. Membaca tasyahud akhir.
  12. Memberi salam.

Sumber rujukan : 
1. https://www.mysa.gov.my/category/announcements/
2. https://muftiwp.gov.my/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018
3. Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/

Letups Warna Inai Che Ta Maroon Rose Special Edition

Di sini rancak, di sana rancak isu inai viral sekarang. Yang saya tahu inai yang tengah hype sekarang inai Che Ta dan inai Neelofa lah. Inai lain macam tak perasan pula. Ada yang kata pakai inai, warna kuku jadi macam kena sepit pintu lah, derhaka cara pakai lah, kenapa inai tak sekata lah. 

Macam - macam hal.

Dia macam ni, sebenarnya hasil pakai inai tu berbeza pada setiap orang. Bergantung pada setiap individu tu. Jenis kuku cantik, warna kulit cerah nampak cantiklah dia. Tengok orang pakai cantik, saya pun nak terjebak jugalah pakai inai. 

Kalai terakhir pakai inai masa kahwin. Lama dah tu. Nak kata minat sangat tu tak ada lah. Cuba pakai inai Che Ta. Sebab nak membelinya pun dekat. Alang-alang encik suami beli ayam geprek kat ZA Cafe, kita pun tumpanglah kirim beli inai Che Ta sekali. 

Harga inai Che Ta

Ingatkan nak beli inai Che Ta RM15 sebotol tu je. Konon nak cuba je lah. Pek RM15 tu tak ada kata encik suami. Dia beli je Inai Che Ta special edition harga RM30 sekotak warna maroon rose. Tak pasti pulak ada pilihan warna lain atau special edition warna ni yang specialnya. 

inai che ta maroon rose special edition review

Kotak packaging dia exclusive sangat. Warna kotak mengikut warna tema inai Che Ta. Dengan pakaian tradisional tu. Wahh sangat kan. 

Dalam kotak special edition combo ni ada dua kotak dalamnya. Kotak packaging dalam ni pun cantik juga. Warna dan corak menarik.

inai che ta maroon rose special edition review

Inai Che Ta didatangkan dalam bentuk botol bermuncung tirus yang bertutup untuk memudahkan pemakaian inai, kemasan inai dan penyimpanan inai.

Nas Zahrin dan Rozita Che Wan bersama hasilkan inai instant Mazaville dengan harga inai Che Ta yang berpatutan. Warna inai Che Ta ni pun cantik, maroon rose persis warna inai asli.

inai che ta maroon rose special edition review

Excited nak pakai inai Che Ta sebab tengok warna dia letup! Balik rumah tu terus pakai. Kecewa sikit sebab macam bertompok-tompok hasilnya. Itulah tak ikut peraturan pakai inai. Saya kikis guna pengikis kuku, lepas tu buff kuku. Baru pakai semula.

Cara pakai inai Che Ta

  1. Buff kuku dengan permukaan kasar
  2. Pakai inai dan sekata kan. Tebal sikit pun takpa, nanti kering dia akan nipis sekata.
  3. Pakai sampai betul-betul kering. Saya pakai 1 jam lebih.
  4. Tanggalkan lapisan inai
  5. Buff sekali lagi guna buff permukaan licin
  6. Nak effect bersinar, boleh polish kuku

Mudah untuk tanggalkan inai yang dah kering. Beginilah rupa inai yang dah kering. Dari tebal dia jadi nipis dan melekap pada kuku.

inai che ta maroon rose special edition review
17 Julai 2022


Lepas saya tanggalkan lapisan inai, saya tak buff dan tak polish, lepas tanggalkan lapisan inai saya terus basuh. Warna inai Che Ta melekat betul dan tak luntur lansung. 

inai che ta maroon rose special edition review

Inilah hasilnya selepas cuci tanpa buff dan tanpa polish. memang letup warnanya. Suka suka suka. Warna inai pun sekata je. Barulah okay percubaan kedua. Jangan silap pakai, confirm tak cantik. Jadi, jangan derhaka! Sila buff dulu kuku sebelum pakai.

inai che ta maroon rose special edition review
17 Julai 2022


Ingat Inai letups, Ingat Che Ta

Begitulah slogan inai Che Ta. Tak dinafikan memang warna maroon rose inai Che Ta letups! Walaupun kuku saya kuku cawan je. Don't care! Siapa yang berkuku gelas tu mesti lagi cantik pakai inai macam ni. Agak comot sikit pakai. struggle juga nak pakai inai ikut acuan kuku tu. Tak sah kalau tak comot.

