April, bulan keempat tahun 2026. Hmmm...Masuk bulan April, baru dapat 7 ketul post tahun ni. Apa nak jadi Fiza oiii. Kemana menghilangnya semangat blogging yang dulu? Entahlah ek.
Banyak faktor sebenarnya. Kita buat mana yang termampu je lah. Ayat cliche, tapi itulah kenyataannya. Jangan di push sangat. Just follow the flow orang kata. Okay, baiklah. Saya menurut sahaja.
Sadly, bulan April tak ada cuti umum kecuali beberapa negeri je. Cukup-cukuplah tu kot cuti raya hari tu kan. Takkan tak cukup lagi. Alamak! Puasa enam pun belum mula ni. InshaAllah Isnin nanti kita mula.
Harini pun dah 15 Syawal. Tahu-tahu nanti nak habis raya sebulan dah. Masa berlalu begitu je, tak menyempat nyempat nak tunggu kita. Pejam celik pejam celik dah nak raya haji pula dah nanti. Kann...
Minggu lepas sempatlah pergi sebuah rumah terbuka. Minggu ni ada juga tak berkesempatan untuk hadir. Apa-apa pun semoga yang baik-baik di bulan April ni.
April
Every step forward carries the warmth of tomorrow's light

And the hereafter is better for you than the first —Ad-dhuha 93:4
Cuti umum/ Public holidays April 2026
15 April – Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
0 Comments