Sejak dah terbiasa minum air masak dengan kerap, kurang dah rasa nak minum kopi latte. Kalau tidak, sikit-sikit nak kopi latte.
Cuma kalau makan kat luar tu kadang teringin minum kopi, minum jugalah. Tak sekerap dululah cerita dia. Dalam susu segar tu pun ada gula juga kalau nak tahu. Itu apa yang saya baca lah. Tak ingat dah mana saya baca.
Kiranya sekarang dah berjaya puasa kopi yang ada susu. Bila teringin minum kopi di rumah, buat kopi O tanpa gula je lah. No latte, no hazelnut syrup dan sebagainya. Biar kosong gitu je. Pun sedap!
Haritu membeli barang dapur di Jaya Grocer, saya carilah kopi instant yang macam menarik. Saya pilih Davidoff instant coffee. Sebelum ni pernah cuba Moccona hazelnut dan klasik no 8 kalau tak silap. Tak kena dengan selera pula.


Untuk sesudu lebih taklah pekat sangat warnanya. Aroma kopi lepas letak air panas tu naik, sedap betul bau kopi panas. Rasa pun tak pahit sangat walaupun dark. Mungkin sebab dia dark & chocolatey kot. Sedaplah minum tanpa gula.

Bolehlah hilangkan teringin minum kopi. Minum kopi macam ni lagi segar gitu. Nak sediakan pun cepat dan mudah. Kopi 3 in 1 dah lama saya tinggalkan. Cuma sesekali je minum kalau travel, dapat percuma ke atau lain-lain keadaan.
Selain Davidoff, Moccona dan produk yang diboikot, kopi apa lagi yang best ye? Sila komen. Terima kasih.
Cuma kalau makan kat luar tu kadang teringin minum kopi, minum jugalah. Tak sekerap dululah cerita dia. Dalam susu segar tu pun ada gula juga kalau nak tahu. Itu apa yang saya baca lah. Tak ingat dah mana saya baca.
Kiranya sekarang dah berjaya puasa kopi yang ada susu. Bila teringin minum kopi di rumah, buat kopi O tanpa gula je lah. No latte, no hazelnut syrup dan sebagainya. Biar kosong gitu je. Pun sedap!
Jadi, kali ni cuba Davidoff espresso 57 dark & chocolatey yang tinggi juga intensity nya.

Bancuh sesudu lebih sikit dengan air panas tanpa letak gula. Nak pekat lagi boleh letak lebih.

Untuk sesudu lebih taklah pekat sangat warnanya. Aroma kopi lepas letak air panas tu naik, sedap betul bau kopi panas. Rasa pun tak pahit sangat walaupun dark. Mungkin sebab dia dark & chocolatey kot. Sedaplah minum tanpa gula.

Selain Davidoff, Moccona dan produk yang diboikot, kopi apa lagi yang best ye? Sila komen. Terima kasih.
Harga Davioff instant coffee ni RM30 lebih. Tak ingat dah harga sebenar dia. Tak menyesal beli.
0 Comments