Resepi Cempedak Goreng Rangup Dan Tidak Berminyak

Thursday, September 20, 2018

Masih musim buah cempedak lagi kah? Sekarang macam tak nampak musim buah apa cuma sekarang tengah musim hujan dan sejuk setiap hari. Musim sejuk ni memang elok sangat dan nikmat sangat kalau dapat minum petang air panas dan sesuatu yang manis. Selain goreng pisang, bubur kacang, kuih muih tradisional dan lain-lain lagi, cempedak goreng adalah hidangan menu petang yang memang sedap dinikmati musim hujan ni. Fiza suka jenis cempedak goreng rangup! Tak berhenti makan kalau dapat yang rangup dan manis tu.

Penyediaan cempedak goreng sangat mudah. Yang tidak mudahnya bila duduk di bandar ni nak mencari dan membeli buah cempedak memang payah. Lagi-lagi kalau bukan musim buah cempedak. Kebetulan masa musim buah cempedak haritu, pokok cempedak kat kampung husband berbuah pula musim kali ni. Rezeki kamilah dapat merasa goreng cempedak hari-hari sampai muak.

Dapat jugalah memberi saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan. Rezeki mereka juga dapat merasa buah cempedak. Kadang ada yang elok kadang ada yang kurang elok. Nak bagi orang pun kadang serba salah takut dapat yang tak elok. Kalau dapat yang elok, rezeki masing-masing lah.



Bahan asas untuk menggoreng cempedak ni cuma tepung gandum, serbuk kunyit sikit, garam dan air secukupnya. Ikut resepi mak mertua, tambah minyak panas sikit untuk bagi rangup. Resepi Fiza separuh tepung gandum dan separuh tepung beras, serbuk kunyit (untuk pewarna kuning), garam dan air secukupnya. Ada kalanya nak lebih rangup, Fiza lebihkan tepung beras sikit. Sukatan tepung ni ikut berapa banyak cempedak yang nak digoreng tu. 

Sukatan serbuk kunyit ikutlah kau orang nak warna pekat atau taknak letak pun boleh. Garam sikit je dah memadai dan air tu ikut berapa banyak tepung yang digunakan. Adunan tepung untuk menggoreng tu jangan cair sangat ye. Nanti tak melekat tepung pada cempedak tu.

Gorengkan bila minyak betul-betul panas barulah minyak tak meresap. Kemudian angkat cempedak goreng letakkan atas penapis yang berlapikkan tisu untuk tapis lebihan minyak. Bila makan cempedak goreng yang tak berminyak ni dia jadi lagi sedap! Biasanya kalau goreng cempedak goreng ni lebih baik habiskan terus sebab kalau dibiarkan sejuk nanti goreng garing tu jadi liat dan confirmlah selera pun berkurangan nak makan.

Sebenarnya goreng cempedak ni banyak resepi dan caranya. Tapi cara orang dulu-dulu gunakan bahan asas je dah sedap kan. Janji buah cempedak tu manis dan elok isinya, jadi bila menggoreng pun jadi sedap. Bila menggoreng sendiri ni memang nikmat makan dan puas. Mana taknya, kalau beli 3ulas pun RM3. Apo??? Ye, sebab buah cempedak pun mahal harganya. Apatah lagi bila sudah digoreng. Zaman sekarang makanan naik harga sebab semuanya naik harga. Lagilah buah cempedak payah nak dapat. Betul tak?

Jadi, kalau nak dapatkan cempedak goreng rangup dan tidak berminyak tu. Boleh ikut masak cara Fiza ni kalau berminat nak mencuba lah.

12 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.