Bab 10, Oktober 2026. Kejap je dah masuk bulan Sepuluh, Oktober. Sempat ke tu nak capai azam tahun 2026? Harap sempatlah ye. Azam kurus tu kita carry forward je lah. Diet pun entah kemana sesatnya. Bulan ni bulan jumpa doktor pula tu. Haishh..tak boleh jadi ni.

Belek-belek kalendar bulan Oktober, tengok kot ada cuti umum ke. Hmmm lemah! Tak ada cuti rupanya. Cuma ada cuti untuk warga Sarawak dan Selangor je lah. 

Apa yang menarik bulan Oktober 2026?
  • Bulan HASiL
  • Hari Kopi Sedunia
  • Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali Ke-66
  • Formula 1 Bahrain Grand Prix in Malaysia

Bulan Oktober tak ada jemputan kenduri kahwin tapi macam sibuk juga setiap minggu bakal ada aktiviti. Paling mendebarkan hari bertemu doktor. Apa ceritalah nanti. Mood agak down sikit hujung September. 

Semoga bulan Oktober bakal baik-baik saja.

Oktober

Be kind even when kindness isn't returned. A softened heart never goes unnoticed.

Oktober 2026

Quiet Exchanges
And as for the petitioner, do not repel —Ad-dhuha 93:10

I like quiet exchanges that need no reply. A shared glance, a kind act, a gentle tone. I hope to listen more with my heart, for mercy often begins in how we respond.


PINKtober 2026

Oktober adalah bulan Kesedaran Kanser Payudara yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober yang disambut setiap tahun. Dikenali dengan gelaran PINKtober (Pink Oktober/October) atau disebut juga dengan nama Bulan Reben Merah Jambu.

Cuti umum/ Public holidays Oktober 2026

10 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak (Sarawak)
26 Oktober – Cuti gantian sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor (Selangor)

Sambutan pada bulan Oktober

Jumaat Pertama Oktober – Sambutan Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)
Isnin Pertama Oktober – Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)
Khamis Kedua Oktober – Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)
2 Oktober – Sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence)
4 Oktober – Sambutan Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
9 Oktober – Sambutan Hari Pos Sedunia (World Post Day)
10 Oktober – Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day)
13 Oktober – Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
14 Oktober – Sambutan Hari Standard Sedunia (World Standards Day)
15 Oktober – Sambutan Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day)
16 Oktober – Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
17 Oktober – Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (International Day for the Eradication of Poverty)
24 Oktober – Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day)
24 Oktober  – Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)