Sesungguhnya saya merindui masakan kampung terutamanya masakan awah mak. Sekarang dah tak boleh nak request kat mak masak apa. Kali terakhir saya request mak masak pajeri nanas sebelum mak sakit.
Saya pun dah lama tak memasak. Itu yang lagi membuatkan lagi bertambah rindu nak makan masakan kampung. Rindu lauk-pauk kampung yang ringkas.
Saya pun dah lama tak memasak. Itu yang lagi membuatkan lagi bertambah rindu nak makan masakan kampung. Rindu lauk-pauk kampung yang ringkas.
Teringin pula nak makan labu masak lemak putih. Kadang malas masak sebab saya je yang makan sorang. Encik Suami bukan penggemar labu.
Kalau teringin tu, terpaksalah kita masak. Masak sikit buat lepas teringin jadilah kan.

Labu masak lemak ni cara masaknya ringkas je. Saya didihkan air, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai yang diketuk, lada hitam sikit dan labu yang dah dipotong. Bila dah separuh masak baru saya masukkan santan, daun kunyit dan juga garam.
Kalau teringin tu, terpaksalah kita masak. Masak sikit buat lepas teringin jadilah kan.

Labu masak lemak ni cara masaknya ringkas je. Saya didihkan air, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai yang diketuk, lada hitam sikit dan labu yang dah dipotong. Bila dah separuh masak baru saya masukkan santan, daun kunyit dan juga garam.
Senang je masaknya. Ada orang suka tambah sayur bayam, pucuk manis atau sayur yang sesuai. Masakan sayur lemak putih ni lagi sedap kalau digandingkan dengan ikan goreng atau ikan masin bersama sambal belacan.
Alhamdulillah...lepas teringin makan labu masak lemak putih. Lain orang lain cara masaknya kan. Ikutlah nak masak cara macam mana pun, asalkan sedap ikut selera sendiri.
Alhamdulillah...lepas teringin makan labu masak lemak putih. Lain orang lain cara masaknya kan. Ikutlah nak masak cara macam mana pun, asalkan sedap ikut selera sendiri.
39 Comments
Suka sangat lauk ni. Betul ada ikan goreng garing + sambal belacan memang ummpphh.
ReplyDeleteGabungan lauk ni dah kira cukup dah untuk kita berselera makan kan.
Deletesedapnya dik oi, lama betul tak makan menu ini sejak dah sakit ni labu tak boleh makan sangat. Akak pun dah jarang masak lauk kalau hujung minggu
ReplyDeleteKann..sedap lauk ni sesekali dapat masak dan makan. Kena pantang makan tu kak Dana. Itulah kan, kalau kita sakit ni kurang sikit nak memasaknya.
Deletesaya suka jugak masakan gini cuma jrg2 masak bersantan...lebih2 lg now mr hubby dh CKD stage 3, byk benda tak leh mkn mcm zmn2 dulu
ReplyDeleteOhh..faham sangat tu. Kalau macam tu kena elakkan masak masakan bersantan.
Deletesaya pun suka labu lemak putih. kadang - kadang makan dengan sambal udang.
ReplyDeleteMakan dengan sambal udang pun sedap tu. Berselera makan. Lagi-lagi sambal udang petai.
DeleteSelalu kenduri je ada labu ni. Lama tak makan. Kadang2 angin makan labu ni tu yang tak berapa suka sangat.
ReplyDeleteBetul, kalau kenduri di kampung kadang ada lauk labu ni. Labu sedap, tapi tulah berangin.
DeletePair dengan lauk bergoreng. InshaAllah menambah nambah.. atau lauk bersambal 😋😋😋
ReplyDeleteMemang berselera kalau pair dengan lauk bergoreng dan ada sambal.
DeleteJarang Cuya merasa lauk gini. Kat rumah tak pernah beli labu
ReplyDeleteMungkin sebab tak makan labu kot kan.
Deletewahh sedap labu masak lomak nih.. walopon simple jakk
ReplyDeleteBetul tu wak. Lauk sedap walaupun simple. Tapi kena ada ikan goreng dan sambal lagi sedap.
DeleteAduh sedap ni Fiza...
ReplyDeleteAkk suka kalau campur bayam tu 😋
Saya pulak belum pernah lagi masak campur bayam. Nanti nak try jugalah.
Deletesaya suka lauk ni. anything yg masak lemak kuah putih ni, memang faveret
ReplyDeleteKannn..Lauk sayur masak lemak putih memang favourite.
Deletesedap. si bongsu tu suka sangat sayur labu masak lemak ni. kalau ada ikan goreng memang bertambah la dia makan.
ReplyDeletesaya pun rebus dulu baru masuk santan.dapat la sambil cuci piring sementara dia empuk sikit, kalau dah masuk santan awal lama benar nak tunggu dia empuk. haha
Ada ikan goreng tu lagi berselera makan. Betul, masak bagi empuk dulu lagi senang dan cepat rasanya kan.
Deletelabu tk mkn tp kuahnya makan kalo mak masak
ReplyDeleteKuah pun sedap. Tapi kena hirup suam-suam gitu sedap. Kalau dah sejuk kurang sedap rasa dia.
Deletelauk kegemaran saya, less is more. laga dgn sambal belacan, ok mai nasi dua pinggan.
ReplyDeletephiza, i miss u.
Ada sambal tu lagi sedap Sya. Miss U too!
DeleteNampak sedap juga masak lemak labu ni tapi sebenarnya tak pernah masak lauk ni. Kalau lemak putih kobis pernah.
ReplyDeleteKobis masak lemak putih pun sedap. Saya suka juga.
DeleteKaaaak saya save resep nya, 😍😍. Sedaaap bayangkan labu masak lemak begini. Simple, tapi hangat di perut. Yg beginilah yg memang buat kita selalu rindu dengan mama kan. 🥹.
ReplyDeleteBeberapa resep yg kakak tulis, beberapa kali saya buat, dan sesuai juga dengan selera saya 🤗
Silakan masak nanti Fanny. Kena ada ikan goreng atau ikan masin dan sambal belacan baru ngam lagi. Betul, lauk begini membuatkan kita rindu masakan mak kita. Oh ye? Alhamdulillah kalau kena dengan selera.
DeleteJadilah masak sedikit untuk diri sendiri, nak masak lebih orang lain tak makan, kita pulak termakan lebih nanti, betul tak?
ReplyDeleteMkn dgn sambal belacan
ReplyDeleteLabu masak lemak memang kesukaan saya.
ReplyDeletesedap sangat masak labu lemak macam nie , kalau saya suka tumbuk bawang lada ikan bilis dan kunyit hidup . Masakan kampung nie kalau masak ulang-ulang pun takan bosan , tetap menu menambah nasi . Heheheh
ReplyDeleteNampak sedap laa. . .
ReplyDeleteLabu masak lemak mmg sedap.. gu dgn ikan kering or ikan goreng... sodapppp
ReplyDeleteMakanan arwah atok KSarie juga ni. KSarie kalau makan masak lemak labu dengan ikan goreng dan sambal belacan confirm 2 kali tambah nasinya😅
ReplyDeleteMasak lemak labu mmg simple dah sedap... Samalah kita kalau teringin nak masak sesuatu tapi dlm rumah kita seorang sahaja yg makan benda tu, mmg akan fikir 10 kali nak msak huhuu..
ReplyDeleteSuka labu masak lemak ni, akan tetapi sis tak pernah masak lauk ni kat rumah.. hehehe..
ReplyDelete