Kalau pakai 2 lapis ni mesti lagi cantik warnanya gelap sikit. Tapi pakai selapis pun dah rasa cantik sangat warnanya, kan?

Dalam masa seminggu saya pakai, warnanya tak terus luntur jadi oren. Cuma hujung je yang kelihatan oren sikit. Masih lagi warna merah maroon yang cantik. Cuma itulah, kuku cepat pulak bertumbuh. 

inai che ta maroon rose special edition review
22 Julai 2022

Beberapa hari selepas tu, saya buff bagi hilangkan kesan gelap tu. Baru warna sekata tapi warna pudarlah sikti jadi oren. Kalau taknak buff, warna maroon rose tu maintain lama sikit lah.

inai che ta maroon rose special edition review
29 Julai 2022

Inai Che Ta sah solat

Inai Che Ta adalah inai pertama yang melakukan ujian terhadap kuku manusia sebenar. Produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September.

rujuk : https://www.hmetro.com.my/setempat/2022/09/882761/inai-che-ta-telap-air-sah-solat

Teringat pula pokok inai kat kampung encik suami. Susah nak cari pokok inai sekarang ni kan. Nanti bolehlah kita cuba-cuba buat inai tradisional juga. Campur dengan air teh dan juga limau kesturi ikut petua orang lama-lama untuk jadikan inai pekat.

pokok daun inai



Hari Bumi (Earth Day)

Tarikh 22 April, dunia meraikan Hari Bumi atau Earth Day. Tujuan Hari Bumi disambut untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar untuk generasi akan datang.

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar setiap tahun akan menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar.

Perubahan iklim (climate change)

Perubahan iklim berlaku mungkin kerana proses semulajadi dalaman bumi, pendorong luaran, ataupun perubahan antropogenik terus menerus dalam komposisi atmosfera dan penggunaan tanah. 

Perubahan Iklim ditakrif sebagai perubahan iklim yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan tambahan terhadap kepelbagaian iklim semulajadi untuk tempoh masa yang dapat dibandingkan.

hari bumi sedunia 2022
sumber : Tirto


Hari Bumi (Earth Day)

Sambutan Hari Bumi atau Earth Day diraikan pada tarikh 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.

Sejarah Bumi

Hari Bumi Sedunia mula diraikan pada tarikh 22 April 1970. Semasa konferensi UNSEO pada tahun 1969 di San Fransisco, aktivis perdamaian John McConnell mencadangkan untuk menghargai tanah air. 

Namun, Hari Bumi Sedunia sebelumnya dicadangkan untuk diadakan pada tanggal 21 Mac 1970, hari pertama musim semi di belahan bumi utara.


Siapakah pengasas Earth Day

Kemudian, Senator A.S. Gaylord Nelson, seorang Demokrat dari Wisconsin, mencadangkan pula untuk meraikan pada peringkat nasional pertama pada tanggal 22 April 1970 dan menamainya 'Hari Bumi.


Tema Hari Bumi 2022

Tema Hari Bumi 2022 adalah "Invest In Our Planet" Bertindak dengan cara yang berani, berinovasi secara luas, dan menerapkan secara adil. Tema ini masih berkaitan dengan tema Hari Bumi 2021, "Restore Our Earth" dan tema Hari Bumi 2020, "Climate Action."

Marilah kita sama-sama jaga bumi kita. Jaga alam sekitar serta hijaukan bumi juga dapat mengurangkan haba yang membantu kehidupan di bumi. 

sumber : https://www.met.gov.my/pendidikan/iklim/perubahaniklim | https://ras.doe.gov.my/v2/hari-bumi/ | suara | lifehackk

Earth Hour 2022, Bergelap Tanda Peduli

Earth hour 2022, 26 Mac 2022 akan menyaksikan kegelapan selama 1 jam (one earth hour) bermula 8:30 malam sehingga 9:30 malam walau dimana juga berada. Bergelap tanda peduli. 

Earth Hour

Earth Hour adalah acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi memberikan kesedaran tentang perlunya melakukan sesuatu dari sekarang demi menyelamatkan bumi daripada binasa dengan lebih cepat.

Earth Hour dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Kempen Earth Hour disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Tahun 2022, Earth Hour jatuh pada hari sabtu, 26 Mac.

Bagi menyokong kempen Earth Hour, kita disarankan untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. 

earth hour 2022
credit : www.earthreminder.com

Apakah kepentingan Earth Hour

Kempen Earth Hour bukan sekadar padam lampu selama sejam mahupun acara bersuka ria. Tapi ia lebih kepada misi menyampaikan kesedaran dan mendidik masyarakat betapa pentingnya perubahan iklim dan pemanasan global.

Selama ni kita mungkin kurang sedar tentang bekalan kuasa yang kita guna dalam kehidupan seharian, kita terlalu selesa dengan kepentingan diri sampai lupa ambil peduli tentang perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

Walaupun kempen ni hanya 1 jam, sekurang kurangnya Earth Hour mampu meninggalkan kesan baik pada bumi secara tidak langsung. 

Amaran Hujan Berterusan Bahaya. Bersiap siaga dengan Bug Out Bag (BOB)

Sehari dua ni hujan memanjang. Berhenti seketika lepas tu sambung hujan. Tak sempat cahaya matahari nak muncul. Sejak semalam dah banyak kawasan dinaiki air sehinggakan darurat banjir. Ramai terkandas disebabkan banjir.

Klang, Kuala Langat, Shah Alam, Sepang, Bukit Jelutong, Subang, Setia Alam semua dah banjir teruk. Pahang, Melaka, Kelantan, Johor pun banjir. 

Berat  mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Kita doakan semoga semuanya selamat dan bantuan cepat sampai. Risau tengok ada yang warga emas yang sakit terbaring hampir tenggelam. 

Ada yang terkandas dengan anak kecik tanpa makanan dan perlindungan. Dengan hujan lebat lagi. Air empangan pun terpaksa dilepaskan sebab tak paras bahaya. Allahuakbar. Berat betul ujian banjir kali ni.

Awal pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia  dah keluarkan amaran hujan berterusan bahaya seluruh semenanjung Malaysia.
Amaran Hujan Berterusan Bahaya
sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

_ BAHAYA : Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan)
  • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat)
  • WP Kuala Lumpur

_ BURUK: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)
  • Pulau Pinang
  • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama
  • dan Kuala Kangsar)
  • Kelantan (Gua Musang)
  • Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan)
  • Selangor (Sepang)
  • WP Putrajaya
  • Negeri Sembilan (Jelebu)

_ WASPADA : Hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Perlis
  • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling)
  • Perak (Hulu Perak)
  • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tana Merah, Bachok,
  • Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
  • Terengganu
  • Pahang (Bera dan Rompin)
  • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin)
  • Melaka
  • Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat)
Masih ingatkah lagi beberapa bulan lepas ada kempen siapsiaga hadapi ancaman? Ketika dunia sedang sakit dengan ancaman virus, bencana alam dan sebagainya. Kita kena bersiap sedia dari segi fizikal, mental, emosi dan rohaniah.

Kesiapsiagaan sangatlah penting. Setiap orang pastikan ada Bug Out Bag (BOB) sebagai persediaan jika berlaku sebarang ancaman/bencana.

Siapsiaga Hadapi Ancaman Sediakan Bug Out Bag (BOB)
sumber : met.gov.my



Apa itu BOB – Bug Out Bag/GoBag ?

