Rezeki Merasa Menu The Coffee Bean & Tea Leaf Sekali Lagi

Haritu masa beli beberapa menu Coffee Bean & Tea Leaf, encik suami ada tertinggal beli yang saya senaraikan. Boleh pulak dia tak perasan saya screen shoot pizza salmon & mushroom yang saya hantar tu. 

Esoknya repeat pergi The Coffee Bean & The Leaf. Beli Salmon & Mushroom Pizza, Tomato Herb Spaghetti dan air double choc. Ada hikmahnya lupa beli pizza salmon & mushroom tu, sebabnya dapatlah saya merasa tomato herb spaghetti sekali dan air double choc sekali. Bijak tak saya?

Salmon & Mushroom Pizza

Tengok paras rupa Salmon & Mushroom Pizza, terus rasa teringin nak cuba sebab tak pernah makan pizza ada topping ikan salmon. Ikan salmon biasa kita jumpa dalam hidangan sushi je kan. Semangat membara berkobar kobar nak cuba Salmon & Mushroom Pizza keluaran terbaru The Coffee Bean & The Leaf ni.

Asas pizza yang nipis dan crunchy di bahagian tepi tepi hangus tu. Bahagian tengah tak berapa crunchy sebab dilapisi dengan topping pizza yang serba banyak rencahnya. Ada smoked salmon, mushroom, parmesan cheese and juga hirisan buah zaitun.

Salmon & Mushroom Pizza The Coffee Bean & The Leaf

Inilah baru pizza asli yang sebenar. Asas pizza yang nipis dan kaya dengan topping. Tak muak makan malah tak cukup makan berdua. Sumpah sedap gila kot. Tak rugi mencuba. Harga RM24.05, sesuailah kot dengan segala topping yang ada tu. Ikan salmon pun mahal kan.

Kalau tengah lapar ni memang rasa tak cukup makan berdua. Kena repeat lagi ke camne ni?

Salmon & Mushroom Pizza The Coffee Bean & The Leaf

Tomato herb spaghetti

Kali ni beli ikut pilihan saya pulak sebab saya suka spaghetti bolognese. So cuba tomato herb spaghetti pulak. Ternyata tomato herb spaghetti The Coffee Bean & The Leaf tak mengecewakan tekak saya. Nampak ringkas tapi sedap dengan sos marinara and herbs.

Sos spaghetti yang banyak dan cheese dia pun berpatutan jugaklah. Portion spaghetti dia agak sikit berbanding chicken & mushroom spaghetti.. Mungkin sebab harga dia murah sikit kot, RM16.98. 

Apa apa pun spaghetti The Coffee Bean & The Leaf tak kedekut sos. Lepas ni nak cuba Salmon & Mushroom Aglio Olio pulak lah.

Tomato herb spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf

Double choc ice blended

Encik suami beli juga double choc ice blended. Gabungan susu dan coklat yang sedap! Harga RM15.94. Sebelum ni pernah cuba. Memang maintain sedap.

Double choc ice blended The Coffee Bean & The Leaf

Bulan ni dah cukup quota membeli The Coffee Bean & The Leaf. Kalau ada bajet bulan depan kita repeat. Kalau tidak, tunggu bila rasa teringin dan tepuk poket kot ada isinya tebal. Bukan isi resit ye. 

Tapi istilah tu tak boleh pakai dah. Kena guna istilah duit berkepuk kepuk dalam bank sebab sekarang semuanya dah banyak guna kad je dimana-mana. Jarang dah bawa cash. 

46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. selalu jika ke sini cuma mengopi dan mengekek aje lepas makan di mana2, nanti dah boleh dine in, nak datang makan terus di sini la.. geram pulak tengok spaghetti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lepas ni boleh mengspaghetti pulak kak. Spaghetti sedap!

      Delete
  2. Pizza yang tipis itulah yang jadi pilihan. Sedapkan Fizah.
    Spaghetti tu pun nampak sedap sebab dibanjiri sos. Kalau jumpa begini Kak Amie memang laju jew sluurrpp..sluurppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. Sedap pizza macam ni. Spaghetti pun sedap banyak sos. Memang laju slurppp sampai licin bekas :)

      Delete
  3. Halah halah halah wahai si salmon pizza. Nampak menarik dan lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat menarik. Lalu kita pun terbeli kak PC. Ternyata sedap!

