Filem Penunggang Agama 2

Penunggang Agama 2, sebuah filem arahan Syafiq Yusof bergenre seram thriller. Filem Penunggang Agama 2 release date pada 19 Oktober di saluran 480 Astro First. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Tony Eusoff, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi dan ramai lagi.

Filem Filem Penunggang Agama 2

FILEM PENUNGGANG AGAMA 2

Tarikh tayangan : 19 Oktober 2021
Saluran : Astro First 480
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions

PELAKON PENUNGGANG AGAMA 2

  • Zul Ariffin
  • Tony Eusoff
  • Azira Shafinaz
  • Nasir Bilal Khan
  • Salina Saibi
  • Jalaludin Hassan
  • Johan As'ari
  • Putri Qaseh
  • Anna Jobling

SINOPSIS PENUNGGANG AGAMA 2

Kesinambungan kisah Amir dan Anna yang masih diganggu Huda dari dendam lama. Dalam pada itu, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang Anna anjurkan. 

Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana mendapat ganjaran lebih lumayan.  

Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial. Hal itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan setakat itu sahaja, Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih dan berkopiah.

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar keegoan dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda sebenarnya? 

14 comments:

  1. filem Penunggang Agama 1 dulu ibarat Khurafat dan Munafik 1 digabung sahaja. Rare jugak kedua ni sebab ada paderi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang confused jalan cerita mana satu. Hihi

      Delete
  2. Ini pun cerita niat sudah terpesong untuk amalkan pengubatan Islam.

    ReplyDelete
  3. Penunggang agama ni ada mcm genre horror ke ?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.