Bug out Bag atau BOB adalah bag yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika evacuation darr pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Kenapa perlu ada BOB?

• Sebagai persediaan awal jika terpaksa keluar dari rumah dlm keadaan tergesa2
• Hanya GRAB & GO tanpa perlu mengambil masa utk berfikir dan mengemas apa yg perlu dibawa
• Menjauhkan diri dari tempat bencana secepat mungkin
• Kit lengkap dengan pelbagai peralatan yg diperlukan utk survived diluar selama 3 hari
• Memudahkan serta menpercepatkan proses evacuation/perpindahan

Antara peralatan yang diperlukan untuk BOB

Five Cs of Survivability

1. Cutting Tools
• Alat untuk memotong.
• Contoh : Pisau, parang, kapak, multitools dll.

2. Cover Elements
• Membantu mengawal suhu badan, berlindung dari hujan dan panas.

Antara Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk tempat perlindungan
• Ringan
• Mudah dibawa
• Cth: shelter, thermal blanket, sleeping bag
• Khemah/tent
• Fly & Ground Sheet
• Hammock

3. Combustion devices (Kit Api/Fire Kit)
• Alatan yg diperlukan utk menghasilkan api. Sama ada utk memasak atau memanaskan badan.
• Ferro Rod
• Flint & steel
• Mancis api/waterproof matches
• Lighter/pemetik api
• Tinder untuk memudahkan pembakaran
  • Fat wood
  • Cotton with Vaseline
  • Charcloth
  • Tiub basikal/tiub moto

4. Containers
• Bekas utk membawa air, melindungi bahan makanan yg dibawa atau utk memasak
• Paling Basic: tempat masak & cerek + kawan2 dia

5. Cordage
• For binding & lashing. Utk ikatan.
• Cth: paracord, duct tape, cabel tied

Kit Air/Water Kit
• Botol air
• Penapis air personal – mini sawyer, lifestraw
• Aqua tabs
• Chlorine Purifier Tablet
• Bekas untuk memasak air

Kit Makanan/Food Kit
• MRE – Meals Ready To Eat / RTE – Ready To Eat
• Dehydrate Food

First Aid Kit (yang basic)
• Triangle bandage
• Cotton
• Gauze (different type)
• Self adhesive plaster
• Jelonet
• Burn cream
• Antiseptic
• Dettol
• Cotton buds
• Bandage (few sizes)
• Safety pin
• Small pieces of wood at least 2
• Cpr mask
• Alcohol swab
• Gloves
• Gamat oil
• Smelling salt (kalau ada)
• Burn dressing
• Israeli bandage (if know how to use)
• Tweezer
• Scissors
• Antiseptic cleaning wipes
• Tourniquet (if know how to use)
(its all depend on your competency, certification, authorities allow procedure and skills)

Kit Kebersihan/hygiene kit
• Penjagan gigi(berus dan ubat gg, siwak dll)
• Paper Soap/sabun mini
• MC – menstrual cup
• Cloth pad

Kit Pakaian
• Baju serap peluh(microfiber)
• Seluar tahan lasak (cargo pants, seluar hiking)
• Pakaian dalam (termasuk thermal inner & legging)
• Sarung tangan
• Stokin
• Jaket/windbreaker

Kit Pandu Arah/Navigation Kit
• Peta (satellite atau hibrib)
• Kompas
• GPS

Tool Kit
• Headlight with Battery
• Flashlight/torchlight
• Silky Saw
• Multitool
• Powerbank
• Solar Panel

Communication Kit
• Dual Band + FM Radio Walkie
• iPhone / Android
• Signal Mirror

Others Kit/Miscellanous
• Family Photo (hard & soft copy)
• Copy Insurance Policy
• Copy of Identification Card / Passport
• List of Emergency Contact / Help
• Money / Gold Coins
• Extra Keys (House / Car / Office)
• Clothing
• Important documents

Boleh tambah keperluan lain jika perlu. 

#daruratbanjir - bantu mereka yang memerlukan bantuan.

sumber BOB : Muallij Ahmad
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu