Drama Mr Bibik

Mr. Bibik, drama siri melayu gandingan lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan akan datang di Slot Akasia TV3. Drama Mr. Bibik adaptasi novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin arahan Pali Yahya.

Drama Mr. Bibik episod 1 mulai 29 Oktober 2021, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam di slot Akasia TV3. Boleh juga tonton drama Mr. Bibik TV3  full episode secara online.

Drama Mr Bibik TV3 Full Episode

DRAMA MR. BIBIK

Jumlah episod : 20
Mula tayangan : 29 Oktober 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3 
Penulis novel : Aein Dhiyauddin
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Pali Yahya, Eez Jalaluddin
Produksi : Saphire Screen Sdn.Bhd
Genre : komedi, drama, romantik

SINOPSIS MR.BIBIK

Aulia Izatunnisa akan berkahwin dengan anak kawan ayahnya kerana masalah kewangan. Namun, dia tidak terlalu menyukai Mukhriz dan cuba memutuskan pertunangan mereka. 

Suatu hari, dia tertangkap dekat dengan Firas, pembersih yang datang untuk membersihkan rumahnya. Mereka kemudian harus berkahwin. Tetapi ketika cinta mula mekar, Firas mendapat tahu tentang Aulia yang merosakkan segalanya untuk mereka berdua.

SINOPSIS NOVEL MR. BIBIK

Hampir mengamuk Aulia (Zara Zya) apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas (Saharul Ridzwan) datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menjalin cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

PELAKON DAN WATAK

  • Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
  • Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa
  • Raja Afiq
  • Roy Azman
  • Liza Abdullah
  • Dayang Areeda
  • Anne Abdullah
  • Balkisyh Semundur Khan
  • Wanns Ahmad
  • Sefik

18 comments:

  1. Replies
    1. Masa pkp ni je lah layan drama kak. Sebelum ni nak tengok drama pun jarang sekali. huhu

      Delete
  2. Wah ada drama baru. Tak tengok lagi promo ni..

    ReplyDelete
  3. ohhh adaptasi karya Aein Dhiyauddin ...

    ReplyDelete
  4. Aiiish menariiik lah seperti nya. Sayang saya tak bisa menonton juga :(. Dah lama tak nonton drama/movie Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tonton di iqiyi, wetv, viu drama malaysia yang trending :)

      Delete
  5. Haha tidak pernah lagi dengar lelaki jadi bibik.

    ReplyDelete
  6. Boleh tgk marathon sambil lipat kain. Waktu siaran sebenar jgn berani bukak TV. Menjelang abahnya karang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Tapi semua cerita saya tengok online je. Tak rajin nak tengok kat TV. Kalau tengok online boleh tengok anytime. Tak kacau lah waktu maghrib tu.

      Delete
  7. jalan drama yang menarik . bila dah kerja ni , tak sempat nak follow drama-drama terbaru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham tu lyana. Masa pkp je lah ada masa lebih sikit nak tengok drama drama ni kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.