Drama Shakira

Shakira, drama melayu terbaru lakonan Syukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar dan ramai lagi. Drama Shakira episod 1 bermula 5 January 2022, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3. 

Drama Shakira TV3

DRAMA SHAKIRA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 5 Januari 2022
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : Zarihah Hassan, Zuraida Ramli
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Wiranusa Corporation
Genre : Drama, Cinta, Konflik

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Shakira
  • Shukri Yahaya sebagai Amir
  • Khai Bahar sebagai Irdi
  • Syerinie Myra sebagai Anita
  • Nada Nursyuhada sebagai Hanisah
  • Marissa Yasmin sebagai Makcik Aida
  • Wan Raja sebagai Zakuan
  • Ramona Zamzam
  • Edika Yusof
  • Ikhwan Khairudin
  • Melissa Wafa

SINOPSIS SHAKIRA

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. 

Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.

Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. 

Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).

Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.

Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. 

Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

LAGU TEMA (OST) SHAKIRA

Lagu : Demi Cinta Ini
Artis : Tomok ft Fatin Afeefa

16 comments:

  1. tahun 2020-2021 ni memang Janna Nick tapau semua drama

    ReplyDelete
  2. Janna nick OK..
    Tp marissa yasmin tu ammi tak gemar sgt..kenapa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lakonan dia Marissa Yasmin tak menepati KPI pelakon kesukaan Ammi kot. Hihi

      Delete
  3. shukri yahya dengan janna nick.. mesti menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya menarik lah. Boleh layan kalau cerita best ☺️

      Delete
  4. Rasanya cerita cinta Shakira dan Amir.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.