Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Semestinya Sedap

Saturday, December 26, 2020

Sesekali makan ketam masak lemak cili api pun sedap. Tak boleh selalu sebab ketam sekarang ni mahal betul. Beli 3 ekor ketam bunga pun dah RM30 lebih. Bila teringin dan bila ada rezeki lebih, boleh lah merasa.

Bila dah beli ketam, tak lain tak bukan masak ketam masak lemak cili api lah paling mudah dan sedap. Nak masak sambal ke, kari ke, telur masin ke macam leceh nak menumis bagai. 

Belimbing buluh pun ada stok, sedang elok lah tu ketam masak lemak cili api belimbing buluh. Belimbing buluh ni gantikan asam keping je. Tak ada belimbing buluh boleh gunakan asam keping. 

Tak ada hal lah. Jangan pening pening mana nak beli belimbing buluh. Guna asam keping je sudah. Ada orang suka makan belimbing buluh tu sekali. 

Cara bersihkan ketam

Terbalikkan ketam, tarik abdomen yang bentuk segitiga tu ke depan sampai tercabut kulit cengkerang tu. Bersihkan insang ketam atau boleh buang terus. Insang ketam yang macam plastik tu. 

Bersihkan lendir yang bewarna kuning. Buang hujung sepit yang tajam dan juga duri yang ada pada sepit. Untuk memudahkan makan ketam, ketuk sepit keras tu dengan anak lesung. Bila dah pecah nanti senanglah nak makan, tak perlu struggle nak gigit sepit yang keras tu. 

Resepi ketam

  • ketam masak kari
  • ketam masak cili
  • ketam masak lemak telur masin
  • ketam masak sambal
  • ketam masam lemak cili api nenas
  • ketam masak lemak cili api belimbing buluh
  • ketam masak telur masin
  • ketam shell out



Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Mudah

Bahan ketam masak cili api

Ketam
Cili api
1-2inci Kunyit hidup
1 batang serai * diketuk
1 kotak santan
1 cawan air
1sudu teh garam
asam keping atau asam belimbing buluh

Cara Penyediaan

Kisar cili api dan kunyit hidup. Masukkan ketam dalam periuk/kuali. Campurkan bahan blend, serai, santan, air, garam dan asam keping. Masuk semua bahan bahan dalam periuk sekali harung cerita dia.

Kacau rata dan masak dengan menggunakan api yang sederhana. Nak bagi santan elok tak pecah minyak, silalah rajin mengacau sampai masak. Itu kalau guna santan segar.

Biasanya santan kotak jarang pecah minyak beria kalau masak. Jenis malas nak mengacau, biarkan je sampai masak pun takpe. Janji sedap sudah lah. Suka masak ketam lemak ketam pekat, letak air sikit lebihkan santan. 

Berapa lama masak ketam? Ketam ni tak lama pun nak tunggu dia masak. Bila kuah dah mendidih, kulit ketam bertukar oren merah dan isi dia kecut lebih kurang 15 hingga 20 minit macam tu.

gambar ketam masak lemak cili api



10 comments

  1. di KK ni ketam n udang yang memang harga mahal sikit.. bila betul2 teringin barula beli utk masak

    tiba2 rasa macam mau makan ketam pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana pun ketam dan udang mahal ye. ingatkan murah lagi. Betul tu Litah, bila teringin dan ada rezeki lebih baru beli :)

      haa nanti boleh masak lemak cili api :p

      Delete
  2. Masak lemak cili api mmg sedappp! Kakmim msk ayam masak lemak je lah sbb x brp suka ketam 😂😂

    ReplyDelete
  3. rasanya sejak dua minggu lepas, baru i tau cara nak makan ketam hahaha

    ReplyDelete
  4. Selalu pilih makan badan ketam sahaja, penyepit malas nak gigit. Kalau tidak ketuk, keluarkan isi pada penyepit sebelum makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam sedap walaupun leceh makan. Isi pada badan ketam tu yang puas hati makan tu. Sepit tu kurang isinya. Memang kene ketuk sebelum masak atau makan. Kalau tidak, susah nak gigit tu. keras, mahu patah gigi.

      Delete
  5. masak ketam kt rumah suka letak nanas.. sedap makan bila rasa masam manis pedas.
    tunggu bulan mengambang baru cari ketam.

    ReplyDelete
  6. jarang masak ketam kat rumah ni..tapi kalo kat kedai, makan aje ape masakannya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.