      Delete
  4. adudu sedapnya. padanan yg menarik tu

    ReplyDelete
  5. Murahlah piza itu. Ingatkan harga RM30 lebih apabila tengok bahan-bahan di atasnya. Cebisan salmon banyak.
    Rasanya akak teracun hendak cuba piza itu. Tq for review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira harga standard eh kak? Silakan cuba kak pizza tu. Memang sedap!
      sama²

      Delete
  6. Allah Allah Allah..

    Hahahah sini tengah hujan. krukk kruk bunyi perut saya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaii..ampunnnn...
      hujan hujan ni mengundang lapar. Cepatan masuk dapur masak apa yang patut.

      Delete
  7. sedapnya tngok pizza tu.. kulit dia confirm rangup!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya semua, premium choice rasa coffee bean nak keluarkan, nice portion pun memang memainkan peranankan, macam nak lagi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, nampak sedap tu yang cuba rasa. memang sedap dan rasa nak beli lagi nanti.

      Delete
  9. Telioqnya pizza tu nampak salmon slices dia ....

    ReplyDelete
  10. Walalaaaa...jeles akak tgk si salmon tu bertenggek dgn seksinya atas piza...

    ReplyDelete
  11. nampak. sedapp sgt ni fiza
    he hee rasa terliur tiba2

    ReplyDelete
  12. aduhai menggoda betol.. bila la dpt merasa menu2 ni sume.. ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Ezy dapat merasa jugak nanti. Aaminn...

      Delete
  13. Saya pun suka pizza nipis, kalau sejuk, takdela liat sangat nak makannn macam pizzahut hehehe. Setuju dengan kak NA, ingatkan mahal lebih la daripada RM30 rupanya kurang dari RM25. Isi atas tu meriahh, memang berbaloi la kalau beli. Sedapp pun sedapp kan kak fiza. Sedapnyaaa double choc! Lama dah tak minum minuman gini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Atiqah. Lebih kurang harga standard pizza kot tapi dia takde pilihan saiz pulak. saiz satu tu je. Topping dia memang meriah. berbaloi beli. Double choc memang sedap!

      Delete
  14. Adoiii.. yang haritu post pun akk belum dapat lagi.. ini ada menu lain pulak.

    Sekarang akk pun dah jarang keluarkan cash sebab kedai runcit yang biasa akk beli barang dapur dah boleh buat transfer.. senang banyak. Urusan pun jadi cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunnn kak. Boleh beli sekali nanti. Saya nak order sekali haritu tertinggal pulak cerita dia. hihi..
      Betul, senang lagi kalau boleh guna kad.

      Delete
  15. Semua makanan nampak menyelerakan . Paling terliur bila tengok pizza tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyelerakan dan sedap sangat. Pizza tu tersedap. Boleh cuba nanti Lyana

      Delete
  16. pizza ada salmon yummy..pernh mkn juga pizza kt coffee bean tp bkn yg ada salmon...ice blended fav semestinya di coffee bean

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyummylicious. Salmon ni yang baru kalau tak silap. yang lain nanti akan menyusul nak rasa juga. ice blended coffee bean sedap!

      Delete
  17. Nampak sedap sangat semuanya. Teringin pula nak try spagetti tu. Tak pernah cuba lagi makanan atau minuman kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu memang sedap naniey. Kena dengan selera. Takpe, nanti boleh cuba kat sini pulak.

      Delete
  18. xpernah mkn pizza di coffee bean. nmpk sedap jgk, penuh topping dia.
    nak kena cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time makan pizza ni. Saja cuba, eh sedaplah pulak. Puas hati topping penuh. Silakan cuba nanti Syu.

      Delete
  19. Selalunya kalau makan di coffee bean ni saya selalu beli chicken pie dia jer, tak,pernah rasa menu2 yg laen, mungkin oas ni bole cube pizza tu.. nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay baik. Letak dalam list juga chicken pie tu. Nanti nak rasa jugak. Cubalah nanti Salmon & Mushroom pizza ni. Sedap.

      Delete
  20. perghh tempting sungguh tgk double choc dia...

    ReplyDelete
  21. selalu makan cake je kalau di CBTL, tengok pizza ni macam nak cuba jugak for the next visit nanti

    ReplyDelete
  22. yaAllah semua nya nampak sangat sedap. Jarang order the coffee bean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap sedap Nad. Pasni boleh cuba menu The Coffee Bean pulak.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال