Telefilem Racun Suami Jahanam

Racun suami jahanam, sebuah telefilem ulang siaran akan bersiaran pada Sabtu ini 11 September 2021, jam 9:00 di Astro Citra. Telefilem racun suami jahanam tayangan pertama kali pada 25 Januari 2020 tahun lepas.

Yang belum tengok lagi boleh tonton racun suami jahanam sabtu ni arahan Michael Ang.
 
Telefilem Racun Suami Jahanam Astro Citra

TELEFILEM RACUN SUAMI JAHANAM

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD 
Penulis skrip : Amor Rizan
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM

Suraya (Mimi Lana), seorang gadis gadis kampung yang tak berpelajaran tinggi dan naif. Dia telah dirisik oleh Hasrul (Riz Amin) seorang pemandu lori yang tidak pernah dikenalinya. Keluarga Suraya bersetuju untuk jodohkan mereka berdua demi masa depan Suraya.

Suraya dan Hasrul berpindah ke bandar di rumah Hasrul. Kebahagiaan yang Suraya harapkan tapi sebaliknya berlaku. Satu hari Hasrul belikan Suraya baju seksi dan mengajak Suraya pergi ke kelab malam. 

Dia memaksa Suraya menjadi pelayan di kelab. Sementara itu Hasrul leka melayan ketagihan benda yang menghayalkan. Mulai saat itu, hidup Suraya jadi gelap. Dia terpaksa menurut sahaja apa yang disuruh oleh Hasrul termasuklah melayan lelaki lain.

Suraya berkenalan dengan Maria, seorang gadis yang juga bekerja di kelab dan tinggal berdekatan dengan rumahnya. Maria ingin membantu Suraya keluar dari kehidupan gelap itu. Satu hari Suraya bertemu dengan Rizal disebabkan satu insiden. Sejak itu, Rizal mula sukakan Suraya.

Rizal juga ingin bantu Suraya keluar dari genggaman Hasrul. Apakah yang akan terjadi pada Suraya? Berjaya atau tidak Suraya keluar dari kehidupan yang gelap itu?

PELAKON DAN WATAK

  • Ben Amir sebagai Rizal
  • Mimi Lana sebagai Suraya
  • Riz Amin sebagai Hasrul
  • Scha Alyahya sebagai Maria
  • Faizul sebagai Mr Lim
  • Kak Ema sebagai Mak Yam

20 comments:

  1. Memang jahanam suaminya itu heheheee. Ada juga suami yang begitu kan. Hancur hidup isterinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih wujud lagi manusia macam ni kan. Kejam betul. Demi kepentingan sendiri sanggup jual isteri.

      Delete
  2. pelakon semua best!!! Tapi tak ada astrokkk! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon best best lah tak kayu. Kalau ada online boleh tengok :)

      Delete
  3. Hehe ikut tajuk, si Suraya racun suaminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kisahnya..Identiti Suraya pun ada 'sesuatu' juga :)

      Delete
  4. Seram nyaaa kalau dapat suami jahanam macam ni, minta minta dijauhkanlah dari lelaki perangai macam ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jahanam sungguh suami dia. pastu jumpa lelaki lain, ingatkan macam baik tapi....sama je.

      Delete
  5. Menarik sinopsis ni.. Belum pernah tengok..

    ReplyDelete
  6. dh tngok cerita ni.. scaryyy.. huhu.. mimi lana mmg pndai belakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian dia. Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.
      Lepas tu ending dia..lahhhh...tak sangka kan.

      Delete
  7. Sesuai lah dengan tajuknya. Tak guna punya suami. eh emo pula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang taraguna itu suami. kesian isteri dia jadi mangsa manusia binatang.

      Delete
  8. Akak dah tengok. Best! Memang rasa nak kakikan aja suami jahanam dia tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, bukan suami je. Si Rizal tu boleh tahan jahanam jugak. Kesian Suraya.

      Delete
  9. Pernah tengokkkk.. Tak guna itu laki!!!! Benciii...

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. hihi..mesti dah terfikir isteri dia jahat sampai racun suami. rupanya tak!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.